gram news
Аватар канала Help with Hope - Cybertroopers Palestine

Help with Hope - Cybertroopers Palestine

@cybertrooperspalestin

Currently this channel will update about the attack in Palestine. You can download all the attachments inside this channel and share it on your media social platform. Let's do this together. United we

ПроектыENВоенное

27,619подписчиков

Открыть канал

Последние посты

  • Help with Hope - Cybertroopers Palestine

    9 окт. 2025 г., 01:13

    Hadiah untuk keluarga kita di Palestin 🇵🇸Minggu lepas team kami turun padang utk buat edaran Makanan Panas di Gaza — sampaikan mesej solidariti. Momen ni kita semua patut tengok 😭🎥 Tengok video kat sini: https://vt.tiktok.com/ZSUF7ubBm/👉 Kalau rasa bermanfaat: ❤️ LIKE video tu 🔁 REPOST kat TikTok atau IG Story 📲 SHARE kat group kawan² 👥 TAG sesiapa yang peduli isu PalestinSabda Rasulullah ﷺ: “Perumpamaan orang-orang beriman dalam kasih sayang, belas kasihan dan saling menyayangi antara mereka adalah seperti satu tubuh; jika satu anggota sakit, maka seluruh tubuh akan turut merasai sakit dan berjaga malam.” (HR Bukhari & Muslim)Support keluarga kita di Gaza 📍giving.myfundaction.org/order/form/nzs-as04-bersama-gazaMungkin inilah sedikit usaha kita, tapi besar impaknya in shaa Allah 💪
    5,550видео383Открыть в Telegram
  • Help with Hope - Cybertroopers Palestine

    16 сент. 2025 г., 13:16

    Imran, baru berusia 6 tahun, kehilangan sebelah matanya akibat serangan dron ketika sedang bermain bersama rakannya, Dodo — yang maut di depan matanya sendiri, tubuhnya hancur berkecai...Sehingga hari ini, Imran masih tidak tahu sama ada ayahnya telah terbunuh atau ditahan sejak perang bermula...Kini, satu-satunya tempat berpaut yang tinggal adalah ibunya — sedang bertarung"Dan janganlah kamu menyangka bahawa Allah lalai terhadap apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim..." (Surah Ibrahim: 42)Let's be part of us http://giving.myfundaction.org/order/form/nzs-as04-bersama-gaza . .
    5,760видео205Открыть в Telegram
  • Help with Hope - Cybertroopers Palestine

    16 сент. 2025 г., 12:31

    🚨 Jadikan media sosial anda sebagai senjata perjuangan! 🚨Teruskan bersuara, teruskan membantu, teruskan berdoa.. Kerana Gaza adalah kita, dan mereka adalah keluarga kita..Gaza adalah benteng terakhir umat Islam yang menjadi maruah dan simbol kekuatan Iman dan ukhuwah kita semua sesama Muslimin..Merekalah benteng kita yang berhadapan dengan musuh Islam yang utama iaitu zionis israhell..Teruskan menyebarkan kesedaran. Teruskan menyuarakan kebenaran.📲 Subscribe dan ikuti channel ini: https://t.me/cybertrooperspalestinChannel ini akan berkongsi update terkini tentang serangan di Palestin.Semua bahan boleh dimuat turun dan dikongsi ke Instagram, WhatsApp, dan semua group anda."Dan siapkanlah untuk menghadapi mereka kekuatan apa saja yang kamu sanggupi..." (Surah Al-Anfal, 8: 60)
    TelegramHelp with Hope - Cybertroopers PalestineCurrently this channel will update about the attack in Palestine. You can download all the attachments inside this channel and share it on your media social platform. Let's do this together. United we stand with Palestine.
  • Help with Hope - Cybertroopers Palestine

    16 сент. 2025 г., 12:16

    [Sumber: Al Jazeera English]Israel sering mendakwa tenteranya sebagai “the most moral army in the world” — tentera paling bermoral di dunia.Namun realitinya sangat menyedihkan…Sebahagian besar siasatan dalaman terhadap jenayah perang oleh tenteranya ditutup tanpa sebarang tindakan mahupun pertanggungjawaban. Tiada keadilan, tiada hukuman. Hanya kekejaman yang berulang..Doakan keadilan ditegakkan. Jangan pernah letih bersuara untuk mereka yang ditindas...Teruskan share content dari dalam channel ini dan link channel ni kepada keluarga dan para sahabat sekalian untuk keep update about our families in Palestine 🇵🇸🇵🇸🇵🇸
    2,330видео1Открыть в Telegram
  • Help with Hope - Cybertroopers Palestine

