Последние посты

Dunia Palestin
26 сент., 14:36
Lebih 400 pokok zaitun milik rakyat Palestin ditebang dan 31 dunum tanah diratakan oleh jentolak tentera penjajah Israel di Beit Rima, barat laut Ramallah.Operasi itu dilakukan selepas arahan pembersihan dikeluarkan terhadap kawasan berkenaan. Menurut pihak Palestin, sebanyak 51 arahan serupa telah dikeluarkan di seluruh Tebing Barat sejak awal 2026, melibatkan kira-kira 2,093 dunum tanah.Kemusnahan berlaku menjelang musim menuai zaitun dan menjejaskan sumber pendapatan keluarga petani Palestin.Sumber: Roya News t.me/duniapalestin


Dunia Palestin
26 сент., 13:30изменён
Sempena Hari Sedunia Solidariti bersama Wartawan PalestinDr. Khalil al-Hayya, Ketua Biro Politik Hamas menyampaikan penghormatan kepada para perwira media Palestin serta para wartawan dan pengamal media yang membawa kebenaran kepada dunia, meskipun berdepan kekejaman dan ugutan penjajah Zionis.Kita mengenang dengan penuh penghargaan para syuhada dan mereka yang cedera dalam kalangan wartawan serta petugas institusi media, yang membayar harga mahal demi menyampaikan kata-kata, gambar dan kebenaran. Mereka menjadi suara rakyat kami dan saksi terhadap jenayah penjajah terhadap mereka.Kepada mereka, kami menzahirkan penghargaan. Kepada perjuangan mereka, kami berjanji bahawa kebenaran akan terus diketengahkan, walau betapa pekatnya kegelapan.Sumber: Hamas t.me/duniapalestin


Dunia Palestin
26 сент., 05:37
Selepas dua tahun hidup dengan pengeboman, kehilangan dan perpindahan, ramai kanak-kanak masih takut apabila melihat pesawat atau helikopter di langit.Berita penuh: https://tvpertiwi.com/2026/09/26/anak-anak-gaza-masih-dibayangi-ketakutan-serangan-bom/


Dunia Palestin
26 сент., 04:01
PBB kemas kini pangkalan data syarikat berkaitan penempatanPejabat Hak Asasi Manusia PBB menerbitkan kemas kini 2025 mengenai syarikat yang terlibat dengan penempatan Israel di wilayah Palestin yang dijajah.Pangkalan data itu menyenaraikan 214 syarikat dari 11 negara dalam sektor seperti pertanian, tenaga, pengangkutan dan hospitaliti. Daripada 126 syarikat yang disaring, 61 syarikat baharu ditambah manakala lima dikeluarkan.Menurut laporan itu, 200 syarikat dikenal pasti menyumbang kepada kesan terhadap hak asasi manusia, manakala 14 syarikat mempunyai kaitan secara langsung.Sumber: Quds News Network t.me/duniapalestin


Dunia Palestin
26 сент., 03:32
Ketiga-tiga individu itu dilaporkan dirujuk untuk disoal siasat oleh jabatan Perisikan Am Mesir selepas ditahan, susulan apa yang disifatkan oleh pihak berkuasa Mesir sebagai kecurigaan terhadap aktiviti mereka di negara tersebut.Sumber: Roya News t.me/duniapalestin


Dunia Palestin
26 сент., 02:59изменён
Thailand siasat pusat chabad berhubung pembelian tanahPihak berkuasa Thailand mengarahkan pemeriksaan terhadap sehingga sembilan pusat Chabad-Lubavitch (geraakan Yahudi Ortodoks) susulan siasatan mengenai rangkaian dari Israel yang didakwa memperoleh tanah bernilai hampir AS$3 juta.Pemeriksaan awal di Phuket menemukan ketidakpatuhan permit pembinaan dan struktur tanpa kebenaran. Siasatan turut meneliti sumber pembiayaan pusat-pusat tersebut.Tindakan ini berlaku ketika bantahan terhadap pelancong Israel meningkat, termasuk demonstrasi di luar Kedutaan Israel di Bangkok dengan slogan “Thailand bukan untuk dijual.”Sumber: Quds News Network t.me/duniapalestin


Dunia Palestin
26 сент., 00:15
Pemain tengah pasukan kebangsaan Republik Ireland, Jason Knight, menjadi pemain pertama dari pasukan kebangsaan tersebut yang secara terbuka menyatakan bahawa perlawanan UEFA Nations League yang akan datang menentang Israel tidak sepatutnya diteruskan.Sumber: Roya News t.me/duniapalestin


Dunia Palestin
25 сент., 23:15
Puluhan perwakilan negara meninggalkan dewan Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Khamis ketika Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, mula menyampaikan ucapannya. Tindakan itu merupakan satu bentuk protes yang digalakkan oleh Misi Palestin di badan dunia tersebut.Sumber: Roya News t.me/duniapalestin




Dunia Palestin
22 сент., 13:32
Stesen pam air kumbahan Pasar Ikan di Khan Younis terpaksa dihentikan operasi akibat kekurangan bahan api dan minyak yang kritikal, menyebabkan air kumbahan melimpah ke kawasan awam dan menimbulkan ancaman kesihatan yang serius.Jurutera Ali Rbaie memberi amaran bahawa krisis itu turut menyebabkan penduduk yang tiba dari kawasan pantai terperangkap, manakala penduduk berhampiran apa yang dipanggil “garisan kuning” terdedah kepada tembakan. Kekurangan bahan api terus melumpuhkan perkhidmatan asas di kawasan berkenaan.Sumber: Quds News Network t.me/duniapalestin
Dunia Palestin
22 сент., 13:04изменён
Yayasan Hind Rajab (HRF) telah memfailkan aduan jenayah di Itali terhadap tentera penjajah Israel, Yonatan Chalich yang sedang bercuti di Tuscany atas dakwaan jenayah perang dan kemanusiaan serta genosid di Gaza.HRF mengaitkannya dengan Batalion Givati Shaked serta beberapa serangan, termasuk kepungan dan kemusnahan Hospital Al-Shifa, pembakaran Masjid Haji Hamdi Harzallah dan kemusnahan Dataran Palestin di Babdar Gaza sambil menggesa pihak berkuasa Itali menjalankan siasatan.Sumber: Quds News Network t.me/duniapalestin


