gram news
Аватар канала ABIM Malaysia

ABIM Malaysia

@abimalaysia

Dapatkan perkembangan terkini kegiatan ABIM, promosi buku-e percuma, ruangan untuk interaksi, peluang berbakti, perkembangan isu semasa, pendirian sikap ABIM dan banyak lagi, melalui saluran Telegram

ПроектыID

762подписчиков

Открыть канал

Последние посты

  • ABIM Malaysia

    14 сент., 15:10

    🌍 SEMINAR ANTARABANGSA GEOPOLITIK & PERUBAHAN GLOBAL “Tata Dunia Baharu, Gerakan Islam Membina Masa Depan Ummah” Dunia sedang berubah — kuasa global beralih, konflik semakin kompleks dan tata dunia baharu sedang terbentuk.🔥 Apakah kesannya kepada umat Islam? 🔥 Bagaimana gerakan Islam harus bersedia menghadapi masa depan?Bersempena Ijtimak Harakiy Kali Ke-8 WADAH–ABIM–PKPIM, sertai wacana bersama tokoh dan pemikir tempatan serta antarabangsa.🎙️ Prof. Dr. Phar Kim Beng 🎙️ Dr. Ahmad El-Muhammady Muhammad Uthman El-Muhammady 🎙️ Dr. Nor Salimah Abu Mansor 🎙️ Dr. Syed Ghulam Nabi Fai 🎙️ Dr. Muslim ImranDengarkan kupasan mereka mengenai cabaran geopolitik semasa, perubahan tata dunia serta peranan gerakan Islam dalam mencorakkan masa depan ummah.📅 26 September 2026 (Sabtu) 🕗 8.00 pagi – 5.00 petang 📍 Dewan Besar PKKSSAAS, Universiti Putra Malaysia, Serdang
    MyWAPSEMINAR ANTARABANGSA GEOPOLITIK DAN PERUBAHAN GLOBAL “TATA DUNIA BAHARU: GERAKAN ISLAM MEMBINA MASA DEPAN UMMAH”IJTIMAK HARAKIY WADAH-ABIM-PKPIM KALI KE-8 DAN SEMINAR ANTARABANGSA GEOPOLITIK DAN PERUBAHAN GLOBAL “TATA DUNIA BAHARU: GERAKAN ISLAM MEMBINA MASA DEPAN UMMAH” 📅 Tarikh: 26 September 2026 (Sabtu)...
  • ABIM Malaysia

    14 сент., 15:10

  • ABIM Malaysia

    22 авг., 01:58

    📢 PROGRAM NASIONAL MIZAN: AL-‘AMAL DAN MASYARAKAT MADANIAyuh bersama menghayati wacana pemikiran Dr. Siddiq Fadzil menerusi Program Nasional MIZAN yang mengangkat tema “Dari Fiqh Kehidupan kepada Agenda Perubahan Sosial.”🎙️ UCAPTAMA “Mizan al-‘Amal dan Cabaran Masyarakat Malaysia MADANI” Oleh Tuan Haji Hasri bin Harun Timbalan Presiden WADAH merangkap Felo Institut Pemikiran dan Kepemimpinan Siddiq Fadzil📅 22 Ogos 2026 | Sabtu 🕘 9.00 pagi 📍 UNISEL Shah AlamTonton Siaran Langsung https://www.youtube.com/live/os74Oizwcc8?si=25Cpp90BploYS03O#ProgramNasionalMIZAN #MasyarakatMADANI #WADAH #UNISEL #SiddiqFadzil #WacanaPemikiran
    YouTubeMizan al' Amal dan Cabaran Masyarakat Malaysia MADANIProgram Nasional MIZAN Al' Amal dan Masyarakat MADANI 22 Ogos 2026 Unisel Shah Alam Ucaptama Oleh Tuan Hj. Hasri Harun Timbalan Presiden WADAH Felo Institut dan Kepimpinan Siddiq Fadzil
  • ABIM Malaysia

    1 мар., 03:47

    JOM SERTAI CHANNEL ABIMSaluran maklumat whatsapp rasmi untuk Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)https://whatsapp.com/channel/0029Vawy9soChq6LEEjkYz3K#GerakanIlmu&Bakti #GenerasiNusaMADANI #55TahunABIM
    WhatsApp.comABIMChannel • 903 followers • Saluran maklumat whatsapp rasmi untuk Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) #GerakanIlmu&Bakti #GenerasiNusaMADANI #55TahunABIM
  • ABIM Malaysia