    16 сент. 2025 г., 10:03

    1,610видео42Открыть в Telegram
  • Help with Hope - Cybertroopers Palestine

    16 сент. 2025 г., 10:03

    Sumber: [Al Jazeera English]Selama lebih dua dekad, Dr. Hussam Abu Safiya telah berkhidmat sebagai pakar pediatrik di utara Gaza, dan akhirnya mengetuai Hospital Kamal Adwan — tempat beliau menyelamatkan ribuan nyawa anak kecil Palestin..Namun, segalanya berubah…Melalui rakaman arkib, dan laporan dari lapangan, dokumentari Fault Lines membongkar serangan terhadap Hospital Kamal Adwan, serbuan yang membawa kepada penahanan tanpa alasan Dr. Abu Safiya, serta bukti bagaimana sistem kesihatan Gaza dijadikan sasaran utama rejim Zionis.📽️ Saksikan: The Disappearance of Dr. Abu Safiya🇵🇸 Doakan para doktor, jururawat dan petugas kesihatan di Gaza. Mereka bukan hanya menyembuh, tetapi menjadi benteng terakhir nyawa saudara kita.
  • Help with Hope - Cybertroopers Palestine

    16 сент. 2025 г., 06:48

    Seorang kanak-kanak perempuan Palestin berusia 11 tahun, tanpa beralas kaki, berlari berulang-alik dari rumahnya…Dia memeluk erat apa sahaja yang mampu dibawa. Pakaian, barang keperluan, sisa kenangan… sebelum rumah yang menjadi tempat berteduh keluarganya dihancurkan oleh serangan udara rejim penjajah.Bayangkan ketakutan yang ditanggung oleh seorang anak kecil seusia ini. Belum sempat mengenal erti kehidupan, dia sudah dipaksa mengenal derita, kehilangan, dan peperangan.Namun dia tetap berlari. Tidak mengalah. Tidak menangis.Kerana dia tahu — itu saja yang mampu dia selamatkan, sebelum semuanya hilang..
    1,200видео11Открыть в Telegram
  • Help with Hope - Cybertroopers Palestine

    16 сент. 2025 г., 04:56

    [Sumber: Al Jazeera English]Rejim Zionis Israel kini giat menahan dan menangkap rakyat Palestin secara beramai-ramai di kawasan Tulkarem, Tebing Barat yang diduduki.Tindakan ini digambarkan sebagai satu bentuk lhukuman kolektif — hanya kerana beberapa askar Israel cedera dalam satu serangan balas.Namun, seperti biasa… yang menjadi mangsa adalah rakyat awam yang tidak berdosa..Anak-anak, ibu, warga emas… digari, dihina, diheret tanpa belas kasihan..Tekanan terus menerus diberikan kepada keluarga kita di Gaza & Tebing Barat, Palestin..
    1,410видео6Открыть в Telegram
  • Help with Hope - Cybertroopers Palestine

    16 сент. 2025 г., 02:43

    Allahuakbar… Inilah hakikat yang menyayat hati dari unit kecemasan di Gaza..Kaki insan-insan tak berdosa ini terpaksa dipotong hanya dengan gergaji, tanpa sebarang ubat bius, tanpa sebarang ubat tahan sakit...Bayangkan… Dalam derita kesakitan yang tak tertanggung, mereka tetap kuat. Mereka tetap redha..Semua dilakukan dalam keadaan terlalu serba kekurangan— tanpa kelengkapan perubatan, tanpa bekalan ubat yang cukup.Ya Allah, rahmatilah mereka… kuatkan hati dan tubuh mereka… dan selamatkanlah mereka dari kezaliman ini.."Barangsiapa yang meringankan satu kesusahan dunia dari seorang mukmin, nescaya Allah akan meringankan satu kesusahan dari kesusahan-kesusahan hari kiamat." — Hadis Riwayat MuslimAyuh teruskan membantu. Mereka sangat memerlukan kita..
    1,050видео82Открыть в Telegram
  • Help with Hope - Cybertroopers Palestine

