gram news
Аватар канала Abdul Hadi Awang

Abdul Hadi Awang

@hadiawang

Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Ahli Parlimen Marang, Malaysia 🇲🇾

ПроектыENПолитика

10,546подписчиков

Открыть канал

Последние посты

  • Abdul Hadi Awang

    22 сент., 04:08

    Minda Presiden PASMANA MODEL NEGARA ISLAM PERJUANGAN PASSudahkah PAS bersedia dengan negara Islam perjuangannya?Inilah soalan paling kerap ditanyakan. Bukan hanya persoalan ke Putrajaya, sehingga ada yang bertanya siapa ketua kerajaannya, Perdana Menterinya, hala tujunya (road map), atau rangka tindakannya (blueprint). Disebabkan jawapannya tidak ada dan tidak kelihatan, maka tidak boleh dipercayai, padahal Rasulullah SAW juga dicabar sepertinya.Rasulullah SAW menolak negara teokrasi bawah kuasa mutlak para agamawan serta menolak slogan “suara rakyat, suara Tuhan” (suara rakyat, suara keramat atau vox populi, vox dei) kerana rakyat akan diperbodohkan, dibeli, dan dibuli.Islam menegaskan Allah Yang Maha Esa, Maha Berkuasa, dan Maha Menetapkan kepada manusia perkara di luar kemampuan fitrahnya dengan nas yang nyata, namun ada perkara yang diizinkan kepada pemimpin dan rakyat
    HarakahDailyMana model negara Islam perjuangan PASNegara Islam yang merdeka gagal apabila terus mengekalkan ideologi warisan penjajah dan yang diimport. Allah menjanjikan kelahiran ...
  • Abdul Hadi Awang

    21 сент., 12:08

    Perjuangan Islam bukanlah tanggungjawab yang dipikul secara bersendirian, sebaliknya memerlukan kewujudan jemaah yang menyeru manusia kepada kebaikan, melaksanakan amar makruf dan mencegah kemungkaran. Inilah antara tuntutan yang disebut dalam Al-Quran dalam membina umat yang terus membawa amanah perjuangan Islam.Jemaah Islam bukan sekadar berkumpul, tetapi mempunyai tanggungjawab untuk mengajak manusia kepada Islam yang sempurna serta menyampaikan kebenaran dengan ilmu dan hikmah. Tugas ini perlu dilaksanakan mengikut kemampuan dan ruang yang ada, sama ada melalui kuasa pemerintahan mahupun dengan teguran, nasihat dan kritikan terhadap kemungkaran.Sebab itu perjuangan Islam memerlukan mereka yang memahami ilmu agama secara mendalam dan mampu menterjemahkannya dalam kehidupan masyarakat. Para ulama pula mempunyai peranan besar untuk membimbing, mentarbiah dan melahirkan mereka yang
  • Abdul Hadi Awang

    21 сент., 12:07

    Иллюстрация к посту канала Abdul Hadi AwangИллюстрация к посту канала Abdul Hadi AwangИллюстрация к посту канала Abdul Hadi AwangИллюстрация к посту канала Abdul Hadi Awang
  • Abdul Hadi Awang

    21 сент., 12:07

    Иллюстрация к посту канала Abdul Hadi AwangИллюстрация к посту канала Abdul Hadi AwangИллюстрация к посту канала Abdul Hadi AwangИллюстрация к посту канала Abdul Hadi Awang
  • Abdul Hadi Awang

    21 сент., 10:18

    Highlight Liqa' Fikri Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu
    325видео13Открыть в Telegram
  • Abdul Hadi Awang