    21 февр., 06:28

    Assalamu alaykum wrh wbt.IIIT East and Southeast Asia cordially invites all friends to join our Intellectual Discourse Series featuring Dr Majed Fawzi Mohammad Abu Ghazalah who will be speaking on:Topic: Islamic Risk Management: From Contemporary to a New Reality with AI.Details of the event are as follows:Date: Saturday 21 February 2026Time: 05:00PM – 06.00PM Kuala LumpurModerator : Bro. Shahran bin KasimJoin Zoom Meeting https://us06web.zoom.us/j/83755270578?pwd=xxtI9bRQD8gadkWGBXWazXbVnppbwB.1Meeting ID: 837 5527 0578 Passcode: iidso25
  • ABIM Malaysia

    10 февр., 00:38

    Jemput seluruh ahli ABIM SeMalaysia ikutI channel ABIM untuk dapatkan info dari masa ke semasa!https://whatsapp.com/channel/0029Vawy9soChq6LEEjkYz3K
    WhatsApp.comABIMChannel • 903 followers • Saluran maklumat whatsapp rasmi untuk Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) #GerakanIlmu&Bakti #GenerasiNusaMADANI #55TahunABIM
  • ABIM Malaysia

    19 янв., 08:58

    SYEIKH DR. TAHIR WYATT SERU UMAT ISLAM BERPEGANG TEGUH KEPADA TALI ALLAH SERTA BERSATU DEMI KEJAYAAN UMMAH15 Januari 2026 – Alhamdulillah, telah berlangsung MADANI Lecture: Distinguished Speaker Series yang menampilkan Sheikh Dr. Tahir Wyatt bertempat di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya.Sheikh Dr. Tahir Wyatt dalam syarah beliau menekankan bahawa kejayaan yang sebenar dalam Islam adalah hidup dalam penyerahan diri kepada Allah secara berterusan sambil memenuhi tujuan hidup yang sebenar sebagai seorang Muslim. Menurut beliau, ketenangan jiwa hanya akan ditemui apabila seseorang berhenti melawan Penciptanya dan mula sedar peranan untuk mengabdi diri kepada Allah. Hal ini kerana, keadilan yang paling agung adalah mentauhidkan Allah, manakala kezaliman yang paling besar adalah syirik (menyekutukan-Nya).Syeikh turut menekankan tentang kekuatan kolektif umat Islam sebagai satu ummah.
    ABIMUtama - ABIM"Gerakan ilmu Dan Bakti" Generasi Nusa Madani:Menerajui Anjakan Masa Depan "Pendidikan Jiwa dan Minda" "Perubahan yang sejati bermula dari jiwa dan minda yang terdidik, serta semangat yang tidak pernah luntur untuk kebenaran dan keadilan." MOHAMAD SAIFUDDIN…
  • ABIM Malaysia

    19 янв., 08:58

  • ABIM Malaysia

    11 нояб. 2025 г., 07:49

    🌟 Webinar Keibubapaan Responsif🌟"Menangani Cabaran Keibubapaan Moden"🗓️ Sabtu | 15 November 2025 🕘 9.00 pagi – 12.00 tengah hari 📍 https://us02web.zoom.us/j/88605917150?pwd=JSnxIl7JNjjrw0oMJo8gdaf0VGGW2r.1⭐ 3 Slot Hebat!🌹 Prof. Dato’ Noor Aziah Mohd Awal – Isu Kanak-Kanak di Malaysia: Responsifkah Kita atau Sekadar Reaktif?🌹 Prof. Dr. Haslinda Abdullah – Resilien Dalam Keibubapaan: Membantu Anak Menghadapi Tekanan Dunia Moden🌹 Ustaz Hasri Harun – Tarbiyatul Aulad: Membentuk Anak Soleh Dalam Dunia Serba Mencabar💫 Ilmu, inspirasi & tip realistik buat ibu bapa masa kini!
  • ABIM Malaysia