    15 сент. 2025 г., 13:01

    Alhamdulillah, selesai 2 hari berturut-turut penglibatan para belia MyFundAction bersama Ustazah Dr. Oki Setiana Dewi sepanjang sesi "Jelajah Dakwah" Ustazah Dr. Oki ke Malaysia sebelum kembali ke Mesir, untuk bersama-sama menyemai cinta, doa dan solidariti buat Palestin.Kehadiran beliau dalam Run for Humanity dan juga sesi Tazkirah di Masjid Putra, Putrajaya bukan hanya meninggalkan jejak kasih, tapi juga meniupkan semangat perjuangan buat kita semua agar terus membela Palestin dan seluruh umat Islam yang memerlukan, di mana jua mereka berada.Firman Allah SWT: "Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu bersaudara. Maka damaikanlah antara dua saudaramu dan bertakwalah kepada Allah agar kamu mendapat rahmat." (Surah Al-Hujurat: 10)Dan sabda Rasulullah ﷺ: “Perumpamaan orang-orang beriman dalam kasih sayang, belas kasihan dan saling menyayangi antara mereka adalah seperti satu tubuh;
  • Help with Hope - Cybertroopers Palestine

    15 сент. 2025 г., 13:01

  • Help with Hope - Cybertroopers Palestine

    15 сент. 2025 г., 12:05

    MasyaAllah… Alhamdulillah..Dalam setiap titis air mata dan runtuhan yang menyelimuti bumi Gaza, MyFundAction terus berdiri teguh — berusaha membantu sedaya yang termampu.Ini adalah hadiah kasih sayang kita semua— hidangan makanan panas yang telah berjaya disampaikan pada Jumaat lalu, 12 September 2025.Bayangkan… Di sebalik kehancuran, ada satu suapan yang mengenyangkan perut seorang ibu.Ada satu bekas makanan yang menghidupkan senyuman seorang anak kecil.Ada satu bungkusan yang menjadi bukti — umat Islam ini belum pernah lupa.Dan inisiatif ini tidak akan berhenti di sini.“Sesiapa yang memberi makan kepada orang yang lapar, Allah akan memberinya makanan daripada buah-buahan syurga.” — Hadis Riwayat Tirmizi🤲🏼 Jom jadi sebahagian daripada hadiah Jumaat ini. Rezeki kita, adalah juga untuk mereka.
  • Help with Hope - Cybertroopers Palestine

    15 сент. 2025 г., 11:00

    Orang awam di utara Gaza masih terus menerus berpindah ke arah selatan dalam ketakutan dan panik...Mereka hanya sempat menggenggam sisa-sisa barang yang masih tinggal, entah itu pakaian, entah itu bantal untuk anak kecil, atau hanya sehelai selimut lusuh...Langkah kaki mereka longlai, mata mereka cemas, hati mereka kosong. Tak tahu ke mana arah sebenar yang ingin dituju, asalkan jauh dari bom dan peluru yang tak berhenti menghujani.Tiada tempat selamat. Tiada masa untuk bernafas tenang. Yang mereka mahu cuma satu: terus hidup.Namun, dalam keadaan seburuk itu pun, kita melihat mereka masih memeluk anak-anak mereka erat, masih membantu satu sama lain, masih menyebut nama Allah dalam setiap langkah…"Dan sekiranya kamu ditimpa musibah, maka kembalilah kepada Allah." — Surah At-Taubah: 51. .
    1,210видео4Открыть в Telegram
  • Help with Hope - Cybertroopers Palestine

    15 сент. 2025 г., 10:02

    Di kawasan Zeitoun, Gaza, seorang lelaki yang telah terperangkap selama berhari-hari di dalam rumahnya akibat dikepung oleh tentera penjajah..Rambutnya yang kusut dan tebal bagaikan menceritakan keperitan hidup di bawah sekatan kejam itu, manakala tubuhnya yang lemah jelas menggambarkan derita kelaparan dan kehausan yang ditanggungnya..
    924видео6Открыть в Telegram
  • Help with Hope - Cybertroopers Palestine

