gram news
Аватар канала Harith Faisal

Harith Faisal

@harithfaisal

Tip Hartanah Santai, Motivasi Kewangan Sentap & Inspirasi Anak Muda. 0193897934 (WhatsApp Only)

41,436подписчиков

Открыть канал

Последние посты

  • Harith Faisal

    22 авг., 05:44

    📢 Kerja kosong sebagai Trainer & Business Development Manager. Tolong SHARE. Immediate hiring Sep/Oct 2026. ✅ Lelaki sahaja. ✅ ‎Umur 35 tahun dan ke bawah. ✅ ‎Min Diploma dan ke atas. ✅ ‎Rajin dan cepat belajar. ✅ Solat lima waktu. ✅ Ada transport sendiri.
  • Harith Faisal

    20 авг., 11:05

    📢 Kerja kosong sebagai Trainer & Business Development Manager.Tolong SHARE. Immediate hiring Sep/Oct 2026.✅ Lelaki sahaja. ✅ ‎Umur 35 tahun dan ke bawah. ✅ ‎Min Diploma dan ke atas. ✅ ‎Rajin dan cepat belajar. ✅ Solat lima waktu. ✅ Ada transport sendiri.💰Gaji: RM3,000 hingga RM3,500 💰EPF, SOCSO, elaun dan bonus📍Office: AMEER Group HQ, IOI Conezion Putrajaya☎️Berminat, send resume kepada saya.Klik link ini,👇🏻👇🏻👇🏻
    Иллюстрация к посту канала Harith FaisalИллюстрация к посту канала Harith FaisalИллюстрация к посту канала Harith FaisalИллюстрация к посту канала Harith Faisal
  • Harith Faisal

    23 июл., 04:20

    Kalau kita buat kebaikan kat seseorang dan mengharap dia balas kebaikan tu, macam mana nak datangnya keikhlasan. Ikhlaskan diri. Mungkin balasan kebaikan itu bukan datang daripada dia tapi Tuhan berikan melalui orang lain. Sama macam konsep sedekah. Kita bagi sedekah kat fakir miskin, takkan kita nak harap dorang sedekah balik kat kita kan. - HF#harithfaisal #donetazkirah
    4,5402192Открыть в Telegram
  • Harith Faisal

    13 июл., 04:19

    Walau berapa pun gaji kau, wajibkan diri untuk buat tabung kecemasan tiga bulan. Contoh gaji RM2,000 kena ada RM2,000 x 3 = RM6,000. Lepas berjaya tu, upgrade jadikan tabung kecemasan enam bulan gaji pula.Katakan kau ada kecemasan dan terpaksa pakai separuh daripada tabung kecemasan kau. Jadi, kau kenalah cepat-cepat penuhkan balik kepada amaun asal. Kau anggaplah benda ni sangat penting untuk kau buat.Kalau kita tak mulakan lagi tabung kecemasan, tapi kat rumah dah ada aircond, TV besar, Astro, penapis air mahal, kereta besar, sebenarnya kita dah tersilap pilih keutamaan. Oh ya! Keutamaan orang kan lain-lain.Entah kenapalah aku menyibuk, kan. - HF#harithfaisal
    6,120261231Открыть в Telegram
  • Harith Faisal

    24 июн., 04:15

    Tips simple kalau awak plan nak bersara awal!✅ Start belajar ilmu trade saham seawal mungkin.Kenapa?👉 Bila awak dah jumpa strategi yang proven boleh buat duit, awak boleh mula bina portfolio kewangan dari awal.👉 Bila trading style awak dah konsisten. Contohnya dalam sebulan awak boleh jana keuntungan 2 kali ganda daripada gaji awak sekarang — masa tu awak dah ada pilihan sama ada nak terus kerja atau nak bersara awal.Bayangkan, income bulanan dari trade saham lebih besar daripada gaji tetap. Hidup pun jadi lebih selesa, bebas, fleksibel dan awak ada pilihan untuk berhenti kerja atau tak.Tapi ingat, mindset kena betul.Pasaran saham bukan skim cepat kaya, tapi platform strategik untuk awak bina aset dan kekayaan jangka panjang secara konsisten.Nak belajar saham PERCUMA?👇🏻👇🏻👇🏻
    6,820641Открыть в Telegram
  • Harith Faisal

