gram news
Аватар канала BORDERLESS HUMANITY SHARING

BORDERLESS HUMANITY SHARING

@bhumanity

Borderless Humanity merupakan NGO yang dinamik dan versatil mengoptimumkan kebajikan tanpa sempadan selaras dengan slogan kami "Serve Humanity”. Sertai kami bagi Info terkini berkenaan gerak kerja da

ПроектыID

77подписчиков

Открыть канал

Последние посты

  • BORDERLESS HUMANITY SHARING

    23 сент. 2025 г., 08:48

    https://share.google/0gYwx4Yin1zsKuQqx
    Portal BeritaSukarelawan GSF teruskan misi kemanusiaan Gaza walaupun diancamSEPANG, 21 September - Misi Kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) ke Gaza tetap diteruskan meskipun berdepan ancaman keselamatan daripada pihak Israel di perairan antarabangsa.Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), Mohd Azmi Abdul…
  • BORDERLESS HUMANITY SHARING

    23 сент. 2025 г., 06:32

    https://www.suarakeadilan.my/post/banjir-pakistan-empat-ngo-malaysia-hulur-bantuan-keperluan-asasPress Conference Misi Bantuan Banjir ke Pakistan oleh Borderless Humanity bersama rakan-rakan NGO lain dari Malaysia
    Suara KeadilanBanjir Pakistan: Empat NGO Malaysia hulur bantuan keperluan asasPrihatin dengan nasib mangsa banjir besar di Pakistan, mantan Ahli Dewan Negeri (ADN) Meru, Ustaz Mohd Fakhrulrazi Mokhtar mengetuai misi bantuan empat NGO Malaysia, iaitu MAPIM, Ihsanku, Borderless Humanity dan Yayasan Mualaf Malaysia, dengan kerjasama Alkhidmat…
  • BORDERLESS HUMANITY SHARING

    23 сент. 2025 г., 06:30

    Borderless Humanity menyertai Rombongan bersama beberapa NGO2 lain ke Pakistan22 September 2025, Pengerusi Borderless Humanity membawa amanah penyumbang ke Pakistan bersama Rombongan Misi Bantuan Banjir Pakistan yang di atur oleh Presiden MAPIM Cikgu Azmi. Turut serta rakan-rakan Ngo yang lain dengan membawa Jumlah Bantuan Tunai sebanyak RM100k untuk mendanai misi kali ini.Deligasi dari Malaysia disambut mesra oleh Rakan Kerja di Pakistan , Alkhidmat Foundation. Beberapa sedutan dikongsi di atas ,diambil semasa perbincangan tentang gerak kerja misi bantuan mangsa banjir.Juga salah satu rakan kerjasama Borderless Humanity di Pakistan, Fateh Foundation mengambil kesempatan untuk menyambut mesra dan bertemu dalam lunch meeting di Lake City,Lahore Pakistan semalam, membincangkan tentang keadaan semasa usaha pembangunan modal insan islami serta Shariah Economy Empowerment Planning dan
  • BORDERLESS HUMANITY SHARING

    14 сент. 2025 г., 02:15

    MISI KEMANUSIAAN | Kapal pertama konvoi kemanusiaan Global Sumud Flotilla dilaporkan berlepas Dari pelabuhan Bizerte, Utara Tunisia menuju ke Semenanjung Gaza, Palestin.#GlobalSumudFlotilla #SumudNusantara #Gaza #Palestine
  • BORDERLESS HUMANITY SHARING

    13 сент. 2025 г., 18:51

    🌊 BANJIR BESAR MELANDA PAKISTAN 🌊Saudara kita di Pakistan kini sedang diuji dengan banjir besar yang telah memusnahkan rumah, tanaman, dan meragut banyak nyawa. Ribuan keluarga kehilangan tempat tinggal, makanan, dan keperluan asas.Dalam kepayahan ini, mereka amat memerlukan bantuan segera daripada kita.🤲🏼 Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin di dunia, Allah akan melepaskan daripadanya satu kesusahan di hari kiamat." (HR Muslim)✨ Ayuh bersama B-Humanity membawa sinar harapan buat mereka. Sumbangan anda walaupun kecil, sangat besar ertinya bagi yang sedang lapar, kesejukan, dan kehilangan.Tekan link untuk menyumbang https://ezy.la/EmergencyPakistanRelief
    OnPayEMERGENCY PAKISTAN FLOOD 2025 (Selamatkan Nyawa — Bersama Bantu Mangsa Banjir Pakistan)Ribuan kampung telah ditenggelami air, lebih 4,000 kampung di Punjab saja. Lebih 900 jiwa terkorban. Beribu rumah dan keluarga kehilangan segalanya. Kita boleh buat sesuatu sekarang. Mari kita berganding bahu bersama.
  • BORDERLESS HUMANITY SHARING

