gram news
Аватар канала Mynewshub

Mynewshub

@mynewshubviral

https://www.mynewshub.tv/

ПроектыIDНовости

139,754подписчиков

Открыть канал

Последние посты

  • Mynewshub

    14 нояб., 01:25

    PAID REVIEW/IKLAN BERBAYAR DENGAN HARGA MURAH.SESIAPA YG BERMINAT NK IKLANKAN BISNES ATAU PRODUK ANDA DI MYNEWSHUB? TEKAN LINK TERTERA.https://wasap.my/60129867109/iklan
  • Mynewshub

    14 нояб., 00:36

    “Ingat! Jika seekor haiwan menghalang laluan anda, segera berpatah balik dan selamatkan diri!Wanita muda ini benar-benar bijak dan pantas bertindak!”
    2,110видео47211Открыть в Telegram
  • Mynewshub

    13 нояб., 14:19

    Oleh MynewshubBUKIT KATIL, 13 Nov – Malaysia kini semakin menghampiri tempoh yang dianggap sesuai untuk mengadakan Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16), berdasarkan sejarah pembubaran Parlimen dan purata tempoh pemerintahan kerajaan terdahulu.Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, menyifatkan keadaan itu sebagai negara sudah memasuki tempoh ‘idah’ pilihan raya, sekali gus membuka ruang untuk mandat baharu dikembalikan kepada rakyat.“Kita pun sudah sampai ke ‘idah’ pilihan raya,” katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas program ceramah kemuncak Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) di Bukit Katil, Melaka, malam Khamis.Menurut Asyraf, walaupun tempoh maksimum sesuatu penggal Parlimen ialah lima tahun, sejarah menunjukkan kebanyakan kerajaan memilih untuk membubarkan Parlimen lebih awal bagi mendapatkan mandat baharu.Beliau menjelaskan, berdasarkan rekod pilihan raya terdahulu, purata tempoh sesebuah penggal Parlimen adalah sekitar empat tahun dua bulan.“Tempoh pilihan raya memang lima tahun, tetapi kita tidak pernah sampai ke penghujungnya,” katanya.9 Daripada 14 Penggal Melebihi Empat TahunMenerusi grafik bertajuk Pilihan Raya Umum – Mengapa Sekarang? yang dikongsikan melalui akaun X beliau, Asyraf memperincikan tempoh 14 penggal Parlimen Malaysia dari 1959 hingga 2022.Berdasarkan analisis yang dipaparkan, sembilan daripada 14 penggal Parlimen berlangsung tidak melebihi empat tahun enam bulan, manakala hanya tiga penggal melepasi tempoh empat tahun enam bulan.Purata tempoh pilihan raya untuk sembilan penggal adalah empat tahun dua bulan, jelas grafik berkenaan.Penggal paling panjang dalam analisis itu ialah empat tahun sembilan bulan, bermula pada 2008, manakala penggal paling singkat ialah tiga tahun empat bulan, bermula pada 1971.Bagaimanapun, angka tersebut merupakan purata sejarah dan bukannya ketetapan undang-undang yang mewajibkan pilihan raya diadakan selepas tempoh berkenaan.Parlimen Ke-15 Hanya Tamat Pada Disember 2027Untuk rekod, PRU15 diadakan pada 19 November 2022, manakala persidangan pertama Parlimen Ke-15 berlangsung pada 19 Disember tahun yang sama.Ini bermakna, setakat 13 November 2026, usia Parlimen Ke-15 masih belum genap empat tahun. Ia akan mencecah usia itu pada 19 Disember depan.Sekiranya Parlimen tidak dibubarkan lebih awal, tempoh lima tahunnya hanya akan berakhir pada 19 Disember 2027.Mengikut Perkara 55 Perlembagaan Persekutuan, pilihan raya umum perlu diadakan dalam tempoh 60 hari selepas pembubaran Parlimen.Jika purata sejarah empat tahun dua bulan digunakan sebagai ukuran, tempoh tersebut hanya akan dicapai sekitar Februari 2027.
    3,180221021Открыть в Telegram
  • Mynewshub

