gram news
Аватар канала Dr. Ahmad Sanusi Azmi

Dr. Ahmad Sanusi Azmi

@drahmadsanusiazmi

Telegram rasmi Dr. Ahmad Sanusi Azmi.

43,760подписчиков

Открыть канал

Последние посты

  • Dr. Ahmad Sanusi Azmi

    12 нояб., 00:28

    Kelebihan Mereka Yang Menimpa Ujian ===== 1. Janganlah seseorang yang menimpa ujian itu menyangkakan diri mereka tidak diberikan kelebihan bahkan ujian itu sendiri merupakan nikmat dan kasih yang diberikan oleh Allah.2. Ini kerana, setiap ujian akan dibalas dengan pahala yang tidak terhitung sehinggakan orang yang tidak menerima ujian tersebut akan cemburu dengan pahala yang dikurniakan kepada mereka yang diuji. Sabda Rasulullah:يَوَدُّ أَهْلُ الْعَافِيَةِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ حِينَ يُعْطَى أَهْلُ الْبَلَاءِ الثَّوَابَ، لَوْ أَنَّ جُلُودَهُمْ كَانَتْ قُرِضَتْ فِي الدُّنْيَا بِالْمَقَارِيضِ.“Pada hari kiamat, ketika orang yang ditimpa ujian diberi pahala, orang yang hidup dalam kesejahteraan di dunia akan berharap sekiranya dahulu kulit mereka dipotong dengan gunting.” (HR al-Tirmizi)3. Ukuran kita terhadap ujian akan berubah apabila melihat pahala yang diberikan. Al-Munawi menggambarkan apa yang terlintas pada orang yang dahulu hidup dalam kesejahteraan: “Agar kami juga memperoleh pahala yang diberikan kerana ujian itu.”Semoga Allah membimbing kita.Dr. Ahmad Sanusi Azmi Ulum Hadith Research Centre https://telegram.me/drahmadsanusiazmi
    TelegramDr. Ahmad Sanusi AzmiTelegram rasmi Dr. Ahmad Sanusi Azmi.
  • Dr. Ahmad Sanusi Azmi

    9 нояб., 23:45

    Jangan Diharap Nikmat Pada Orang ===== 1. Dalam sebuah hadis, Rasulullah mengingatkan kita agar sentiasa bersyukur dengan nikmat yang ada pada diri kita dan tidak terlalu berharap atas apa yang kita lihat ada pada orang lain. Sabda Rasulullah:عَلَيْكَ بِالْإِيَاسِ مِمَّا فِي أَيْدِي النَّاسِ، وَإِيَّاكَ وَالطَّمَعَ، فَإِنَّهُ الْفَقْرُ الْحَاضِرُ.“Janganlah engkau menaruh harapan pada apa yang ada di tangan orang lain. Jauhilah sifat tamak, kerana itulah kemiskinan yang sudah ada pada diri.” (HR al-Hakim)2. Memutuskan harapan terhadap apa yang ada pada tangan orang lain melatih diri kita bersyukur. Malah hati lebih tenang apabila kita berhenti menunggu dan terlalu berharap kepada apa yang belum tentu menjadi milik kita. Kata al-San’ani:فَإِنَّكَ إِنْ فَعَلْتَ ذَلِكَ اسْتَرَاحَ قَلْبُكَ“Jika engkau berbuat demikian, hatimu akan menjadi tenang.”3. Menarik untuk direnungi juga di sini ialah mengapa Rasulullah kaitkan ketamakan dengan kemiskinan? Ini kerana, orang yang tamak sentiasa merasakan dirinya belum mempunyai apa-apa, walaupun sebenarnya dia telah memiliki banyak perkara.Semoga Allah membimbing kita.Dr. Ahmad Sanusi Azmi Ulum Hadith Research Centre https://telegram.me/drahmadsanusiazmi
    TelegramDr. Ahmad Sanusi AzmiTelegram rasmi Dr. Ahmad Sanusi Azmi.
  • Dr. Ahmad Sanusi Azmi

