gram news
Аватар канала Dari Kantor Editor 🇲🇾

Dari Kantor Editor 🇲🇾

@muhaiminsafaruddin

💐 Buat kalian yang dahaga akan terapi bahasa dan remedi pujangga; di sinilah minumannya. 😇 🌺 #MadMinBahasa 🌹 #MadMinPujangga 🌷 #MadMinMenaip 🌻 #DariKantorEditor 🌐 https://muhaiminsafaruddin.com

ПроектыID

400подписчиков

Открыть канал

Последние посты

  • Dari Kantor Editor 🇲🇾

    31 авг., 23:25изменён

    “Setiap tahun orang duk sambut merdeka. Sebenarnya, apa yang kau faham tentang makna kemerdekaan?”Bercakap perihal kemerdekaan, fikiran saya pasti acap kali melayang kepada suatu kisah sebelum tercetusnya Perang al-Qadisiyyah. 👇https://www.facebook.com/share/p/18Nr5cgGpr/
  • Dari Kantor Editor 🇲🇾

    21 июн., 10:02

    Imam al-Ghazālī raḥimahuLlāh memberikan peringatan yang cukup menggerunkan dalam risalahnya, Ayyuhā al-Walad:من علامات إعراض الله تعالى عن العبد اشتغاله بما لا يعنيه، وإن امرءا ذهبت ساعة من عمره في غير ما خلق له لجدير أن تطول عليه حسرته إلى يوم القيامة، ومن جاوز الأربعين ولم يغلب عليه خيره شرّه، فليتجهّز إلى النار.“Salah satu tanda Allah menjauhkan diri daripada seseorang hamba ialah kesibukannya dalam perkara yang tidak ada kena-mengena dengan dirinya.Dan seseorang itu jika berlalu walaupun sejam daripada umurnya dalam selain apa-apa yang diciptakan untuknya daripada ibadah, maka sudah memadai untuk penyesalannya dipanjangkan hingga Hari Kiamat.Dan sesiapa yang melepasi umur 40, sedangkan kebaikannya belum menjangkaui keburukannya, maka bersedialah untuk ke Neraka.”〰️Moga Allah ﷻ sentiasa memanjangkan usia kita dalam keberkatan dan ketaatan.Al-Fatihah dan doa buat seluruh
  • Dari Kantor Editor 🇲🇾

    10 мая, 12:00

    Pada kala masyhurnya nama penulis atau pengarang buku, tidak ramai yang mengiktiraf atau menghargai kerja keras editor di sebalik tabir.Merekalah yang begitu bertungkus-lumus menyunting dan menyusun atur manuskrip agar benar-benar dapat dinikmati dan diterbitkan sebagai senaskhah buku, seterusnya dimanfaatkan oleh para pembaca.Penghormatan buat para editor di luar sana — kalianlah wira hakiki yang tidak didendang, sesungguhnya.#SangPenelitiAksara #DariKantorEditor
    77видео21Открыть в Telegram
  • Dari Kantor Editor 🇲🇾 pinned a photo

    20 мар., 16:08

  • Dari Kantor Editor 🇲🇾

    20 мар., 16:06

    Maksud takbir raya dan apa kaitannya dengan geopolitik masa ini.Salam Aidilfitri 1447 Hijriah!#DariKantorEditor
    89видео31Открыть в Telegram
  • Dari Kantor Editor 🇲🇾

    24 февр., 13:31

    Tesis hampir siap, tetapi bahasa masih belum ‘kemas’? Jangan biarkan idea bernilai tinggi tenggelam kerana ejaan, tatabahasa dan struktur ayat yang lemah.🔎 Baca Pruf Akademik oleh Muhaimin Safaruddin Editor Bahasa Melayu Profesional dengan pengalaman lebih 5 tahun dalam industri penerbitan.Saya membantu anda memastikan penulisan: ✔️ Tepat dari segi ejaan dan tatabahasa ✔️ Kemas dan mantap dari sudut gaya akademik ✔️ Konsisten serta menepati standard ilmiah ✔️ Disertakan komen penambahbaikan yang membinaSesuai untuk: 📘 Tesis 📗 Disertasi 📄 Artikel jurnal 📝 Kajian tindakanPenulisan akademik bukan sekadar lulus, justeru perlu meyakinkan, berautoriti dan berwibawa.
    155211Открыть в Telegram
  • Dari Kantor Editor 🇲🇾

