Последние посты

PMO Info Channel 🇲🇾
4 сент., 18:32
YANG DI-PERTUAN AGONG PERKENAN ISYTIHAR DARURAT DI SELURUH BAHAGIAN SERIAN, SARAWAKKebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, telah memperkenan pengisytiharan darurat di seluruh Bahagian Serian, Sarawak berikutan keadaan jerebu yang telah mencapai tahap pencemaran udara yang membahayakan kesihatan dan keselamatan orang ramai. Keputusan ini dibuat setelah mengambil kira nasihat YAB Perdana Menteri dan YAB Premier Sarawak serta agensi-agensi berkaitan mengenai tahap kualiti udara di kawasan berkenaan.Langkah-langkah yang perlu secara lebih berkesan akan diambil bagi melindungi kesihatan serta kebajikan penduduk yang terjejas.Kerajaan akan terus memantau perkembangan dari semasa ke semasa dan memastikan segala tindakan yang diperlukan dilaksana dengan segera, termasuk langkah mitigasi serta penyampaian maklumat dan nasihat kesihatan kepada


PMO Info Channel 🇲🇾
2 сент., 09:48
переслано из @anwaribrahim_official

1,510Открыть в Telegram
PMO Info Channel 🇲🇾
2 сент., 09:47
переслано из @anwaribrahim_official
STATEMENT ON THE US-IRAN ESCALATIONI am gravely concerned by the renewed escalation between the United States and Iran. The latest exchange of strikes, extending beyond the immediate parties and into other states in the region, threatens to draw the wider Middle East into an even more destructive conflict.The party with the greatest capacity to shape events bears a particular responsibility to exercise restraint and prevent further escalation. The sovereignty of other states cannot be cast aside. No military objective justifies exposing civilians to an expanding conflict. Economic measures that inflict hardship on civilians and impede diplomatic engagement risk exacerbating rather than resolving this crisis.I urge the United States and Iran to halt further escalation and return immediately to diplomacy and the understandings reached in June. This conflict can ultimately be
PMO Info Channel 🇲🇾
30 авг., 11:46
KERAJAAN MADANI HANTAR PASUKAN SMART KE NEPAL, KESAN DAN BAWA PULANG RAKYAT MALAYSIAKerajaan MADANI telah memutuskan untuk menghantar Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) bagi membantu operasi mencari dan menyelamat (SAR) susulan bencana banjir yang melanda Nepal.Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), dengan kerjasama Kementerian Luar Negeri (KLN), dipertanggungjawabkan untuk menyelaras dengan Kerajaan Nepal bagi membolehkan pasukan ini digerakkan sesegera mungkin.Pasukan SMART turut diamanahkan untuk mengesan dan membawa pulang rakyat Malaysia yang terjejas, selain membantu Kedutaan Besar Malaysia di Nepal menyelaras bantuan serta memastikan keselamatan dan kebajikan mereka.Malaysia juga akan menyalurkan sumbangan sebanyak AS$1 juta kepada Nepal bagi membantu mangsa yang terjejas serta menyokong usaha pemulihan pascabencana.