    15 сент. 2025 г., 08:59изменён

    Innalillahi wa inna ilayhi raji'un...Tujuh nyawa anak kecil telah kembali kepada Pencipta di Kompleks Perubatan Nasser, Khan Younis. Empat daripadanya masih belum sempat melihat dunia.Mereka syahid dalam rahim ibu masing-masing akibat keguguran. Tiga lagi bayi pramatang pergi dalam inkubator.Puncanya bukan penyakit biasa. Tetapi kerana ibu-ibu mereka terlalu lapar, terlalu lemah, terlalu takut...Fizikal yang lemah akibat perpindahan yang tak berkesudahan, tekanan yang menghimpit, dan bunyi letupan yang tiada henti. Hasil kezaliman pengeboman berterusan rejim Zionis ke atas Gaza.Mereka tidak pernah meminta untuk lahir dalam suasana perang. Tetapi di situlah takdir mereka, syahid dalam diam, menjadi saksi bahawa kekejaman ini bukan lagi tentang tanah, tetapi tentang kemanusiaan yang dilukai tanpa belas..
    1,400видео92Открыть в Telegram
  • Help with Hope - Cybertroopers Palestine

    13 сент. 2025 г., 13:36

    A little life… caught between hunger and tears.Seekor kucing di Gaza Turut merasakan lapar dan menderita menjadi saksi kepada keperitan yang tiada penghujung.Tangisnya mungkin tak kedengaran, tapi penderitaannya lebih kuat dari ribuan kata.Jika haiwan pun merasai derita perang dan sekatan, apatah lagi manusia yang tidak berdosa...Tiada siapa pun yang patut hidup dalam penderitaan sebegini.Sekecil mana pun usaha kita, besar nilainya bagi mereka yang sedang berjuang untuk hidup."Dan sesiapa yang menyelamatkan satu nyawa, seolah-olah dia telah menyelamatkan seluruh manusia." (Surah Al-Ma’idah: 32)Jom bersama kami support keluarga kita di Gaza 📍http://giving.myfundaction.org/order/form/nzs-as04-bersama-gaza
    1,360видео31Открыть в Telegram
  • Help with Hope - Cybertroopers Palestine

    13 сент. 2025 г., 12:13

    Di sebuah khemah berhampiran Kompleks Perubatan Al-Nasr di Khan Yunis, dua anak kecil, Fatima Abu Mutlaq (8 tahun) dan Nizar Qudeih (18 bulan) terbaring dalam kesakitan akibat ruam teruk, jangkitan, dan luka terbuka yang disebabkan oleh cuaca panas melampau, air tercemar, serta serangan serangga dan tikus.Doktor di kompleks perubatan hanya mampu berikan rawatan yang sangat terhad. Segala bekalan perubatan masih disekat di pintu masuk Gaza oleh penjajahan Israel.Petugas kesihatan memberi amaran — panas membahang dalam khemah, tiada pengudaraan, dan persekitaran tidak bersih menyebabkan jangkitan kulat merebak pantas dan semakin memburukkan keadaan kanak-kanak.Perjuangan Fatima ini mencerminkan ribuan anak-anak Gaza yang lain terpaksa melawan antara dua penjajahan: 1. kehancuran akibat perang 2. sistem kesihatan yang lumpuh.“Dan apabila aku sakit, Dialah yang menyembuhkan aku.” (Su
    1,020видео31Открыть в Telegram
  • Help with Hope - Cybertroopers Palestine

    13 сент. 2025 г., 09:46

    Hammam al-Hayya, anak kepada pemimpin kanan Hamas, Khalil al-Hayya, telah syahid dalam serangan udara oleh rejim Zionis di Qatar pada Selasa lepas, bersama lima yang lain..Ibunya kini meratapi pemergian seorang anak yang gugur sebagai syuhada, dalam keadaan mereka sedang berbincang tentang cadangan gencatan senjata terbaru oleh AS untuk Gaza..Beberapa pemimpin kanan Hamas lain seperti Khalil al-Hayya sendiri, Khaled Meshal dan Zaher Jabarin terselamat dari serangan tersebut..Ini bukan sekadar kehilangan seorang anak, ini adalah pengorbanan dalam perjuangan yang belum selesai.Doakan mereka terus diberikan kekuatan, dan semoga darah syuhada menjadi saksi kebenaran perjuangan ini. . .
    880видео111Открыть в Telegram
  • Help with Hope - Cybertroopers Palestine

    13 сент. 2025 г., 07:05

    861видео2Открыть в Telegram
  • Help with Hope - Cybertroopers Palestine

    13 сент. 2025 г., 07:03

    677видео2Открыть в Telegram