    10 нояб. 2025 г., 10:30

    PENGUMUMAN Jemput daftar & hadir keSeminar Kebangsaan Peradaban Madani 2025: Meneraju Kebangkitan Umat, Membina Peradaban MadaniTempat: Bangi Avenue Convention Centre (BACC), SelangorMasa: 08:00 pagi - 01:30 petang Tarikh: 22 November 2025 (Sabtu) | 01 Jamadilakhir 1447HbersempenaMuktamar Sanawi Kali ke-54 Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan Majlis Perhimpunan Agung Tahunan (MPAT) Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) kali ke-64.👤 Ucaptama: YB Senator Dr. Zulkifli Hasan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)
    WhatsApp.comJunaidahBusiness Account
  • ABIM Malaysia

    10 нояб. 2025 г., 10:29

  • ABIM Malaysia

    10 нояб. 2025 г., 10:28

    📢 📢 PENGUMUMAN Jemput daftar & hadir keSeminar Kebangsaan Peradaban Madani 2025: Meneraju Kebangkitan Umat, Membina Peradaban MadaniTempat: Bangi Avenue Convention Centre (BACC), SelangorTarikh: 22 November 2025 (Sabtu) | 01 Jamadilakhir 1447HbersempenaMuktamar Sanawi Kali ke-54 Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan Majlis Perhimpunan Agung Tahunan (MPAT) Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) kali ke-64.👤 Ucaptama: YB Senator Dr. Zulkifli Hasan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)
  • ABIM Malaysia

    10 нояб. 2025 г., 10:27изменён

    SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM)Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) mengucapkan selamat menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2025 bagi semua calon seluruh negara yang terlibat bermula Isnin lalu, 3 November hingga 23 Disember 2025.‎فإذا عزمت فتوكل على الله إن الله يحب المتوكلين Maksudnya: “Apabila engkau telah membulatkan tekad, maka bertawakallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang bertawakkal”. (Surah Ali-Imran: ayat 159)Semoga diberi kesihatan, ketenangan dalam menjawab dan seterusnya beroleh kejayaan.Siru ‘ala barakatillah!#gerakanilmudanbakti #ABIMdihatiku
  • ABIM Malaysia

    10 нояб. 2025 г., 10:20

    ABIM TERIMA KUNJUNGAN UNIVERSITI MUHAMMADIYYAH MALAYSIA (UMAM) DAN CABANG ISTIMEWA MUHAMMADIYYAH MALAYSIA (PCIM)30 Oktober 2025 - ABIM dan KDH telah menerima kunjungan dari Universiti Muhammadiyyah Malaysia (UMAM) dan Cabang Istimewa Muhammadiyah Malaysia (PCIM) yang diketuai oleh Dr. Saidul Amin, VC Umam. Pertemuan bertempat di Kolej Dar al-Hikmah (KDH) diadakan bagi memperkukuhkan lagi hubungan panjang ABIM dan Muhammadiyyah dalam arena dakwah.UMAM merupakan suatu usaha pengantarabangsaan dakwah Muhammadiyah dan bercita-cita menjadi pusat kajian bertaraf antarabangsa dan melahirkan ilmuwan yang berkepakaran dalam isu-isu Islam di serantau Asia Tenggara.ABIM, KDH dan UMAM telah menyatakan kesepakatan strategis khususnya sebagai usaha menyalurkan pelajar, memposisikan pensyarah sambilan dan penganjuran program yang bersesuaian. Semoga jalinan dan ukhwah ini menatijahkan impak
  • ABIM Malaysia

    10 нояб. 2025 г., 10:18изменён

    KENYATAAN MEDIA ABIM KUTUK GENOSID DI DARFUR DAN DESAK TINDAKAN SEGERA HENTIKAN KEGANASAN RSF DI SUDAN31 Oktober 2025 | 09 Jamadilawal 1447HAngkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menzahirkan kebimbangan mendalam terhadap perkembangan kemanusiaan yang amat meruncing di Sudan ketika ini, khususnya di Al-Fashir, ibu kota Darfur Utara yang kini dilaporkan menjadi lokasi siri pembunuhan beramai-ramai oleh Rapid Support Forces (RSF) dan kumpulan sekutunya.Ketiadaan wartawan antarabangsa yang dibenarkan memasuki kawasan konflik telah memaksa para penyelidik bergantung kepada imej satelit bagi mengesahkan bukti mengerikan yang berlaku di darat termasuk tompokan besar darah yang dapat dilihat dari udara, kebakaran penempatan awam, serta pengepungan kawasan penduduk yang sedang berusaha melarikan diri daripada serangan.Menurut Pejabat Hak Asasi Manusia PBB dan Human Rights Watch, lebih
  • ABIM Malaysia

