Последние посты

MyAqsa Defenders
22 сент., 15:43
Pasukan pendudukan Israel terus meratakan tanah penduduk Palestin menggunakan jentolak dan membina jalan penempatan di kampung Al-Majd, di barat Dura, selatan Hebron.Sumber: Days of Palestine
MyAqsa Defenders
22 сент., 14:26
TERUSKAN JIHAD BOIKOT!BDS Malaysia telah mengemaskini sasaran boikot.Ayuh teruskan jihad boikot dan sebarluaskan senarai ini.Maklumat lanjut boleh ke FB BDS Malaysia: https://www.facebook.com/share/1B9VLuA8s6/
MyAqsa Defenders
22 сент., 13:15
Bot tentera laut rejim Israel mengejar nelayan Palestin di laut, membahayakan nyawa serta mengganggu pekerjaan mereka ketika mereka cuba mencari rezeki di tengah-tengah keadaan kemanusiaan yang semakin merosot di Gaza.Sumber: Shehab News Agency
MyAqsa Defenders
22 сент., 12:17
Gambar yang merakam serangan rejim Israel berhampiran Menara Ain Jalout di Kem Pelarian Nuseirat, tengah Semenanjung Gaza.Sumber: Eye on Palestine
MyAqsa Defenders
22 сент., 10:13
Jemput dengar & hayati lagu ini KUDUS PALESTIN 🇵🇸 🎙 Lah Ahmad X Inteamhttps://youtu.be/1gmFA98M_pg?si=aoq0ks8xRj1GLs9STerbitan: Inteam Records Dibawakan oleh: MyAqsa Defenders 🇲🇾
MyAqsa Defenders
22 сент., 08:24
Hasbunallah Wa Nikmal Wakil.Detik peluru berpandu kedua menghentam semasa serangan rejim Israel yang menyasarkan seorang pemuda di kawasan kejiranan Sheikh Radwan, Bandar Gaza lalu mengorbankan seorang kanak-kanak.Sumber: Shehab News Agency
MyAqsa Defenders
22 сент., 06:18
Mahmoud Obeid Al-Masri, seorang warga Palestin, pengsan selepas ditahan selama beberapa jam oleh pasukan pendudukan Israel di Khallet Al-Hummus, Masafer Yatta, di selatan Hebron.Sumber: PALM
MyAqsa Defenders
22 сент., 04:18
Power! ⚡💪🏼Lewis Hamilton secara terbuka menyokong Macklemore selepas penyanyi rap itu dikeluarkan daripada baki jelajah Loop Tour Ed Sheeran susulan sokongan lantangnya terhadap Palestin.Macklemore sebelum ini menggunakan persembahannya di MetLife Stadium untuk menyuarakan sokongan kepada rakyat Palestin dan bercakap mengenai perang di Gaza. Hamilton kemudian membalas kenyataannya: “Terima kasih kerana menggunakan suara anda. Saya bersama anda.”Hamilton kini menyertai beberapa artis dan tokoh awam lain yang turut menyatakan sokongan terhadap Macklemore, manakala beberapa artis lain juga menarik diri daripada jelajah tersebut susulan kontroversi berkenaan.Sumber: Islam Channel
MyAqsa Defenders
22 сент., 03:50
Terkini | 22 September 2026 🇵🇸🕊Kanak Kanak Antara Empat Rakyat Palestin Terbunuh Dalam Serangan Israel di GazaSekurang kurangnya empat rakyat Palestin terbunuh dalam beberapa serangan Israel di Gaza, termasuk Ismail al Bardawil, 11, yang ditembak ketika berada di kawasan al Mawasi, yang sebelum ini ditetapkan sebagai zon selamat. Seorang wanita berusia 31 tahun, Fidaa Toutah, turut terbunuh ketika dalam perjalanan pulang selepas menghantar anak anaknya ke sekolah.Pembunuhan itu berlaku walaupun perjanjian gencatan senjata antara Israel dan Hamas berkuat kuasa sejak Oktober 2025. Kementerian Kesihatan Palestin merekodkan 1,394 kematian dan 4,839 kecederaan di Gaza sejak gencatan senjata tersebut bermula.Sumber: Al Jazeera#SolidaritiPalestin #IsraelBacul #IsraelCuak
MyAqsa Defenders
22 сент., 02:14
Pasukan pendudukan Israel menyerbu kawasan kejiranan di bahagian timur Jenin di Tebing Barat yang diduduki.Sumber: Eye on Palestine
MyAqsa Defenders
22 сент., 01:01
