Последние посты

| Didik2u
16 июн., 00:12
MATRIKS PEMBELAJARAN TAHUN 4 MULAI 2026 MATRIKS PEMBELAJARAN TINGKATAN 3 MULAI 2027
| Didik2u
5 мая, 12:52
Awak pilih yang mana?Skim KWSP atau Pencen?Kredit : Keknie Sha
1,150Открыть в Telegram
| Didik2u
14 апр., 23:32
Result PBPPP dah keluar tau, check link di bawah https://hrmis2.eghrmis.gov.my/1,570Открыть в Telegram
| Didik2u
11 апр., 09:24
Tema Hari Guru 2026:GURU BITARA NADI NEGARA1,770Открыть в Telegram
| Didik2u
10 мар., 14:41
CUTI TAMBAHAN BERSEMPENA HARI RAYA AIDILFITRIKementerian Pendidikan (KPM) mengumumkan satu hari cuti tambahan pada 18 Mac 2026 (Rabu) kepada semua sekolah di seluruh negara bersempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri Tahun 2026.Berdasarkan Kalendar Akademik Sesi 2026, sekolah-sekolah dalam Kumpulan A telah diperuntukkan satu hari cuti tambahan pada 19 Mac 2026 (Khamis), manakala sekolah-sekolah dalam Kumpulan B pula diperuntukkan dua hari cuti tambahan iaitu pada 19 dan 20 Mac 2026 (Khamis dan Jumaat).Kalendar Akademik Tahun 2026 boleh dirujuk melalui pautan https://www.moe.gov.my/surat-siaran-kpm-bil-3-tahun-2025-kalendar-akademi.Tahun Ini, Tahun Kita#7TerasKPM #MalaysiaMADANI #PendidikanManusiawi #TaatSetia #PendidikanNadiNegara #kurikulumkita
1,950Открыть в Telegram
| Didik2u
24 февр., 01:56

1,370Открыть в Telegram
| Didik2u
30 янв., 06:22
BERMINAT MENJADI GURU? KPM AKAN AMBIL 20,000 GURU BAHARU BAGI MEMENUHI KEPERLUAN PENDIDIKAN NEGARAKementerian Pendidikan (KPM) akan melaksanakan inisiatif pengambilan 20,000 orang Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG9 baharu secara Contract of Service (CoS) bagi memenuhi keperluan guru di sekolah-sekolah seluruh negara.Inisiatif pengambilan guru baharu ini adalah merupakan sebahagian persiapan awal KPM bagi pelaksanaan Rancangan Pendidikan Malaysia (RPM) 2026-2035 dan kemasukan murid berumur enam tahun ke Tahun 1 secara sukarela bermula pada tahun hadapan.Bagi memastikan aspek kompetensi guru terpelihara, calon terpilih perlu menjalani latihan ikhtisas di Institut Pendidikan Guru (IPG) KPM dalam pelbagai bidang pengkhususan.Inisiatif ini adalah cerminan komitmen berterusan Kerajaan MADANI bagi meningkatkan mutu pendidikan negara demi manfaat anak-anak Malaysia.Semua calon
1,670Открыть в Telegram
| Didik2u
21 дек. 2025 г., 07:01
Makluman KPM | Pembukaan Sesi Persekolahan 2026KPM menetapkan Mesyuarat Pengurusan Sekolah bagi sesi 2026 hanya SEHARI sahaja, melibatkan pengurusan, kurikulum, HEM dan kokurikulum secara bersama.Tujuannya jelas: memberi ruang kepada guru menggunakan cuti akhir tahun 2025 untuk rehat fizikal, emosi dan mental.Tarikh pelaksanaan: • Negeri Kumpulan A: 6–8 Januari 2026 • Negeri Kumpulan B: 7–9 Januari 2026Taklimat tambahan digalakkan secara dalam talian.Keprihatinan terhadap kesejahteraan guru ini wajar dihormati dan dipatuhi.