Dunia Palestin
22 сент., 12:04
Juri Vermont pada Isnin mensabitkan Jason Eaton, 51, atas tiga pertuduhan cubaan membunuh tahap kedua selepas dia menembak tiga orang pelajar kolej Palestin berhampiran rumahnya di Burlington ketika hujung minggu sambutan Thanksgiving pada 2023.Keputusan itu dibuat selepas perbicaraan selama enam hari dan juri menolak pembelaan tidak waras (insanity defense) yang dikemukakan oleh Eaton.Sumber: Roya News t.me/duniapalestin


Dunia Palestin
22 сент., 11:13
Perlawanan yang dirancang antara Ireland dan Israel terus menimbulkan kontroversi. Aktivis serta tokoh sukan di Ireland menggesa badan-badan sukan supaya mengambil tindakan terhadap Israel.Sumber: Roya News t.me/duniapalestin


Dunia Palestin
22 сент., 10:24
Kementerian Kerja Raya dan Perumahan Gaza mengesahkan jumlah bangunan berbahaya dan berisiko runtuh di seluruh wilayah Gaza telah melebihi 2,000 bangunan.Daripada jumlah itu, lebih 250 bangunan memerlukan kerja perobohan sepenuhnya secara segera menggunakan jentera berat, manakala lebih 870 bangunan memerlukan perobohan sebahagian menggunakan tenaga kerja dan peralatan manual.Sumber: Al-Jazeera t.me/duniapalestin



Dunia Palestin
22 сент., 09:55изменён
Pendatang haram Israel mencuri sejumlah kambing biri-biri dari rumah seorang rakyat Palestin malam tadi ketika melakukan pencerobohan ke bandar Silwad, timur laut Ramallah, dengan perlindungan tentera penjajah Israel.Sumber: Quds News Network t.me/duniapalestin


Dunia Palestin
22 сент., 08:16
Datuk Bandar New York, Zohran Mamdani, kepada CNN:“Netanyahu ialah seorang penjenayah perang dan arkitek kepada operasi pembunuhan beramai-ramai yang dahsyat terhadap rakyat Palestin.”Sumber: Al-Jazeera t.me/duniapalestin


Dunia Palestin
22 сент., 07:57
Tentera penjajah Israel menyerbu beberapa rumah berhampiran sebuah pos Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di kawasan pedalaman Quneitra, selatan Syria pada Selasa, menurut laporan televisyen negara Syria.Sumber: Roya News t.me/duniapalestin


Dunia Palestin
22 сент., 03:53
Rakyat Palestin berhampiran “Garisan Kuning” di Gaza hari ini merakam sebuah kenderaan perisai berperalatan kawalan jauh milik Israel yang membawa bahan letupan bergerak memasuki kawasan perumahan berhampiran Jalan Salahuddin.Kenderaan berperisai itu membawa bertan-tan bahan letupan yang dikerahkan oleh tentera Israel di kawasan melepasi garisan gencatan senjata, sekali gus mengancam penduduk dengan peletupan sekiranya mereka enggan berpindah.Sumber: Quds News Network t.me/duniapalestin
Dunia Palestin
22 сент., 02:30изменён
Lebih 900 kerusi roda yang disumbangkan oleh badan kebajikan Australia untuk kanak-kanak yang kehilangan anggota badan akibat genosid Israel dilaporkan terkandas di sebuah gudang di Jordan sehingga 18 bulan.Penghantaran kerusi roda itu disekat Israel, yang dilaporkan mengklasifikasikannya sebagai barangan ketenteraan “dwi kegunaan” (dual-use).Sumber: Quds News Network t.me/duniapalestin


Dunia Palestin
22 сент., 01:23
Pejabat Media Kerajaan Gaza menolak penafian tentera penjajah Israel berhubung keruntuhan bangunan Al-Saada yang mengorbankan lebih 21 rakyat Palestin serta menyebabkan puluhan lagi cedera atau hilang.Menurut pejabat itu, bangunan tersebut diserang tentera penakajah Israel pada 9 Oktober 2023, menyebabkan kerosakan serius pada struktur bangunan hingga akhirnya runtuh.Berdasarkan pemeriksaan kejuruteraan, laporan lapangan dan keterangan saksi, Israel dipertanggungjawabkan atas kejadian itu, manakala puluhan bangunan lain yang rosak di Gaza turut berisiko runtuh.Sumber: Quds News Network t.me/duniapalestin


Dunia Palestin
21 сент., 22:31
Pesuruhjaya Tinggi PBB bagi Hak Asasi Manusia, Volker Türk, berkata penemuan ratusan jenazah dari bawah runtuhan bangunan di Gaza hampir tiga tahun selepas serangan Israel mencetuskan semula kebimbangan mengenai kemungkinan berlakunya jenayah perang.Pertahanan Awam Palestin memaklumkan lebih 630 mayat dan jasad manusia telah dikeluarkan dari bawah runtuhan sejak November 2025, manakala lebih 8,000 orang masih hilang di bawah runtuhan.Türk menggesa semua bukti dipelihara, selain menyeru agar penyiasat antarabangsa diberikan akses ke Gaza.Sumber: Quds News Network t.me/duniapalestin

Ссылки