    6 нояб., 23:04

    Menghargai Makanan Yang Berbaki ===== 1. Dalam sebuah hadis, Rasulullah mendidik kita agar menghargai makanan walaupun yang berbaki di jari. Sabda Nabi:إِذَا أَكَلَ أَحَدُكُمْ فَلَا يَمْسَحْ يَدَهُ حَتَّى يَلْعَقَهَا أَوْ يُلْعِقَهَا.“Apabila seseorang daripada kamu selesai makan, janganlah dia mengelap tangannya sehingga dia menjilatnya atau membiarkan orang lain menjilatnya.” (HR al-Bukhari)2. Al-Imam al-Nawawi melihat bahawa terkadang, sisa-sisa makanan yang berbaki pada tangan itu mempunyai keberkatannya. Kata beliau:أَنَّ الطَّعَامَ الَّذِي يَحْضُرُ الْإِنْسَانَ فِيهِ بَرَكَةٌ، لَا يَدْرِي أَنَّ تِلْكَ الْبَرَكَةَ فِيمَا أَكَلَ، أَوْ فِيمَا بَقِيَ عَلَى أَصَابِعِهِ، أَوْ فِيمَا بَقِيَ فِي أَسْفَلِ الْقَصْعَةِ، أَوْ فِي اللُّقْمَةِ السَّاقِطَةِ.“Makanan yang terhidang kepada seseorang mengandungi keberkatan. Dia tidak mengetahui sama ada keberkatan itu terdapat pada bahagian yang telah dimakannya, pada sisa yang masih melekat di jari-jarinya, pada baki makanan di dasar bekas, atau pada suapan yang terjatuh.”3. Manakala dalam riwayat Muslim pula, Rasulullah menjelaskan bahawa kita hendaklah sedaya upaya menghabiskan makanan yang dihidangkan kepada kita dan tidak membazir atau meninggalkannya. Sabda Nabi:وَلَا يَمْسَحْ يَدَهُ بِالْمِنْدِيلِ حَتَّى يَلْعَقَ أَصَابِعَهُ، فَإِنَّهُ لَا يَدْرِي فِي أَيِّ طَعَامِهِ الْبَرَكَةُ.“ Janganlah dia mengelap tangannya dengan kain sehingga dia menjilat jari-jarinya, kerana dia tidak tahu pada bahagian manakah daripada makanannya terdapat keberkatan.”Semoga Allah membimbing kita.Dr. Ahmad Sanusi Azmi Ulum Hadith Research Centre https://telegram.me/drahmadsanusiazmi
    TelegramDr. Ahmad Sanusi AzmiTelegram rasmi Dr. Ahmad Sanusi Azmi.
  • Dr. Ahmad Sanusi Azmi