2,040Открыть в Telegram
| Didik2u
14 дек. 2025 г., 06:27
Langkah KPM memansuhkan Sistem SPLKPM mulai tahun hadapan merupakan satu keputusan yang amat baik dan tepat pada masanya. Ia menunjukkan kesediaan Kementerian mendengar suara guru serta memahami realiti kerja di lapangan.Pendekatan memberi sepenuh kepercayaan kepada guru selari dengan profesionalisme warga pendidik yang sentiasa komited meningkatkan ilmu dan kemahiran. Guru tidak pernah menolak latihan, sebaliknya sentiasa bersedia belajar dan menambah baik amalan PdP demi murid.Dengan pemansuhan sistem ini, diharapkan fokus pembangunan profesional guru dapat bergerak ke arah yang lebih bermakna, fleksibel dan berimpak tinggi, tanpa dibebankan oleh urusan teknikal dan pentadbiran yang tidak perlu.Terima kasih kepada KPM dan YB Menteri Pendidikan atas keberanian membuat perubahan dasar yang memberi keutamaan kepada kepercayaan, kesejahteraan guru dan kualiti pendidikan negara.Lang
14,200Открыть в Telegram
| Didik2u
12 дек. 2025 г., 08:13
Pelepasan Cukai Individu Pemastautin Tahun Taksiran 2025 Untuk maklumat lanjut, sila layari www.hasil.gov.my #lhdnm #lhdn #HASiL #eduzoneHASiL #pelepasancukai #TaxEdu
1,400Открыть в Telegram
| Didik2u
9 дек. 2025 г., 04:40
Ramai tertunggu² rupanya pukul 1 ptg daaa
1,570Открыть в Telegram
| Didik2u
9 дек. 2025 г., 03:51
Masa semakin suntuk: Bayar denda sebelum 31 Dis atau hilang subsidi Budi95 - JPJ beri amaran1,570Открыть в Telegram
| Didik2u
10 нояб. 2025 г., 09:25
PERINGATAN PELAKSANAAN BEKERJA LIMA HARI SEMINGGUUntuk makluman, pelaksanaan bekerja lima hari seminggu telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melalui Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 8 Tahun 2005 dan diperjelaskan semula dalam Surat Siaran KPM Bil. 2 Tahun 2016.Menurut ketetapan ini, aktiviti sekolah hanya dibenarkan dijalankan pada hari Sabtu minggu ke-2 dan minggu ke-4 sahaja. Ini bermakna, sebarang aktiviti seperti program, mesyuarat, bengkel dan lain-lain tidak dibenarkan diadakan pada Sabtu minggu pertama, ketiga dan kelima.Langkah ini penting bagi memastikan kesejahteraan dan keseimbangan masa bekerja serta masa rehat warga pendidik, staf dan murid.Marilah kita sama-sama mematuhi arahan ini demi menjaga kebajikan semua dan menghormati dasar rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia.