    13 сент. 2025 г., 18:49

    🌍 BERITA KHAS – BANJIR BESAR MELANDA PAKISTAN 🌊Berikut perkembangan terkini berdasarkan laporan rasmi dan gambar-gambar terkini – keadaan semakin kritikal:---📍 Fokus KawasanProvinsi paling teruk terjejas: Khyber Pakhtunkhwa (KP)—termasuk daerah Buner, Swat, Bajaur, dan lain-lain.Punjab juga mengalami kerosakan besar: sungai-sungai seperti Ravi, Sutlej, Chenab meluap, banyak kampung ditenggelami air, pertanian rosak teruk.---💔 Angka Korban & Kesan ManusiaLebih 1,000 orang maut keseluruhannya akibat banjir sejak hujan monsun bermula serta ribut dan larutan awan mendadak (“cloudbursts”).Di KP sahaja, kematian melebihi 320 orang, terutama di Buner dan Swat.
  • BORDERLESS HUMANITY SHARING

    13 сент. 2025 г., 18:43

    Seorang kanak-kanak perempuan di Gaza menangis dalam kesedihan di hadapan sebuah periuk kosonn setelah makanan di dapur kebajikan kehabisan, yang mampu dilakukannya hanyalah merayu dengan tangisan yang memilukan:“Siapa yang akan mengisinya?”Sumber: Eye on Palestine __#FreePalestine #WakeupForGaza #GazaYouAreNotAlone
  • BORDERLESS HUMANITY SHARING

    4 дек. 2024 г., 00:22

    Salam takziah buat mangsa banjir Malaysia khususnya di Negeri-negeri semenanjung Malaysia yang mana mangsa banjir yang terkandas Dan berlindung di PPS. Semoga Allah memberikan Kebaikan diatas ujian yang melanda seluruh rakyat Malaysia yang terlibat.
  • BORDERLESS HUMANITY SHARING

    4 дек. 2024 г., 00:19

    Salam takziah buat semua warga Selatan Thailand yang terlibat dengan ujian banjir besar melanda disana. Semoga ada hikmahnya disebalik ujian ini.
  • BORDERLESS HUMANITY SHARING

    8 нояб. 2024 г., 05:22

    Projek Kesihatan juga kita gerakkan di bumi Gaza. Bulan Oktober yang lalu, Bhumanity menggerakkan projek inisiatif Ihsan Madani yang kita berikan bantuan ubatan dan medical check up untuk satu kem pelarian didalam Gaza.Melalui tim Dr Jameel, alhamdulillah ubat-ubatan kita telah sampai dan dimanfaatkan oleh rakyat Gaza disana.Tuan puan boleh perhatikan juga bagaimana Dr Jameel merawat pesakit-pesakitnya? Hanya beralas lantai dan ubat-ubatannya juga sangat minimal atas faktor harga mahal dan stok ubatan yang tidak dibenarkan masuk kedalam Gaza.
  • BORDERLESS HUMANITY SHARING

    8 нояб. 2024 г., 02:19

    September 2024 lalu, kita sempat melaksanakan program Akikah di bumi Uganda. Alhamdulillah sebanyak 20 ekor kambing disembelih dan diagihkan kepada 100 keluarga serta makanan yang sudah dimasak diberikan kepada 100 keluarga fakir miskin yang lain.
  • BORDERLESS HUMANITY SHARING

    7 нояб. 2024 г., 02:16

    Vlog Korban Malaysia. Kerjasama antara Bhumanity dan Ihsan Madani pada kali ini kita laksanakan di bumi tanah air kita di Malaysia.Pelaksanaan sembelihan di Kelantan seterusnya diagihkan kepada penerima golongan asnaf dengan kerjasama daripada Ihsan Madani, Outreach ABIM, Pekayatim, Ireach Malaysia dan Yayasan AlKhairiah Kelantan.
  • BORDERLESS HUMANITY SHARING

    6 нояб. 2024 г., 05:15

    Throwback | Vlog Ibadah Korban di bumi Nepal yang diwakili ustaz Hassanuddin dan wakil daripada Ihsan Madani iaitu Saudara Najmi.Saksikanlah bagaimana Tim Bhumanity menyampaikan amanah tuan puan korban nepal pada tahun 2024
  • BORDERLESS HUMANITY SHARING

    6 нояб. 2024 г., 01:11

    Bantuan Dapur Panas untuk bulan september di kem Al-Mawasi, Khan Younis Gaza. Alhamdulillah bantuan bagi bulan september ini dapat memasak hampir 6 periuk besar dan kali ini atas faktor barang yang berkali ganda mahal, tim disana terpaksa mengurangkan beberapa periuk. Walaubagaimanpun, dengan berkat usaha saudara-saudara kita disana, mereka tetap meneruskan usaha memberi makan kepada rakyat Gaza yang kelaparan.
  • BORDERLESS HUMANITY SHARING

    5 нояб. 2024 г., 14:59

    Alhamdulillah pada Ogos yang lalu Bhumanity dengan kerjasama Ihsan Madani telah berjaya mengagihkan sumbangan dapur panas fidyah kepada rakyat Gaza. Sebanyak 8 periuk nasi besar yang dapat dimanfaatkan oleh hampir 200 keluarga disana.
Скачать ряд в CSV
Бот обратной связи для своего канала — бесплатно

Подписчики пишут боту, вы отвечаете реплаем, ваш аккаунт скрыт. Создаётся в одно касание.

Как это работает →
Создать бота