    15 июн., 05:07

    Kalau kau tak nak struggle beli rumah untuk diri kau pun, kau struggle-lah demi anak dan isteri. Andai kau tak panjang umur, kesianlah kat anak dan isteri terus menyewa.Lagi-lagi kalau isteri kau tu seorang surirumah. Dia kena start from zero tau. Sayu hati. Dia sangat berpotensi untuk cari pengganti kau secepat mungkin, sebab terpaksa."Ayang, kalau abang mati dulu, ayang janganlah kahwin lain. Janji dengan abang ya."Jari kelingking disua. Minta dibalas dengan kelingking si isteri sebagai tanda setuju janji dimeterai. Acah-acah sweet gitu."Okay. Tapi abang standby kan rumah untuk saya, pampasan kematian yang cukup untuk saya. Kalau tak, saya terpaksa kahwin lain.Saya dan anak-anak nak teruskan hidup nanti guna duit. Kalau dengan cinta dan kesetiaan saja, tak cukup. Perut kami masih lapar.Tuan rumah sewa pun tak terima cinta dan kesetiaan sebagai bayaran sewa. Dia nak RM.
    6,5101422Открыть в Telegram
  • Harith Faisal

    25 мая, 05:29

    Kalau kau bujang dan tak boleh simpan 30% daripada gaji maksudnya gaji kau tak cukup tampung hidup kau. Ada dua perkara yang kau boleh buat.1. Cari side income 2. Tukar kerja lain 3. Berjimat cermatNak berjimat, boleh. Tapi ada limit dia. Tak semua orang boleh downgrade lifestyle. Bukan senang tau. Dah terbiasa weekend jalan-jalan spend RM200-300 takkan tiba-tiba nak duduk rumah saja kan.Tukar kerja lain pun tak membantu sangat. Iyalah, kau punya skill setakat tu saja, lagipun sekarang ni orang ramai tak berani tukar kerja sebab nak bersedia hadapi recession. Pernah dengar kan..“Last in, first out.”Jadi, cara yang paling sesuai sekarang ni adalah cari side income. Walaupun side income tu bersifat aktif pun layan sajalah. Contohnya, buat Foodpanda, Grab, jadi dropship, ambil upah mengajar tuisyen.Kalau kau nak buat side income yang satu hari nanti bakal jadi lifetime career,
    6,98010721Открыть в Telegram
  • Harith Faisal

    25 мая, 05:29

    Иллюстрация к посту канала Harith FaisalИллюстрация к посту канала Harith Faisal
  • Harith Faisal

    20 мая, 04:36

    Ramai orang ingat nak tambah income kena ada bisnes, kena jual produk, kena kerja extra sampai penat. Padahal sebenarnya ada je cara lain yang boleh kita explore dari rumah. Contohnya belajar saham.Bukan nak kata cara lain tak bagus. Semua orang ada journey masing-masing. Cuma saya rasa ramai orang kita masih takut nak explore saham sebab terlalu fokus dekat risiko rugi. Sebab tu ramai lebih selesa simpan duit dekat tempat low risk macam ASB, TH, SSPN ataupun KWSP.Tak salah pun. Itu semua bagus. Tapi dalam masa yang sama, tak salah juga kalau kita mula buka minda untuk belajar tentang pelaburan saham.Lagi-lagi untuk: • Orang yang tengah menganggur dan tunggu peluang kerja • Fresh graduate yang tengah cari direction • Orang yang dah pencen dan nak urus duit persaraan dengan lebih bijak • Anak muda yang nak upgrade financial literacy dari awalSebab ilmu saham ni bukan sekadar
    5,930321Открыть в Telegram
  • Harith Faisal

    14 мая, 04:19

    Banyak spend kat family bukan alasan yang kukuh untuk kau abaikan simpanan bulanan. Bayangkan kau dah kerja lebih 3 tahun, tapi simpanan kau tak sampai RM1,000 pun lagi. Sedih sangat, kan.Seolah-olah kau hanya simpan RM28 setiap bulan dalam bank selama 3 tahun tu. Kalau simpan dalam ASB, lebih kurang RM25 simpanan setiap bulan. Tak jauh sangat bezanya pun.Sebelum nak spend kat family, kau kena spend kat tabung sendiri dulu. Kalau bujang, spend 30%-50% daripada gaji masuk dalam tabung kecemasan, tabung kahwin, tabung modal beli rumah.Hujung bulan kalau ada lebih, barulah spend kat family tercinta. Nampak macam penting diri sendiri, kan. Tapi, kalau kau tak buat macam tu, kau mungkin akan susahkan family kau di kemudian hari.Bayangkan kau memang jaga kewangan kau betul-betul sekarang. Nanti bila kau dah stabil kewangan dan pelaburan, pasti boleh bantu family kau tanpa risau
    5,340201511Открыть в Telegram
  • Harith Faisal