    6 нояб., 13:39

    Ibn Unais Solat Sambil Berjalan ===== 1. Kuliah maghrib malam ini kita bincangkan mengenai salah sebuah operasi intipan yang diutuskan oleh Rasulullah untuk menghapuskan ancaman Khalid bin Sufyan al-Huzali. Pada hakikatnya, setelah tewas di medan Uhud, Madinah telah menerima banyak ancaman.2. Sebahagian kabilah Arab melihat Madinah telah mula goyah kerana kekalahan di medan Uhud dengan Qurays. Sebahagian mereka mula merancang untuk menyerang Nabi. Salah satu ancaman yang telah sampai ke pengetahuan Rasulullah ialah Khalid bin Sufyan al-Huzani dikatakan telah mula mengumpulkan kekuatan tentera untuk menyerang Madinah.3. Mendengar persiapan ini, Rasulullah segera mengutuskan Abdullah bin Unais al-Ansari untuk menghapuskan ancaman tersebut. Namun, apabila Abdullah bin Unais sampai di kawasan Uranah tempat persiapan Khalid al-Huzali, telah masuklah solat Asar.4. Abdullah bin Unais bimbang andai sekiranya berlaku sesuatu beliau tidak sempat solat Asar, maka beliau menunaikan solat sambil berjalan. Kata beliau:فَرَأَيْتُهُ وَحَضَرَتْ صَلَاةُ الْعَصْرِ، فَقُلْتُ: إِنِّي أَخَافُ أَنْ يَكُونَ بَيْنِي وَبَيْنَهُ مَا إِنْ أُؤَخِّرِ الصَّلَاةَ، فَانْطَلَقْتُ أَمْشِي وَأَنَا أُصَلِّي أُومِئُ إِيمَاءً نَحْوَهُ."Aku melihatnya (iaitu mendapati Khalid bin Sufayn) sedangkan ketika itu waktu solat Asar telah masuk. Maka aku bimbang sekiranya berlaku sesuatu antara aku dengannya maka aku akan menangguhkan solat. Lalu aku berjalan ke arahnya sambil menunaikan solat dengan memberikan isyarat." (HR Abu Daud)4. Dalam situasi genting, termasuklah dalam operasi peperangan seperti ini, para ulama melihatnya sebagai sesuatu yang diharuskan sama seperti solat khauf ketika perang. Perkara sebegini pernah dijelaskan oleh al-Nawawi dalam kitabnya al-Majmu’:فَإِنِ اشْتَدَّ الْخَوْفُ، وَلَمْ يَتَمَكَّنْ مِنْ تَفْرِيقِ الْجَيْشِ، صَلَّوْا رِجَالًا رُكْبَانًا، مُسْتَقْبِلِي الْقِبْلَةِ وَغَيْرَ مُسْتَقْبِلِيهَا."Apabila ketakutan menjadi sangat kuat dan mereka tidak mampu membahagikan tentera untuk menunaikan solat, mereka boleh bersolat dalam keadaan berjalan kaki atau berkenderaan, sama ada menghadap kiblat ataupun tidak." (al-Majmu’, 3/211-212)Sekian, catatan kuliah Maghribhttps://40hadithsanusi.wordpress.com/2026/11/06/sahabat-solat-sambil-berjalan/
    40 Hadith in IslamSahabat Solat Sambil Berjalan1 . Pada hakikatnya, setelah tewas di medan Uhud, Madinah telah menerima banyak menerima ancaman. Kedudukan Madinah ketika itu dilihat goyah apabila tersebar dakwaan Rasulullah telah tewas dalam Pe…
  • Dr. Ahmad Sanusi Azmi

    6 нояб., 08:03

    SIAPA SEBENARNYA YANG MENYEMBUHKAN?Buat julung kalinya, Warisan Ummah Ikhlas Foundation (WUIF) membawakan:KONVENSYEN MY#HADITHTIME 2026 Prophetic Wellness: Who Heals You?Sebuah konvensyen yang mengangkat panduan kesihatan berteraskan al-Quran dan hadis, dengan menghubungkan keyakinan kepada Allah SWT sebagai Penyembuh serta kepentingan usaha melalui ilmu dan kepakaran perubatan.Apa yang anda akan dapat? ✅ Kupasan hadis-hadis penjagaan kesihatan, perubatan dan rawatan. ✅ Perkongsian ilmu daripada ilmuwan al-Quran, hadis dan pakar perubatan. ✅ al-Quran percuma, rakaman penuh, e-sijil dan cabutan bertuah🗓 Tarikh: 6 Disember 2026 (Ahad) 🕘 Masa: 8:00AM - 4:30PM 🏛 Tempat: Setia City Convention Centre, Shah Alam📘 Konvensyen Hadith ini merupakan sebahagian daripada Pesta Buku Antarabangsa Selangor (SIBF) 2026TEMPAT TERHAD!➡ Imbas kod QR pada poster atau daftar melalui pautan:🌐 https://myhadithtime.com/konvensyen2026/
  • Dr. Ahmad Sanusi Azmi