    18 февр., 11:02

    Selamat menyambut bulan Ramadan al-Mubarak! Mudah-mudahan Allah ﷻ menerima segala amalan, ibadat, kebajikan, dan taubat kita sepanjang bulan ini serta menjadikan kita dalam kalangan orang yang bertakwa. 😊🤲✨
  • Dari Kantor Editor 🇲🇾

    17 февр., 12:35

    Bulan Ramadan dah nak sampai! Apa contoh persediaan yang boleh kita buat?https://www.facebook.com/share/p/1EGb9h5paJ/
    10211Открыть в Telegram
  • Dari Kantor Editor 🇲🇾

    21 янв., 13:04

    𝗡𝗮𝗸 𝘁𝗮𝗵𝘂 𝗮𝗽𝗮 𝗽𝗲𝗻𝗲𝗻𝘁𝘂 𝗸𝗲𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗷𝗮𝘁𝘂𝗵 𝗮𝘁𝗮𝘂 𝗯𝗮𝗻𝗴𝗸𝗶𝘁𝗻𝘆𝗮 𝘂𝗺𝗮𝘁 𝗜𝘀𝗹𝗮𝗺? 𝗕𝗮𝗰𝗮 𝘀𝗮𝗺𝗽𝗮𝗶 𝗵𝗮𝗯𝗶𝘀.https://www.facebook.com/share/p/1AUaqFTjb5/
  • Dari Kantor Editor 🇲🇾

    16 окт. 2025 г., 12:02

    Seorang penyair pernah berkata:Jangan bersedih apabila anak-anak dipukul, Kerana pukulan itu hanya sekejap, tetapi yang kekal ialah ilmu dan adab.Pukulan memberi mereka manfaat, sementara ilmu pula mengangkat martabat mereka. Tanpa rasa takut, mereka tidak akan mahu belajar membaca dan menulis.Tanpa rasa takut, manusia semuanya akan menjadi Seperti benda tidak bernyawa; tidak berilmu dan tidak beradab.#MadMinPujangga
  • Dari Kantor Editor 🇲🇾

    5 сент. 2025 г., 00:00

    Tahu tak kenapa usia 30 tahun ialah usia yang agak kritikal?Tak, bukan soal lambat kahwin (bagi yang masih bujang) atau banyak sungguh cabaran hidup yang nak kena hadap (keluarga, kerjaya, kewangan, dsbg) semata-mata.Akan tetapi, apa yang lebih mustahak ialah, inilah usia yang disabdakan oleh Rasulullah ﷺ berkenaan ahli Syurga:https://www.facebook.com/share/p/1GNqPZQyWF/
    154211Открыть в Telegram
  • Dari Kantor Editor 🇲🇾

    4 сент. 2025 г., 13:15

    Kalian pernah terfikir tak, apa hikmah Rasulullah ﷺ dilahirkan pada hari Isnin, bulan Rabiʿ al-Awwal?https://www.facebook.com/share/p/16wifDDoQr/
    12311Открыть в Telegram
  • Dari Kantor Editor 🇲🇾

    10 авг. 2025 г., 13:30

    Perasan tak kawan-kawan, pada setiap permulaan tiga surah serangkai berikut dalam al-Quran — al-Isrāʾ, al-Kahf, dan Maryam, ketiga-tiganya mengandungi lafaz ‘hamba’ (عبد):https://www.facebook.com/share/p/1G1npQVpxx
  • Dari Kantor Editor 🇲🇾

    28 июн. 2025 г., 13:11

    Kita ambil satu situasi; selalu kalau kita hendak bergerak ke tempat kerja pada setiap pagi, kebiasaannya, kita hanya berniat untuk sekadar mencari rezeki, bukan?Ataupun lebih teruk, kita ‘terpaksa’ pergi kerja hanya disebabkan supaya kita ada duit untuk terus melangsungkan kehidupan dan melunaskan segala komitmen? Alamak...https://www.facebook.com/share/p/16f9vXyFiq
    177111Открыть в Telegram
  • Dari Kantor Editor 🇲🇾