    27 апр., 04:10

    Saya ramai kawan-kawan yang kaya. Saya perhatikan, kawan-kawan saya yang kaya raya dan jutawan biasanya mereka ni rajin.Rajin buat dua tiga kerja, rajin buat kerja amal, rajin sharing kat Facebook, rajin tulis buku, rajin pergi seminar, rajin bersedekah, rajin tolong orang.Tengoklah, tak semua yang mereka rajin buat tu dapat hasilkan duit. Rajin buat kerja amal, lagi banyak keluar duit sendiri ada lah.Dia macam ni, bila mereka rajin buat benda yang mudahkan orang lain, Allah mudahkan pula urusan mereka untuk jadi kaya.Iya, logiknya kalau nak kaya kau kena melabur, jangan membazir, kena simpan duit, kena berniaga siang malam pagi petang.Tapi, jangan sampai kita lupa yang kalau Allah nak bagi kekayaan kepada seseorang, Allah boleh bagi tiba-tiba tanpa sebab.Dan kalau Allah nak tarik kekayaan seseorang pun, Allah boleh tarik bila-bila masa sampai papa kedana, tak tercapai dek
    6,86022161Открыть в Telegram
  • Harith Faisal

    22 апр., 05:12

    PENCEN TAK SAMPAI SETAHUN, DUIT HABIS LICIN! 😨Kenapa ramai pesara hidup susah lepas pencen? Duit pencen ada, tapi makin lama makin nipis. Sampai satu tahap, terpaksa cari kerja balik, buat Grab, jadi Guard, sebab duit dah habis!Kenapa boleh jadi macam ni?Saya perasan ramai pesara salah guna duit pencen tanpa fikir panjang.Paling biasa? ➡️ Sponsor majlis kahwin anak besar-besaran. ➡️ Renovate rumah sampai level istana. ➡️ Tukar kereta baru yang harga cecah ratus ribu ringgit.Setahun dua okay lagi, lepas tu mula rasa perit. Simpanan makin susut, komitmen makin tinggi. Duit lebih banyak keluar dari masuk.Kenapa jadi macam ni? ❌ Tak ada ilmu pengurusan kewangan. ❌ Tak rancang masa depan dengan betul. ❌ Tak tahu cara nak urus dan gandakan duit.
  • Harith Faisal

    20 апр., 05:03

    Harta dan kekayaan akan amplify siapa diri kita sebelum kita kaya. Tak tau nak gantikan word amplify sebagai apa, tapi maksudnya macam ni…Kalau sebelum kita kaya kita orang yang rajin bersedekah, bila kita dah kaya nanti kita akan semakin rajin dan banyak bersedekah.Kalau masa kita tak kaya kita ni jenis kedekut taik hidung masin, bila kita kaya nanti pun kita tetap kedekut juga, level haji bakhil.Andai sebelum kaya dia adalah seorang yang baik, biasanya semakin dia kaya dia akan jadi semakin baik. Begitu juga sebaliknya akan berlaku.Maka, orang yang baik dan soleh kena berusaha untuk jadi kaya dan berjaya. Dengan kekayaannya dapat bantu ramai orang susah.Jika anda orang yang baik, jangan takut untuk menjadi kaya. Kekayaan perlu dimiliki oleh ramainya orang baik supaya dunia kita menjadi lebih baik.InsyaAllah… - HF#harithfaisal
    5,1902041Открыть в Telegram
  • Harith Faisal

    9 апр., 04:06

    Kalau gaji kecil, mulakan dengan simpan 30% hingga 50% gaji. Jangan beli rumah terburu-buru. Fikir macam mana nak naikkan income dulu.Nak beli rumah, kena pakai banyak duit. Kurang-kurang kena ada 15% daripada harga rumah. Rumah harga RM200,000 standby lah RM30,000.Katakan kau simpan RM500/bulan. Selepas 5 tahun barulah cukup RM30,000. InsyaAllah gaji masa tu dah naik dan layak untuk mohon pembiayaan bank.Tapi, itu tak termasuk lampu, kipas dan perabut asas pun nak kena ada lagi RM10,000 hingga RM20,000. Harga rumah pun dah lain selepas 5 tahun.Jadi, daripada pening kena beli rumah masa gaji rendah dan risau duit belanja tak cukup, lebih baik pening fikir cara nak tambah income cepat.Contoh, cari side income sampai kau boleh simpan RM3,000/bulan. Cukup 10 bulan, dah cukup simpanan RM30,000 untuk beli rumah.Masa tu, memang dah sampai masa yang sesuai untuk kau memiliki rumah.
  • Harith Faisal

    9 апр., 04:06

    Иллюстрация к посту канала Harith FaisalИллюстрация к посту канала Harith Faisal
  • Harith Faisal