    4 нояб., 23:02

    Perkara Haram Cuba Dihalalkan ===== 1. Dalam sebuah hadis, Rasulullah pernah berpesan bahawa akhir zaman nanti, manusia cuba menghalalkan apa yang telah diharamkan oleh Allah. Sabda Rasulullah:لَيَكُونَنَّ مِنْ أُمَّتِي أَقْوَامٌ يَسْتَحِلُّونَ الْحِرَ وَالْحَرِيرَ وَالْخَمْرَ وَالْمَعَازِفَ.“Sesungguhnya akan ada dalam kalangan umatku beberapa golongan yang menghalalkan zina, sutera, arak dan alat-alat muzik.”2. Menurut al-Hafiz Ibn Hajar, perkataan الْحِرَ dalam hadis ini ditafsirkan oleh para ulama sebagai kemaluan wanita, yakni merujuk kepada perbuatan zina yang dihalalkan. Ibn Hajar menjelaskan:وَالْمَعْنَى يَسْتَحِلُّونَ الزِّنَا.“Maksudnya ialah mereka menghalalkan zina.”3. Beliau turut membawakan penjelasan Ibn al-Tin bahawa maksudnya ialah melakukan hubungan seksual melalui jalan yang tidak halal.4. Malah dalam hadis yang lain, Rasulullah mengingatkan kita bahawa mereka mengubah nama yang haram itu untuk melihatnya sebagai dibenarkan. Sabda Rasulullah:لَيَشْرَبَنَّ نَاسٌ مِنْ أُمَّتِي الْخَمْرَ، يُسَمُّونَهَا بِغَيْرِ اسْمِهَا.“Sesungguhnya akan ada manusia daripada umatku yang meminum arak, tetapi mereka menamakannya dengan nama yang lain.”Semoga Allah membimbing kita.Dr. Ahmad Sanusi Azmi Ulum Hadith Research Centre https://telegram.me/drahmadsanusiazmi
    TelegramDr. Ahmad Sanusi AzmiTelegram rasmi Dr. Ahmad Sanusi Azmi.
  • Dr. Ahmad Sanusi Azmi

    22 сент., 00:18

    Ancaman Buat Pencuri Harta Awam ===== 1. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh al-Imam Ahmad, Saidina Zaid bin Khalid al-Juhani menceritakan mengenai seorang sahabat yang meninggal dunia dalam satu operasi peperangan.2. Anehnya, sekali pun sahabat ini meninggal dalam keadaan yang mulia, Rasulullah dikatakan enggan menunaikan solat jenazah ke atas sahabat ini. Sabda Rasulullah:صَلُّوْا عَلَى صَاحِبِكُمْ فَتَغَيَّرَتْ وُجُوْهُ النَّاسِ لِذلِكَ“Kamu semua (sahajalah yang) tunaikan solat ke atas sahabat kamu ini. Maka berubahlah wajah para sahabat apabila mendengar arahan tersebut (kerana terkejut). (HR Ahmad)3. Setelah disiasat, rupa-rupanya sahabat tersebut ada mengambil harta ghanimah (harta milik kerajaan) yang jumlahnya tidak sampai dua dirham. Kata Khalid:فَفَتَّشْنَا مَتَاعَهُ فَوَجَدْنَا خَرَزًا مِنْ خَرَزِ يَهُوْدَ لَا يُسَاوِيْ دِرْهَمَيْنِ“Lalu kami jalankan
    TelegramDr. Ahmad Sanusi AzmiTelegram rasmi Dr. Ahmad Sanusi Azmi.
  • Dr. Ahmad Sanusi Azmi

    22 сент., 00:18

  • Dr. Ahmad Sanusi Azmi

    21 сент., 05:11

    LAST CALL ‼️ Kekosongan hanya 3 seat sahaja lagi ‼️ . . JOM KEMBARA MOROCCO & SPAIN 🇲🇦🇪🇸 BERSAMA PROF. MADYA DR. AHMAD SANUSI 18–29 Disember 2026 | Kembara + Pengajian Ilmu . . Pakej Termasuk : - Hotel - Tiket penerbangan - Makan fullboard - Lawatan - Guide - Tipping - Modul - Pengangkutan Daftar segera! .
  • Dr. Ahmad Sanusi Azmi