    10 нояб. 2025 г., 10:18

  • ABIM Malaysia

    10 нояб. 2025 г., 10:17изменён

    KENYATAAN MEDIA ABIM UCAP TAHNIAH KEPADA YAB PERDANA MENTERI ATAS PENGIKTIRAFAN SEBAGAI 10 TOKOH MUSLIM PALING BERPENGARUH DI DUNIA30 Oktober 2025 bersamaan 08 Jamadilawal 1447HAngkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia, atas pengiktirafan yang diberikan kepada beliau dalam The World’s 500 Most Influential Muslims 2025 terbitan Royal Islamic Strategic Studies Centre (RISSC), Jordan yang meletakkan beliau dalam kelompok 10 tokoh Muslim paling berpengaruh di dunia. Pengiktirafan ini merupakan manifestasi kepercayaan antarabangsa terhadap gaya kepimpinan beliau yang tegas dalam mempertahankan kebenaran dan berorientasikan kemanusiaan sejagat.Bagi ABIM, penghormatan ini amat signifikan kerana ia mencerminkan kesinambungan perjalanan perjuangan beliau yang bermula di medan aktivisme belia Islam
  • ABIM Malaysia

    10 нояб. 2025 г., 10:16

  • ABIM Malaysia

    9 окт. 2025 г., 05:56

    Langkah-langkah ini akan memperkukuh institusi keluarga sebagai asas pembangunan insan dan memastikan setiap anak mendapat permulaan hidup yang adil dan bermakna. Dalam masa yang sama, ia akan menggalakkan lebih ramai wanita kembali ke pasaran kerja, sekaligus meningkatkan produktiviti dan pertumbuhan ekonomi negara.ABIM percaya bahawa pelaburan terhadap keluarga muda ialah pelaburan terhadap masa depan Malaysia. Belanjawan 2026 mesti menjadi titik tolak kepada reformasi dasar keluarga yang benar-benar berpaksikan kesejahteraan rakyat, keadilan sosial, dan pembangunan manusia.Daripada sekadar mengurus beban hidup, marilah kita membina ekosistem keluarga muda yang kuat dan sejahtera demi masa depan Malaysia yang lebih baik dan sejahtera.“Menegakkan Kebenaran dan Keadilan”Ahmad Fahmi bin Mohd Samsudin Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)
  • ABIM Malaysia

    9 окт. 2025 г., 05:56

    KENYATAAN MEDIABELANJAWAN 2026: ABIM SERU DASAR KOMPREHENSIF SOKONG KELUARGA MUDA MALAYSIA9 Oktober 2025 | 17 Rabiul Akhir 1447HAngkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menyeru kerajaan agar memperkenalkan satu dasar menyeluruh bagi menyokong keluarga muda dalam Belanjawan 2026. Langkah ini perlu melangkaui semakan angka cukai semata-mata dan dilihat sebagai pelaburan strategik terhadap masa depan negara.ABIM berpandangan bahawa had pelepasan cukai bagi yuran taska sebanyak RM3,000 dan pelepasan anak tanggungan sebanyak RM2,000 sudah tidak lagi seiring dengan realiti kos hidup semasa. Oleh itu, ABIM menggesa kerajaan menaikkan had pelepasan yuran taska sekurang-kurangnya kepada RM6,000 dan anak tanggungan kepada RM3,000 bagi memberi kelegaan kepada ibu bapa muda yang berdepan tekanan kewangan.Namun ABIM menegaskan, isu ini bukan sekadar soal cukai. Kerajaan perlu membina ekosistem
Скачать ряд в CSV
Бот обратной связи для своего канала — бесплатно

Подписчики пишут боту, вы отвечаете реплаем, ваш аккаунт скрыт. Создаётся в одно касание.

Как это работает →
Создать бота