    30 мар., 04:31

    Kalau kau tak pernah buat silap, maksudnya kau tak pernah mencuba. Janganlah takut buat silap.Kalau diteruskan, bahaya untuk masa depan kau, sebab kau jadi tak berani nak cuba benda baru.Datang peluang sebaik mana pun, kau akan tolak mentah-mentah. Maka, kau tak ada progress hidup.Sedangkan anak makin ramai, anak makin besar, belanja bulanan naik, keinginan pun naik sama.Cuba fikir balik, berapa banyak dah peluang baik yang kau dah abaikan selama kau hidup ni.Keluarlah dari hidup dalam zon selesa. Masih ramai lagi orang sekeliling yang perlu kau bantu.Malah, keluarga kecil kau sendiri pun sangat perlukan kau untuk tambah baik tahap kewangan.Kalau boleh nak duduk rumah lebih luas, naik kereta lebih selesa, makan lebih sedap, travel lebih kerap.Jom! Explore peluang baru. Buatlah apa-apa pun.#harithfaisal
  • Harith Faisal

    12 мар., 04:31

    Banyak kali dah naik gaji, tapi simpanan kau KOSONG?Gaji RM3,000 naik jadi RM3,200. Logiknya, simpanan kau pun patut bertambah RM200 sebulan, betul? Tapi hakikatnya, bila cek akaun simpanan, tetap sama – kosong. Kat mana silapnya?1. Bila gaji naik, lifestyle pun ikut naik. Kalau dulu kau makan nasi lemak RM3 kat warung, sekarang kau dah mula selesa lepak kafe hipster, kopi segelas RM15. Bila perbelanjaan ikut naik, simpanan automatik kena potong.2. Inflasi lebih laju dari kenaikan gaji. Gaji naik 5%, tapi harga barang naik 8%. Kuasa beli kau makin lemah. Kalau tak pandai kawal, kau mungkin rasa kaya sekejap, tapi hakikatnya makin sempit.3. Tak ada disiplin menyimpan. Ramai yang set mindset, “Simpan kalau ada lebih.” Masalahnya, “lebih” tu jarang sangat wujud sebab duit selalu habis sebelum hujung bulan.Kalau dah lebih 3 kali naik gaji, tapi tabung kecemasan masih kosong,
  • Harith Faisal

    9 мар., 04:14

    Jadi leader, kau akan perasan hal ini.1. Apa kau buat, akan diikuti. Anak buah bukan dengar apa yang kau suruh. Mereka tengok apa yang kau buat. Kalau kau rajin, mereka rajin. Kalau kau malas, mereka pun longlai. Contoh paling mudah kalau kau hadir awal, mereka pun rasa malu nak datang lambat. Action kau lebih kuat dari arahan.2. Apa kau cakap akan didengari. Kata-kata seorang leader ada aura. Bila kau bercakap, orang berhenti scroll, berhenti borak, dan fokus pada kau. Sebab mereka tahu setiap ayat tu datang dari pengalaman, bukan sekadar cakap kosong.3. Apa kau pakai, akan ditiru. Style kau jadi benchmark. Kalau kau pakai kemas, mereka ikut kemas. Kalau kau selekeh, mereka rasa normal untuk selekeh. Orang bawah tak tiru teori kau, mereka tiru imej kau.4. Apa kau guna, akan diguna. Dari sekecil-kecil pen, sampai ke tools kerja. Bila kau pilih sesuatu, orang percaya itu yang
  • Harith Faisal

    9 мар., 04:14

    Иллюстрация к посту канала Harith FaisalИллюстрация к посту канала Harith Faisal
  • Harith Faisal

    2 мар., 04:34

    Anak Bukan Penghalang Rezeki1. Saya umur 30 tahun dah ada 4 orang anak. Sekarang 34 tahun umur dengan 6 orang anak. Anak pertama lahir masa umur saya 23 tahun. Ada yang pandang pelik, siap ada yang kata hidup saya akan tersekat awal-awal lagi.2. Mereka fikir anak awal sama dengan miskin awal, sebab duit habis untuk susu, pampers, dan sekolah. Itu mindset yang dah berakar dalam masyarakat kita.3. Tapi realitinya, anak bukan punca orang miskin. Tabiat kewangan yang salah itulah punca sebenar.4. Kalau boros, duit banyak mana pun akan habis. Kalau tak menyimpan, hidup tetap kais pagi kais petang. Kalau tak melabur, duit memang takkan berkembang. Anak atau tak ada anak, sama sahaja.5. Ramai salahkan anak bila kewangan sempit, padahal puncanya tiada disiplin dan tiada visi kewangan yang jelas. Senang cerita, masalah tu datang dari diri sendiri, bukan dari anak.6. Bagi saya, anak