1️⃣ HARI 1️⃣ FAKTA TENTANG PALESTIN🇵🇸 Masjid Al-Aqsa Masjid Suci Umat IslamDalam Islam, hanya 3 masjid utama:- Masjidil Haram - Masjid Nabawi - Masjid Al-AqsaIni bukan sekadar “tempat jauh di Palestin”akan tetapi ia sebahagian daripada keutamaan dalam ibadah umat Islam.Bilamana bumi Al-Aqsa diuji…Sebenarnya ia menguji sejauh mana kita peduli.#FaktaPalestin
MyAqsa Defenders
21 сент., 15:45
Nak faham isu Palestin tetapi masih tertanya-tanya nak bermula dari mana? Atau ada masa yang terhad dan hanya perlukan bacaan ringkas untuk memahami peristiwa serta sejarah penting?Kini semuanya lebih mudah dengan E-Library MyAqsa Defenders yang boleh diakses terus melalui laman web rasmi kami. Di sini kami himpunkan pelbagai bahan bacaan terpilih termasuk e-book ringkas berkaitan sejarah dan peristiwa Palestin sejak 1948, sesuai untuk bacaan santai mahupun rujukan pantas.Layari www.myaqsadefenders.org atau imbas kod QR pada poster ini untuk terus mengakses E-Library MyAD.Jom luangkan sedikit masa untuk membaca dan memahami 🤍
MyAqsa Defenders
21 сент., 14:17
Buat kali pertama, East Ham di London mengibarkan bendera Palestin di bangunan perbandarannya sebagai tanda solidariti terbuka terhadap rakyat Palestin dalam satu acara yang dihadiri oleh pegawai tempatan dan ahli politik.Sumber: Days of Palestine
MyAqsa Defenders
21 сент., 13:15
Allah Musta'an. 🥹Seorang wanita di Palestin memeluk sebatang pokok zaitun di tanah miliknya buat kali terakhir dan menangis hiba sebelum pokok itu dicabut oleh jentolak Israel di Arraba, selatan Jenin.Sumber: Days of Palestine
MyAqsa Defenders
21 сент., 12:15
Power! 💪🏼⚡Trade Union Congress (TUC), sebuah organisasi induk yang mewakili lima juta pekerja Britain telah mengundi buat kali pertama dalam sejarahnya untuk menyokong gerakan Boikot, Pelupusan Pelaburan dan Sekatan (BDS) yang diterajui oleh rakyat Palestin!Sumber: Days of Palestine
MyAqsa Defenders
21 сент., 10:15
🔴 Nasyid dari Al Qassam bertajuk "يا قدس فاشهدي" - "Wahai Al-Quds, Saksikanlah!"Teruskan bercakap tentang Palestin & Masjid Al-Aqsa!
MyAqsa Defenders
21 сент., 08:17
Ireland memutuskan untuk tidak menyertai Eurovision 2027 susulan penyertaan entiti Israel dalam pertandingan tersebut.Sumber: Roya News
MyAqsa Defenders
21 сент., 06:14
Polis penjajah Israel membunuh seorang warga Palestin, Alaa Mahamid, penduduk bandar Umm al-Fahm di Palestin yang dijajah, secara kejam pada siang hari.Sumber: PALM
MyAqsa Defenders
21 сент., 04:21
Pasukan tentera Israel hari ini menahan seorang bapa warga Palestin, isterinya dan empat orang anak mereka termasuk dua kanak-kanak bawah umur bagi mendesak anak lelaki mereka, Ahmad untuk menyerah diri, menurut Persatuan Tahanan Palestin.Sumber: Al Asima
MyAqsa Defenders
21 сент., 02:12
Kanak-kanak Palestin di Gaza berdiri di tengah-tengah runtuhan bangunan yang musnah sambil menyampaikan mesej kepada penyanyi rap Macklemore.Mereka mengucapkan terima kasih atas sokongannya terhadap Palestin dan keberaniannya bersuara mengenai Gaza, termasuk berdepan tekanan dalam kerjayanya kerana pendiriannya itu menerusi lagu “Hind’s Hall”.Kanak-kanak tersebut berjanji untuk menghadiahkan sesuatu yang istimewa dari Gaza kepadanya jika beliau melihat video tersebut. Mereka turut mengkritik sikap dwistandard masyarakat antarabangsa terhadap Ukraine dan Palestin, serta menggesa Macklemore agar terus tabah.Sumber: Quds News Network
Подписчики пишут боту, вы отвечаете реплаем, ваш аккаунт скрыт. Создаётся в одно касание.
Как это работает →