    26 июн. 2025 г., 01:30

    Azam Lagi, Tapi Masih Tak Buat?Tiap kali masuk tahun baru, kita pasang azam. Tapi lepas seminggu, semua tinggal angan.Bila baca tulisan Tuan Guru, rasa lain. Ayatnya hidupkan semangat. Ilmunya buat kita nak berubah, bukan sekadar bercakap.Tahun ini, jangan biar azam tinggal dalam hati. Biar ilmu pimpin langkah hijrah kita.#DariKantorEditor #PermataUmmah #MesejSampai
    160видео3Открыть в Telegram
  • Dari Kantor Editor 🇲🇾

    3 июн. 2025 г., 13:34изменён

    “Muhaimin, enta (kau)lah yang jadi penulis khat. Tak jumpa dah ni penulis khat yang sesuai untuk aktiviti kat reruai!”https://www.facebook.com/share/p/15CRGHj89P
    14931Открыть в Telegram
  • Dari Kantor Editor 🇲🇾

    31 мар. 2025 г., 13:44

    Ibn Rajab al-Ḥanbalī raḥimahuLlāh berkata:‌ليس ‌العيد ‌لمن ‌لبس الجديد، إنّما العيد لمن طاعاته تزيد.Bukanlah hari raya itu untuk sesiapa yang mengenakan pakaian baharu, namun hari raya itu untuk sesiapa yang ketaatannya bertambah.ليس العيد لمن تجمّل باللباس والركوب، إنّما العيد لمن غفرت له الذنوب.Bukanlah hari raya itu untuk sesiapa yang bercantik-cantik dengan pakaian dan kenderaan, namun hari raya itu untuk sesiapa yang dosanya diampunkan.في ليلة العيد تفرّق خلع العتق والمغفرة على العبيد؛ فمن ناله منها شيء فله عيد، وإلاّ فهو مطرود بعيد.Pada malam raya, tersebar pecahan kebebasan daripada Neraka dan keampunan atas seseorang hamba. Sesiapa yang memperolehnya, maka baginya hari raya. Jika sebaliknya, maka dia disimpang jauh daripada mendapatkannya (hari raya).[Laṭāʾif al-Maʿārif, Hlm. 484]Mudah-mudahan, Allah ﷻ berkenan menerima segala amalan dan taubat kita sepanjang
    21021Открыть в Telegram
  • Channel name was changed to «Dari Kantor Editor 🇲🇾»

    12 мар. 2025 г., 08:06

  • Channel photo updated

    12 мар. 2025 г., 08:06

  • Dari Kantor Editor 🇲🇾

    10 мар. 2025 г., 14:10

    𝗞𝗲𝗻𝗮𝗽𝗮 𝘁𝗮𝗸 𝘀𝗼𝗹𝗮𝘁 𝘀𝘂𝗻𝗮𝘁 𝗿𝗮𝘄𝗮𝘁𝗶𝗯 𝘀𝗲𝗹𝗲𝗽𝗮𝘀 𝗶𝘀𝘆𝗮𝗸 𝘀𝗲𝗺𝗲𝗻𝘁𝗮𝗿𝗮 𝘁𝘂𝗻𝗴𝗴𝘂 𝘁𝗮𝗿𝗮𝘄𝗶𝗵?Bulan Ramadan ini, antara kesilapan dalam keutamaan amal yang masih berlegar dan dapat kita perhatikan ialah, ada dalam kalangan kita yang hanya sekadar duduk menunggu sahaja untuk tarawih apabila telah selesai solat fardu isyak secara berjemaah, tetapi tidak menunaikan solat sunat rawatib terlebih dahulu.Rugi, wahai sahabat-sahabat!Sebab, tahukah kalian, para ulama kita telah pun menyusun keutamaan bahawa solat sunat rawatib (solat sunat yang mengiringi solat fardu) adalah melebihi keutamaan solat sunat tarawih?Umpamanya, Ḥasan al-Kāf raḥimahuLlāh dalam kitabnya, al-Taqrīrāt al-Sadīdah (Qism al-ʿIbādāt), beliau menyatakan bahawa solat sunat yang paling afdal mengikut tertib ialah seperti berikut:https://www.facebook.com/share/p/18w2RQkcVr
    20931Открыть в Telegram
Скачать ряд в CSV
Бот обратной связи для своего канала — бесплатно

Подписчики пишут боту, вы отвечаете реплаем, ваш аккаунт скрыт. Создаётся в одно касание.

Как это работает →
Создать бота