PMO Info Channel 🇲🇾
10 авг., 08:36
𝗞𝗘𝗡𝗬𝗔𝗧𝗔𝗔𝗡 𝗠𝗘𝗗𝗜𝗔𝗬𝗔𝗕 𝗣𝗘𝗥𝗗𝗔𝗡𝗔 𝗠𝗘𝗡𝗧𝗘𝗥𝗜 𝗦𝗘𝗟𝗔𝗠𝗔𝗧 𝗝𝗔𝗟𝗔𝗡𝗜 𝗣𝗥𝗢𝗦𝗘𝗗𝗨𝗥 𝗣𝗘𝗠𝗕𝗘𝗗𝗔𝗛𝗔𝗡 𝗟𝗔𝗣𝗔𝗥𝗢𝗦𝗞𝗢𝗣𝗜 𝗦𝗘𝗖𝗔𝗥𝗔 𝗘𝗟𝗘𝗞𝗧𝗜𝗙 𝗕𝗔𝗚𝗜 𝗠𝗘𝗥𝗔𝗪𝗔𝗧 𝗛𝗘𝗥𝗡𝗜𝗔 𝗣𝗘𝗥𝗨𝗧 (𝗣𝗔𝗥𝗔-𝗨𝗠𝗕𝗜𝗟𝗜𝗖𝗔𝗟 𝗛𝗘𝗥𝗡𝗜𝗔)YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, telah selamat menjalani prosedur pembedahan laparoskopi secara elektif bagi merawat hernia perut (para-umbilical hernia). Prosedur tersebut berjalan lancar di bawah kendalian pasukan pakar perubatan.Beliau kini sedang menjalani rawatan fisioterapi serta berada di bawah pemantauan pasukan pakar perubatan bagi memastikan proses pemulihan berjalan dengan baik.𝗗𝗔𝗧𝗢' 𝗗𝗥 𝗔𝗦𝗥𝗜 𝗥𝗔𝗡𝗚𝗔 𝗕𝗜𝗡 𝗔𝗕𝗗𝗨𝗟𝗟𝗔𝗛 𝗥𝗔𝗠𝗔𝗜𝗔𝗛 Ketua Pasukan Perubatan Kepada YAB Perdana Menteri 10 Ogos 2026


PMO Info Channel 🇲🇾
10 авг., 01:02
𝗞𝗘𝗡𝗬𝗔𝗧𝗔𝗔𝗡 𝗠𝗘𝗗𝗜𝗔𝗬𝗔𝗕 𝗣𝗘𝗥𝗗𝗔𝗡𝗔 𝗠𝗘𝗡𝗧𝗘𝗥𝗜 𝗦𝗘𝗗𝗔𝗡𝗚 𝗠𝗘𝗡𝗝𝗔𝗟𝗔𝗡𝗜 𝗣𝗘𝗠𝗘𝗥𝗜𝗞𝗦𝗔𝗔𝗡 𝗦𝗘𝗥𝗧𝗔 𝗣𝗥𝗢𝗦𝗘𝗗𝗨𝗥 𝗬𝗔𝗡𝗚 𝗗𝗜𝗧𝗘𝗧𝗔𝗣𝗞𝗔𝗡 𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗣𝗔𝗦𝗨𝗞𝗔𝗡 𝗣𝗔𝗞𝗔𝗥 𝗣𝗘𝗥𝗨𝗕𝗔𝗧𝗔𝗡YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, sedang menjalani pemeriksaan serta prosedur yang ditetapkan oleh pasukan pakar perubatan. Beliau dijangka berada di bawah pemantauan selama dua hari.Marilah kita mendoakan agar segala urusan pemeriksaan serta prosedur YAB Perdana Menteri dipermudahkan dan dikurniakan keafiatan yang berpanjangan agar dapat kembali menjalankan tugas seperti biasa dalam masa terdekat, Insya-Allah.𝗧𝗨𝗡𝗞𝗨 𝗡𝗔𝗦𝗛𝗥𝗨𝗟 𝗔𝗕𝗔𝗜𝗗𝗔𝗛 Setiausaha Akhbar Kanan Kepada YAB Perdana Menteri 10 Ogos 2026


PMO Info Channel 🇲🇾
10 авг., 00:24
Ikhtiar diteruskan, amanah ditunaikan, dan kepada Allah SWT jua kita berserah.Selamat ulang tahun kelahiran Dato' Seri Anwar Ibrahim
PMO Info Channel 🇲🇾
9 авг., 23:59
переслано из @anwaribrahim_official
Menjunjung kasih atas perkenan menerima patik menghadap bagi menyembah maklum berhubung beberapa perkembangan penting yang menyentuh kepentingan negara dan kesejahteraan rakyat.Titah Baginda Tuanku agar siasatan berhubung Laporan Siasatan Suruhanjaya Diraja (RCI) Lembaga Tabung Haji dilaksanakan secara menyeluruh adalah selari dengan iltizam Kerajaan MADANI untuk memastikan setiap syor dan dapatan disiasat secara tuntas tanpa sebarang kompromi.Tabung Haji menguruskan amanah yang lahir daripada hasil keringat jutaan rakyat, termasuk petani, penjawat awam dan golongan berpendapatan sederhana serta rendah yang menabung selama bertahun-tahun demi menyahut panggilan haji. Amanah sebesar ini tidak seharusnya dikhianati. Justeru, sesiapa yang didapati menyalahgunakan kepercayaan tersebut hendaklah diheret ke muka pengadilan menurut lunas undang-undang.Baginda Tuanku turut menyentuh
PMO Info Channel 🇲🇾
9 авг., 23:59
переслано из @anwaribrahim_official

