Аватар канала Parenting Maznah Ibrahim

Parenting Maznah Ibrahim

@ehsabar

Channel ini bertujuan pendidikan hati ❤ emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.

ПроектыIDПсихология

15,967подписчиков

Открыть канал

Последние посты

  • Parenting Maznah Ibrahim

    16 сент., 01:11изменён

    Terima kasih kepada semua yang bersama kami dalam Tegas Dalam Hikmah. 🤍Beberapa hari selepas webinar, saya masih membaca satu-satu review dan pandangan yang dikongsikan.Ada yang membuat saya tersenyum, dan ada juga yang mengingatkan saya kenapa perkongsian seperti ini penting.Mas berkongsi,“Penyampaian santai, tapi mesej sampai. Yang paling saya hargai, bagi parent yang pernah tersilap atau terlambat, Pn. Maznah tidak menyalahkan parent, tetapi menggalakkan kita untuk perbetulkan cara, bina semula bonding dan terus mencuba. Paling terkesan bagi saya — belajar untuk memaafkan diri sendiri, move on dan terus berusaha mendidik anak dengan cara yang lebih baik. ...” — MasHidayah Kamaruddin pula menulis,“Terima kasih Dr atas ilmu. Saya rasa lebih tenang menghadapi tingkah laku mencabar anak dengan guna ayat atau arahan yang simple terapi tegas.” — Hidayah KamaruddinDan Rina
  • Parenting Maznah Ibrahim

    16 сент., 01:09

    Иллюстрация к посту канала Parenting Maznah IbrahimИллюстрация к посту канала Parenting Maznah Ibrahim
  • Parenting Maznah Ibrahim

    12 сент., 11:31

    Kita mula sejam lagi. 😊Malam ini, jam 8.30 malam, kita akan bersama dalam webinar Tegas Dalam Hikmah.Kalau selama ini ada masa anda berdepan dengan tingkah laku anak dan terfikir,“Apa sebenarnya yang patut aku buat sekarang?”Malam ini kita akan melihat pengurusan tingkah laku anak daripada perspektif psikologi supaya kita mempunyai asas yang lebih jelas sebelum menentukan bagaimana mahu bertindak.Tak perlu menjadi ibu bapa yang sentiasa tahu jawapannya.Tetapi kita boleh belajar untuk lebih memahami apa yang sedang berlaku dan membimbing anak dengan lebih jelas.🟢 MULA 8.30 MALAM INI 💻 Live OnlineKalau anda masih belum mendaftar dan mahu bersama saya malam ini, masih sempat.Daftar >> https://webinar.maznahibrahim.com/tegas
  • Parenting Maznah Ibrahim

    12 сент., 11:31

    Иллюстрация к посту канала Parenting Maznah IbrahimИллюстрация к посту канала Parenting Maznah Ibrahim
  • Parenting Maznah Ibrahim

    12 сент., 00:17

    Malam ini kita jumpa 😊Sebelum itu, saya nak tinggalkan satu soalan untuk kita fikirkan.Bila anak melakukan sesuatu yang kita tidak mahu...Adakah kita sudah jelas apa yang sebenarnya kita mahu anak belajar daripada situasi itu?Kadang-kadang kita terlalu fokus untuk menghentikan apa yang sedang berlaku.“Jangan pukul adik.”“Jangan jerit.”“Jangan sepahkan.”“Jangan buat lagi.”Memang ada tingkah laku yang perlu dihentikan.
  • Parenting Maznah Ibrahim

    12 сент., 00:15

    Иллюстрация к посту канала Parenting Maznah IbrahimИллюстрация к посту канала Parenting Maznah Ibrahim
  • Parenting Maznah Ibrahim

    11 сент., 12:39

    Ada masa kita tahu anak perlu ditegur.Tapi kita sendiri teragak-agak...“Aku kena tegas sampai tahap mana?”Kalau terlalu lembut, kita risau anak tak belajar.Kalau terlalu keras, kita pula rasa bersalah selepas itu.Akhirnya, bukan anak sahaja yang keliru.Kita sendiri kadang-kadang tidak pasti bagaimana hendak bertindak apabila tingkah laku yang sama berulang.Sebab ketegasan bukan sekadar tentang keras atau lembut.Yang lebih penting ialah kita memahami tingkah laku yang sedang berlaku, apa yang mahu kita bantu anak pelajari, dan bagaimana respons kita boleh membantu ke arah itu.Inilah antara perkara yang akan kita lihat dalam webinar Tegas Dalam Hikmah, dari perspektif pengurusan tingkah laku dan psikologi.
  • Parenting Maznah Ibrahim

    11 сент., 12:38

    Иллюстрация к посту канала Parenting Maznah IbrahimИллюстрация к посту канала Parenting Maznah Ibrahim
  • Parenting Maznah Ibrahim