    21 сент., 02:28

    Minda Presiden PASMAKKAH PERNAH DIGUNAKAN DALAM PERISYTIHARAN REVOLUSI ARAB MENJATUHKAN ‘UTHMANIYYAHRevolusi Agung Kebangsaan Arab (The Great Arab Revolt atau al-Thawra al-‘Arabiyyah al-Kubra) yang berlaku pada tanggal 10 Jun 1916 M (9 Sya‘ban 1334 H) dinobatkan dengan jenama Makkah yang mulia.Revolusi ini dimulakan dengan tembakan senapang oleh Syarif Husain (Raja Hijaz) yang memberontak bagi menjatuhkan khilafah dan mengisytiharkan dirinya sebagai khalifah yang baharu. Beliau ialah pemimpin berbangsa Arab yang disokong oleh penjajah British bagi menggantikan Khilafah ‘Uthmaniyyah berbangsa Turki yang digulingkan.Makkah merupakan tanah suci dan kiblat kepada umat Islam daripada semua mazhab yang sama rukun Islam dan imannya (Sunni, Syiah, Ibadi dan lain-lain), yang dinamakan semuanya oleh para ulama’ sebagai Ahli Kiblat. Malah, umat Islam juga masih menunaikan haji di Makkah
    HarakahDailyMakkah pernah digunakan dalam perisytiharan Revolusi Arab menjatuhkan ‘UthmaniyyahMakkah merupakan tanah suci dan kiblat kepada umat Islam daripada semua mazhab yang sama rukun Islam dan imannya (Sunni, Syiah, Ibadi dan ...
  • Abdul Hadi Awang

    18 сент., 10:12

    Harta kekayaan negara bukanlah untuk dimonopoli oleh golongan tertentu, sebaliknya perlu diurus dengan adil demi kepentingan seluruh rakyat. Inilah antara prinsip yang ditunjukkan oleh Khalifah Umar bin al-Khattab RA ketika mengurus tanah-tanah yang telah dibuka oleh pemerintahan Islam.Apabila terdapat cadangan supaya tanah dibahagikan kepada tentera sebagaimana harta rampasan perang, Khalifah Umar RA tidak bersetuju. Tanah merupakan harta yang tidak boleh dipindahkan dan manfaatnya boleh dinikmati untuk tempoh yang panjang. Oleh itu, tanah dan hasilnya perlu diurus dengan cara yang lebih menyeluruh agar tidak hanya memberi manfaat kepada kelompok tertentu.Islam menetapkan bahawa kekayaan negara hendaklah diurus supaya tidak hanya berlegar dalam kalangan orang-orang kaya. Kepentingan golongan fakir, orang yang berhijrah, masyarakat yang memerlukan serta generasi yang akan datang
  • Abdul Hadi Awang

    18 сент., 10:12

    Иллюстрация к посту канала Abdul Hadi AwangИллюстрация к посту канала Abdul Hadi AwangИллюстрация к посту канала Abdul Hadi AwangИллюстрация к посту канала Abdul Hadi Awang
  • Abdul Hadi Awang

    18 сент., 10:12

    Иллюстрация к посту канала Abdul Hadi AwangИллюстрация к посту канала Abdul Hadi AwangИллюстрация к посту канала Abdul Hadi AwangИллюстрация к посту канала Abdul Hadi Awang
  • Abdul Hadi Awang

    18 сент., 07:35

    Minda Presiden PASNEGARA MENJADI HABUAN KERANA MENJATUHKAN KUASA BESAR ISLAM. APAKAH PERANANNYA?Genap satu abad umat Islam kehilangan kuasa besar dunia Islam, iaitu Khilafah ‘Uthmaniyyah pada tahun 1924, akibat kelemahannya sendiri dan pengkhianatan yang dilakukan oleh sebahagian umat Islam yang membantu musuh sehingga membawa kepada kejatuhannya.Kerakusan terhadap kemewahan harta dan perebutan takhta untuk berkuasa telah menimbulkan perkelahian yang memecahbelahkan umat Islam yang terdiri daripada berbagai-bagai bangsa dan berbeza mazhab. Selain itu, keruntuhan akhlak pula menyebabkan hilangnya kehebatan dan timbul sifat takut akan mati kerana banyak dosa yang dilakukan.Akhirnya, mereka dijajah dan dicatur oleh musuh yang bernafsu melihat kekayaan tanah air umat Islam dan berjaya memperhambakan penganutnya yang mudah diadu domba. Sehinggakan, berlakunya perang antara kaum dan
    HarakahDailyNegara menjadi habuan kerana menjatuhkan kuasa besar IslamPalestin dan Bait al-Maqdis menjadi habuan Yahudi Zionis yang berjuang menegakkan negara agung Israel (The Greater Israel). Ditubuhkan ...
  • Abdul Hadi Awang

    18 сент., 04:03

    Sidang Media: Kenyataan Timbalan Presiden UMNO dan Isu Antarabangsa
    481видео331Открыть в Telegram