1,420Открыть в Telegram
PMO Info Channel 🇲🇾
20 апр., 15:37
переслано из @anwaribrahim_official





PMO Info Channel 🇲🇾
29 мар., 04:22
переслано из @anwaribrahim_official
Sewaktu interaksi bersama Presiden Abdel Fattah El-Sisi tempoh hari, saya telah memohon kerjasama beliau bagi memudahcara penyaluran 374 tan bantuan kemanusiaan Malaysia kepada rakyat Gaza melalui pintu sempadan Rafah bermula April ini.Alhamdulillah, Presiden El-Sisi memberikan jaminan dan komitmen jelas untuk memastikan akses ini dipermudah, sekali gus membolehkan bantuan segera disalurkan kepada lebih 100,000 penduduk Gaza yang amat memerlukan.Malaysia tidak akan sesekali tunduk kepada sebarang halangan, khususnya daripada rejim Zionis Israel yang terus merencatkan usaha kemanusiaan ini.Dalam saat dunia diuji dengan ketidakpedulian dan hipokrasi, Malaysia akan terus berdiri sebagai suara yang berprinsip dan bermaruah, mempertahankan hak mereka yang tertindas.Mohon doa agar segala urusan dipermudah dan bantuan ini sampai dengan selamat kepada saudara kita di Gaza, Insya-Allah.
PMO Info Channel 🇲🇾
19 мар., 09:14
Aidilfitri bukan sekadar perayaan, tetapi ruang untuk kita memperkukuh kebersamaan, menghargai peranan setiap anggota pasukan, serta terus memupuk dedikasi dan komitmen dalam melaksanakan amanah kepada rakyat dan negara.Dalam kesatuan ini, kita memperteguh iltizam untuk berkhidmat dengan lebih tekun, berintegriti dan berjiwa besar sebagai cerminan semangat kekeluargaan serta kekuatan sebuah pasukan yang sentiasa bergerak seiring.Salam Aidilfitri, maaf zahir dan batin. Min al-‘aidin wal faizin daripada saya serta seluruh warga Pejabat Perdana Menteri.#MalaysiaMADANI #YakinMADANI
PMO Info Channel 🇲🇾
10 дек. 2025 г., 15:23
переслано из @anwaribrahim_official



PMO Info Channel 🇲🇾
10 дек. 2025 г., 15:23
переслано из @anwaribrahim_official
Malam ini saya hadir ke Majlis Makan Malam Konvensyen Kongres Tritahunan Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) ke-30 untuk menyampaikan penghargaan setingginya kepada seluruh pasukan penjawat awam yang bekerja keras sepanjang tiga tahun pentadbiran Kerajaan MADANI.Ini termasuk seluruh jentera Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang telah bertungkus-lumus menyiapkan skim saraan baharu demi menaikkan gaji dan kebajikan penjawat awam. Alhamdulillah, SSPA ini telah menerima sambutan positif daripada rakan-rakan penjawat awam.Kerja keras kita selama tiga tahun ini mula memperlihatkan hasil. Kejayaan Malaysia yang kian terserlah menerusi keyakinan pelabur, kemajuan teknologi, serta kedudukan kita di pentas dunia, lahir daripada kegigihan penjawat awam yang bergerak seiring barisan pimpinan negara memastikan Malaysia terus melangkah ke hadapan.Kekuatan kerajaan tidak
PMO Info Channel 🇲🇾
26 нояб. 2025 г., 03:18
KENYATAAN MEDIA YAB PERDANA MENTERITERIMA PERLETAKAN JAWATAN SUPOL KANAN, SPRM BEBAS JALANKAN SIASATANSaya menerima perletakan jawatan Setiausaha Politik Kanan, saudara Shamsul Iskandar Mohd Akin dan mengucapkan terima kasih atas khidmat beliau.Berhubung tuduhan yang timbul, saya menegaskan bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bebas untuk menjalankan siasatan segera, tanpa sebarang campur tangan luar.Kerajaan MADANI kekal teguh pada prinsip ketelusan dan integriti, dan memberi ruang kepada proses siasatan mengikut lunas undang-undang.ANWAR IBRAHIM 26 November 2025