2,300Открыть в Telegram
| Didik2u
8 нояб. 2025 г., 09:05
PENAMBAHBAIKAN GRED BAHARU SEKOLAHIsu 1: Guru Penolong Kanan gred DG12 (DG48) tidak dibenarkan bertukar tempat bertugasPenyelesaian: Selaras dengan kelulusan JPA, Guru Penolong Kanan gred DG12 (DG48) kini dibolehkan memohon pertukaran ke mana-mana sekolah, berikutan naik taraf gred jawatan yang telah dilaksanakanIsu 2: Guru Akademik Biasa DG12 (DG48) tidak diberi peluang untuk dilantik sebagai Guru Penolong Kanan di sekolah rendahPenyelesaian: Melalui naik taraf gred jawatan Guru Penolong Kanan sehingga DG12 (DG48), kini Guru Akademik Biasa pada gred yang sama boleh dipertimbangkan untuk dilantik sebagai Guru Penolong Kanan di sekolah rendahIsu 3: Guru Besar pada gred DG12 diturunkan kepada Guru Akademik Biasa apabila dinaikkan pangkat ke gred DG13 (DG52) atau DG14 (DG54).Penyelesaian: Dengan pelaksanaan Penambahbaikan Penggredan Sekolah yang diluluskan oleh JPA, Guru Besar
1,620Открыть в Telegram
| Didik2u
20 сент. 2025 г., 12:59изменён
Cuti devapali.. sudah ready utk pulang ke kg
1,950Открыть в Telegram
| Didik2u
12 сент. 2025 г., 11:34
Hebahan pengambilan jawatan PPP Gred DG9 pada 8 & 12 Ogos 2025 telah menetapkan setiap calon daripada kalangan Graduan Bukan Pendidikan akan dilantik secara Contract of Service (CoS) dan perlu menduduki Ujian Kelayakan Calon Guru (eUKCG) secara dalam talian sebelum ditemu duga.Sehubungan itu, calon-calon daripada kalangan Graduan Bukan Pendidikan dikehendaki membuat semakan kelayakan menduduki ujian eUKCG dan mendaftar nombor pin/kata laluan bermula pada 17 September 2025 hingga 24 September 2025 dengan merujuk pautan: https://www.spp.gov.my/pengumuman/2025/pengumuman-umum/hebahan-pelaksanaan-ujian-kelayakan-calon-guru-bagi-calon-lantikan-contract-of-service-dan-pengambilan-khas-opsyen-bahasa-melayu-jawatan-pegawai-perkhidmatan-pendidikan-gred-dg9-tahun-2025www.spp.gov.myHebahan Pelaksanaan Ujian Kelayakan Calon Guru Bagi Calon Lantikan Contract of Service dan Pengambilan Khas Opsyen Bahasa Melayu…Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan sebagai Pihak Berkuasa Melantik bertanggungjawab bagi melantik Anggota Perkhidmatan Pendidikan.2,440Открыть в Telegram
| Didik2u
16 авг. 2025 г., 09:44
Bagi meningkatkan aspek keselamatan di institusi pendidikan bawah kelolaannya, Kementerian Pendidikan (KPM) telah meluluskan peruntukan sebanyak RM3 juta bagi pemasangan sistem kamera litar tertutup (CCTV) di sekolah berasrama terpilih seluruh negara.Pelaksanaan inisiatif ini akan bermula serta-merta sebelum diperluas secara berperingkat ke semua sekolah berasrama di seluruh negara.Langkah ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan KPM untuk memperkukuh pemantauan, mencegah insiden yang tidak diingini, serta mewujudkan ekosistem yang selamat dan kondusif bagi semua murid.#7TerasKPM #MalaysiaMADANI #PendidikanManusiawi #TaatSetia
2,360Открыть в Telegram
| Didik2u
9 июл. 2025 г., 12:39
EG-TUKAR DIPERKASA: Tempoh Menunggu Kini 24 Bulan!Dulu: 36 Bulan | Kini: 24 BulanTempoh kelayakan permohonan pertukaran guru dikurangkan! Lebih fleksibel, lebih responsif terhadap keperluan sebenar guru.
2,220Открыть в Telegram
| Didik2u
9 июл. 2025 г., 12:37
10 Langkah kearah Mengurangkan Beban Tugas Guru.Sedikit usaha kecil juga akan dapat membantu dalam mengurangkan beban tugas guru di sekolah.
1,980Открыть в Telegram
| Didik2u
27 мая 2025 г., 11:05
TARIKH PEREKODAN DAN PELAPORAN PENTAKSIRAN BILIK DARJAH (PBD) DALAM SISTEM PENGURUSAN PENTAKSIRAN BERSEPADU (SPPB) BAGI SESI AKADEMIK 2025/2026✔️ Sukacita dimaklumkan bahawa tarikh perekodan dan pelaporan pentaksiran bilik darjah (pbd) dalam sistem pengurusan pentaksiran bersepadu (sppb) bagi pertengahan sesi akademik 2025/2026 adalah pada 30 jun hingga 1 ogos 2025.✔️ manakala bagi akhir sesi akademik 2025/2026 adalah pada 13 oktober hingga 28 november 2025.2,300Открыть в Telegram