    11 сент., 05:14

    “Jangan sepahkan rumah.”“Jangan kacau adik.”“Jangan buat Mama marah.”Kita mungkin sangat jelas tentang apa yang kita tak mahu anak lakukan.Tapi anak pula...Adakah dia jelas tentang apa yang kita mahu dia lakukan?Contohnya, “jangan sepahkan rumah” mungkin jelas bagi kita.Tetapi bagi seorang anak, apa sebenarnya yang perlu dia buat?Simpan mainan selepas bermain?Letakkan kasut di rak?
  • Parenting Maznah Ibrahim

    11 сент., 05:13

    Иллюстрация к посту канала Parenting Maznah IbrahimИллюстрация к посту канала Parenting Maznah Ibrahim
  • Parenting Maznah Ibrahim

    10 сент., 13:20

    “Memang perangai dia macam tu.”Ayat ni mudah keluar bila sesuatu perkara dah berlaku berkali-kali.Setiap kali diminta berhenti bermain, dia marah.Setiap kali kena tunggu, dia mula merungut.Setiap pagi, perkara yang sama perlu diulang.Lama-lama kita pun mula rasa,“Dah memang dia macam ni...”Tapi saya mahu ajak ibu bapa melihatnya dari satu sudut yang lain.Kalau sesuatu tingkah laku itu boleh dipelajari, ada juga tingkah laku lain yang boleh kita bantu anak pelajari.Anak yang sekarang belum pandai menunggu, tidak bermaksud selamanya dia tidak boleh belajar menunggu.
  • Parenting Maznah Ibrahim

    10 сент., 13:19

    Иллюстрация к посту канала Parenting Maznah IbrahimИллюстрация к посту канала Parenting Maznah Ibrahim
  • Parenting Maznah Ibrahim

    10 сент., 02:10

    “Tapi abang dulu umur 7 tahun dah boleh buat sendiri.”Kadang-kadang tanpa sedar, pengalaman kita dengan seorang anak menjadi ukuran untuk anak yang lain.Abang dulu cepat berdikari.Kakak dulu mudah ikut rutin.Adik pula lain.Lalu kita tertanya-tanya,“Kenapa dengan dia susah sangat?”Sedangkan dalam pengurusan tingkah laku, anak bukan sekadar perlu dilihat berdasarkan apa yang kita harapkan daripada usianya.Kita juga perlu melihat anak yang sedang berada di depan kita, serta keadaan dan persekitarannya sekarang.Sebab itu sesuatu yang menjadi pada seorang anak belum tentu berlaku dengan cara yang sama pada anak yang lain.
  • Parenting Maznah Ibrahim

    10 сент., 02:09

    Иллюстрация к посту канала Parenting Maznah IbrahimИллюстрация к посту канала Parenting Maznah Ibrahim
  • Parenting Maznah Ibrahim

    9 сент., 13:03

    Tak dapat bintang... tak semestinya kena marah.Bayangkan kita buat satu sistem dengan anak.Siap tugasan, dapat satu bintang ⭐Tak siap?Tak dapat bintang.Itu sahaja.Tak perlu tambah,“Kan mama dah cakap.”“Kenapa susah sangat nak buat?”“Tengok... orang lain boleh.”
  • Parenting Maznah Ibrahim

    9 сент., 13:01

    Иллюстрация к посту канала Parenting Maznah IbrahimИллюстрация к посту канала Parenting Maznah Ibrahim
  • Parenting Maznah Ibrahim

    9 сент., 05:55

    Tak semestinya tunggu anak buat salah dulu baru kita bertindak.Kita nampak dua beradik mula berebut.Suara mula berubah.Masing-masing mula tarik barang yang sama.Selalunya kita tunggu sehingga...“MAAAA!”Seorang menangis.Seorang lagi marah.Barulah kita masuk campur. 😅Tetapi sebenarnya ada satu ruang kecil sebelum keadaan itu sampai ke situ.
  • Parenting Maznah Ibrahim

    9 сент., 05:55

    Иллюстрация к посту канала Parenting Maznah IbrahimИллюстрация к посту канала Parenting Maznah Ibrahim
  • Parenting Maznah Ibrahim

    8 сент., 07:44

    “Mulai hari ni, mama nak adik lebih bertanggungjawab.”Niat kita jelas.Tapi cuba kita tengok daripada sudut anak pula.“Lebih bertanggungjawab” tu... kena buat apa?Kemas mainan sendiri?Letak kasut di tempatnya?Bawa pinggan ke sinki selepas makan?Siapkan beg sekolah sebelum tidur?Kadang-kadang kita tahu perubahan besar yang kita mahu lihat pada anak.Tetapi bagi anak, perubahan itu mungkin perlu bermula dengan sesuatu yang lebih kecil dan lebih jelas.
  • Parenting Maznah Ibrahim

    8 сент., 07:42

    Иллюстрация к посту канала Parenting Maznah IbrahimИллюстрация к посту канала Parenting Maznah Ibrahim