PMO Info Channel 🇲🇾
24 нояб. 2025 г., 01:22
Kembali memperteguh cita nurani untuk kekal meletakkan tumpuan agar limpahan ekonomi dan tatakelola terbaik dirasai rakyat terbanyak.
PMO Info Channel 🇲🇾
8 нояб. 2025 г., 13:26
Hadir merasmikan Majlis Pecah Tanah Projek Penyuraian Trafik di antara Plaza Tol Juru dan Plaza Tol Sungai Dua, Lebuhraya Utara Selatan yang menjadi tanda komitmen nyata Kerajaan dalam menyenangkan hidup rakyat.(Kenyataan penuh di Facebook Anwar Ibrahim)#MalaysiaMADANI #MADANIbekerja #RancakkanMADANI




PMO Info Channel 🇲🇾
8 нояб. 2025 г., 13:23



3,120Открыть в Telegram
PMO Info Channel 🇲🇾
8 нояб. 2025 г., 13:23
Dalam ucapan penutup Festival Idea Putrajaya 2025, saya tegaskan bahawa walaupun universiti semakin banyak, profesor sudah ribuan, dan perpustakaan penuh dengan buku, namun masih ada segelintir yang terperangkap dalam fikiran kolot, menghina sesama insan kerana warna kulit, kekayaan, atau budaya.Para pewaris negara tidak boleh hanyut dalam pemikiran sempit ini, dan seharusnya kita mesti melahirkan generasi yang merdeka dalam fikiran, matang dalam pertimbangan, dan berani mengangkat idea yang menyelamatkan bangsa.Kita semua memikul tanggungjawab besar untuk membangunkan gagasan yang membela keadilan dan kemanusiaan, demi membina Malaysia yang hebat dan bermaruah.Saya juga mengingatkan hadirin, dalam apa jua kejayaan yang kita capai, jangan pernah lupa akar kita.Banggalah dengan budaya, asal-usul, dan keluarga sendiri, kerana di situlah letaknya kekuatan sebenar bangsa.#MalaysiaM




PMO Info Channel 🇲🇾
8 нояб. 2025 г., 13:19
Sewaktu merasmikan Malaysia Semiconductor IC Design Park 2, saya tekankan bahawa kejayaan sesebuah negara bergantung kepada kecekapan dan kepantasan pasukannya dalam melaksanakan pembaharuan, ini termasuklah dalam industri semikonduktor yang menjadi nadi penting ekonomi masa depan.Inisiatif ini merangkumi pelan menyeluruh yang menumpukan kepada penyediaan tenaga mahir, penubuhan pusat latihan dan kecemerlangan, penyediaan insentif strategik, serta kemudahan sokongan yang memperkukuh rantaian nilai industri semikonduktor negara.Kita tidak boleh lagi berpuas hati dengan sistem lama yang terlalu selesa, justeru kini tiba masanya untuk melonjak ke hadapan dan menjadikan Malaysia dikenali sebagai hab reka bentuk dan pembangunan semikonduktor bertaraf dunia, serta destinasi pilihan utama pelabur global.#MalaysiaMADANI #RancakkanMADANI #MADANIBekerja