    20 сент., 23:00

    Dengar Quran Sahaja Dapat Rahmat ========= 1. Begitu mulia kedudukan al-Quran di sisi orang beriman sehingga diam mendengarkannya sahaja sudah berupaya menjadikan kita beroleh rahmat dari Allah. Firman Allah:وَإِذَا قُرِئَ ٱلْقُرْءَانُ فَٱسْتَمِعُواْ لَهُۥ وَأَنصِتُواْ لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَDan apabila al-Quran itu dibacakan, maka dengarlah akan dia serta diamlah (dengan bertadabur), mudah-mudahan kamu beroleh rahmat. (Surah al-A’raf: 204)2. Ketika menghuraikan ayat ini, al-Imam al-Sa’di menjelaskan bahawa mereka yang mendengar al-Quran iaitu dengan menghadirkan hati mereka sambil bertadabur dengan isi kandung al-Quran itu, maka dia akan beroleh rahmat. Kata al-Sa’di:فإنه ينال خيرا كثيرا وعلما غزيرا، وإيمانا مستمرا متجددا، وهدى متزايدا، وبصيرة في دينه، ولهذا رتب اللّه حصول الرحمة“Sesungguhnya dengan (mendengar dan bertadabur) seseorang itu akan mengalir padanya kebaikan yang
    TelegramDr. Ahmad Sanusi AzmiTelegram rasmi Dr. Ahmad Sanusi Azmi.
  • Dr. Ahmad Sanusi Azmi

    20 сент., 23:00

  • Dr. Ahmad Sanusi Azmi

    18 сент., 23:07

    Zikrullah Itu Pencuci Hati ======= 1. Sesungguhnya manusia itu tidak terlepas dari kesilapan dan dosa . Setiap dosa yang kita lakukan, akan terbit titik hitam di hati kita. Sehingga terlalu banyak diselaputi dosa, hati manusia menjadi keras dan gelap. Rasulullah menjelaskan perkara ini di dalam sabdanya:إِنَّ الْمُؤْمِنَ إِذَا أَذْنَبَ كَانَتْ نُكْتَةٌ سَوْدَاءُ فِي قَلْبِهِ ، فَإِنْ تَابَ وَنَزَعَ وَاسْتَغْفَرَ صُقِلَ قَلْبُهُ ، وَإِنْ زَادَ زَادَتْ حَتَّى يَعْلُوَ قَلْبَهُ ذَاكَ الرَّيْنُ“Sesungguh seorang mukmin, apabila dia melakukan dosa, akan terbit bintik hitam di hatinya. Sekiranya dia bertaubat, meninggalkan dosa tersebut dan beristighfar, maka akan hilanglah titik hitam tersebut. Namun sekiranya dia menambah dosa tersebut, akan bertambahlah titik hitam itu lalu hatinya (gelap) diselaputi dosa.” (HR Ibn Majah)2. Lalu bagi membersihkan jiwa yang dicemari ini, kita
    TelegramDr. Ahmad Sanusi AzmiTelegram rasmi Dr. Ahmad Sanusi Azmi.
  • Dr. Ahmad Sanusi Azmi

    18 сент., 23:07

  • Dr. Ahmad Sanusi Azmi

    17 сент., 23:36

    Jangan Normalisasikan Budaya Songsang ========= 1. Telah tular semalam video sambutan kebudayaan yang memakai pakaian tradisi Melayu tetapi dihiasi dengan perwatakan seakan cenderung kepada kesongsangan. Sehinggakan mesej yang ingin dibawa dari sambutan ini telah menjadi kabur.2. Lebih menyedihkan, yang menampilkan elemen songsang ini melibatkan warga Muslim sendiri sedangkan Allah secara jelas mengutuk perlakuan ini. Al-Quran menyifatkan kumpulan yang melakukan perbuatan songsang sebegini sebagai golongan yang melampau. Firman Allah:إِنَّكُمْ لَتَأْتُونَ الرِّجَالَ شَهْوَةً مِّن دُونِ النِّسَاء بَلْ أَنتُمْ قَوْمٌ مُّسْرِفُونَ"Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk memuaskan nafsu syahwat kamu dengan meninggalkan perempuan, bahkan kamu ini adalah kaum yang melampaui batas". (Surah al-A’raf: 81)3. Andai sekiranya Allah menyifatkan perbuatan songsang ini sebagai perbuatan yang
    TelegramDr. Ahmad Sanusi AzmiTelegram rasmi Dr. Ahmad Sanusi Azmi.
  • Dr. Ahmad Sanusi Azmi

    17 сент., 23:36

  • Dr. Ahmad Sanusi Azmi

    15 сент., 03:47

    LAST CALL ‼️ Kekosongan hanya 5 seat sahaja lagi ‼️ . . JOM KEMBARA MOROCCO & SPAIN 🇲🇦🇪🇸 BERSAMA PROF. MADYA DR. AHMAD SANUSI 18–29 Disember 2026 | Kembara + Pengajian Ilmu . . Pakej Termasuk : - Hotel - Tiket penerbangan - Makan fullboard - Lawatan - Guide - Tipping - Modul - Pengangkutan Daftar segera! .
  • Dr. Ahmad Sanusi Azmi

    14 сент., 22:54

    Wajah Berubah Menjadi Hitam ===== 1. Pada hari akhirat kelak, mereka yang kufur dan mengengkari agama Islam akan dibangkitkan dalam keadaan wajah mereka menjadi hitam. Firman Allah:يَوْمَ تَبْيَضُّ وُجُوهٌ وَتَسْوَدُّ وُجُوهٌ(Ingatlah akan) hari (kiamat yang padanya) ada muka (orang-orang) menjadi putih berseri, dan ada muka (orang-orang) menjadi hitam legam. (Surah Ali Imran: 106)2. Menurut al-Qurtubi keadaan ini berlaku ketika pembacaan kitab amalan. Apabila orang beriman membaca catatan amalnya dan melihat kebaikan-kebaikannya, dia gembira lalu wajahnya menjadi putih berseri.3. Tetapi orang kafir dan munafik apabila membaca catatan amalnya dan melihat kejahatan-kejahatannya, wajahnya menjadi hitam muram.4. Kemudian al-Qurṭubī berkata: Sesiapa yang mengubah agama, membuat-buat perkara baru dalam agama yang tidak diredhai Allah, maka dia adalah termasuk golongan yang terhalau
    TelegramDr. Ahmad Sanusi AzmiTelegram rasmi Dr. Ahmad Sanusi Azmi.
  • Dr. Ahmad Sanusi Azmi

    14 сент., 22:54

  • Dr. Ahmad Sanusi Azmi

    14 сент., 07:59

    Jom ke Morocco dan Spain dgn Pengajian Kitab. Daftar segera melalui wassap:http://wasap.my/60123378871/moroccospain
  • Dr. Ahmad Sanusi Azmi

    12 сент., 22:57

    Meninggalkan Kesan Yang Baik ===== 1. Dalam Surah Yasin, Allah ingatkan kepada kita tentang apa yang berlaku setelah kita meninggal dunia nanti iaitu kita akan dihidupkan semula dan Allah akan merekodkan segala apa telah kita lakukan sewaktu kita hidup dahulu. Firman Allah:إِنَّا نَحْنُ نُحْيِي الْمَوْتَىٰ وَنَكْتُبُ مَا قَدَّمُوا وَآثَارَهُمْ ۚ وَكُلَّ شَيْءٍ أَحْصَيْنَاهُ فِي إِمَامٍ مُّبِينٍ“Sesungguhnya Kami menghidupkan orang-orang yang mati, dan Kami tuliskan segala yang mereka telah kerjakan serta segala kesan perkataan dan perbuatan yang mereka tinggalkan.” (Surah Yasin: 12)2. Menurut al-Imam Ibn Kathir, yang dimaksudkan dengan kesan perbuatan kita itu ialah segala apa yang kita lakukan serta kesannya. Jika baik, baiklah balasannya dan jika kita meninggalkan kesan perbuatan yang buruk, maka buruklah balasannya. Kata beliau:وآثارهم التى أثروها - أى تركوها - من بعدهم ،
    TelegramDr. Ahmad Sanusi AzmiTelegram rasmi Dr. Ahmad Sanusi Azmi.
Скачать ряд в CSV
Бот обратной связи для своего канала — бесплатно

Подписчики пишут боту, вы отвечаете реплаем, ваш аккаунт скрыт. Создаётся в одно касание.

Как это работает →
Создать бота