    13 нояб., 13:35

    переслано из @bumimikraj

    🌿 TANAH MILIK SENDIRI, TETAPI UNTUK MENUAI PUN PERLU MINTA IZIN!Bayangkan pokok zaitun yang diwarisi sejak beberapa generasi, tetapi apabila tiba musim menuai, pemiliknya sendiri terpaksa meminta kebenaran untuk memasuki kebun.Inilah realiti sebahagian petani Palestin di Tebing Barat.🫒 Musim menuai zaitun sepatutnya menjadi waktu keluarga berkumpul dan meneruskan tradisi turun-temurun. Namun, kini ia dibayangi serangan peneroka Israel dan sekatan akses ke tanah pertanian.Jumlah serangan dalam tempoh singkat ini sudah mengatasi 185 serangan sepanjang 2025.Sedangkan, sekitar 80,000–100,000 keluarga Palestin bergantung kepada sektor zaitun sebagai sumber kehidupan.Bagi rakyat Palestin, pokok zaitun bukan sekadar tanaman. Ia lambang warisan, identiti dan hubungan dengan tanah air. . #infografik __ Berita terkini saudara kita di Palestin. Tekan butang Join sekarang. t.me/bumimikraj
    2,7201861111Открыть в Telegram
  • Mynewshub

    13 нояб., 10:15

    ANALISISKematangan Tok Li Mampu Jinakkan Budak Mentah PHKEMUNCULAN agresif Mukhlis Mubin sepanjang kempen pilihan raya membuatkan calon Pakatan Harapan (PH) itu cukup popular, terutama di media sosial.Kepetahannya berbicara sempat menggoda pengundi Kuala Linggi, apatah lagi Mukhlis membawa imej calon Gen Z yang laju bekerja.DUN N01 yang selama ini menjadi kerusi selamat Barisan Nasional (BN) sempat bergoncang seketika dek kerana Dak Mukhlis kononnya mampu menyelesaikan masalah dengan cepat.Dakwaan dia berjaya menyelesaikan masalah penalti cukai nelayan Melaka Barat berjumlah RM70,000 hanya dalam masa dua hari paling mencuri tumpuan.Mukhlis, 25, juga menonjolkan imej prihatin dengan melawat ke beberapa kawasan banjir, selain menyantuni penduduk serta peniaga.Kempen awal calon BN, Datuk Rosli Abdullah yang agak perlahan membuatkan Mukhlis semakin menonjol.Begitupun pengalaman luas sebagai penyandang kerusi dan orang lama politik menyaksikan Rosli, 58, tidak menunggu lama untuk mengembalikan keyakinan pengundi.Jika Mukhlis agresif dan berapi-api mencari isu untuk menyerang lawan, Rosli tenang menunjukkan rekod baiknya selama lima tahun mentadbir.Dari satu sisi, strategi agresif Mukhlis berhasil untuk mendapatkan perhatian tetapi dalam banyak situasi ia menjadi pedang bermata dua.Keterujaan menonjolkan diri sebagai pejuang rakyat menyebabkan Mukhlis mula menunjukkan kelemahan dan dilabel 'juara pidato yang hanya pandai bercakap'.Watak hero yang cuba ditonjolkan dalam isu nelayan bertukar menjadi watak orang politik totok yang suka memutar belit.Dia mendakwa isu hutang nelayan telah diselesaikan selepas membawanya ke pejabat Perdana Menteri (PM), hakikatnya PM hanya menandatangani surat tindakan susulan bukan kelulusan.Mukhlis juga seolah-olah cuba mencari kelemahan pemimpin terdahulu ketika melawat rumah penduduk Kampung Sungai Baru yang daif tanpa tandas.Begitupun perkongsiannya mendapat kecaman. Ramai yang menganggap kedaifan penduduk tersebut berpunca daripada sikapnya sendiri yang hanya menunggu bantuan tanpa berusaha menaikkan taraf hidup.Akhirnya, Mukhlis dianggap gagal membuat pertimbangan matang antara isu peribadi, keluarga dengan tanggungjawab wakil rakyat.Tidak habis di situ, imej Mukhlis sebagai anak kampung Kuala Linggi yang bijak bertukar menjadi orang muda yang angkuh apabila dia dikecam dalam isu InsyaAllah.Dalam satu ceramah, calon Amanah itu berkata, beliau tidak mahu sekadar berkata InsyaAllah ketika berjanji.Ketika Mukhlis dilihat 'try hard' mencari isu, Tok Li bercerita apa yang sudah dibuat seperti Rumah Prihatin di Telok Gong dan Melaka Rumahku, projek khas perumahan nelayan.
    3,0001414611Открыть в Telegram
  • Mynewshub

    13 нояб., 09:50

    Kajian ILHAM Centre Unjur BN-PN Mendahului 24 Kerusi PRN MelakaOleh MynewshubMELAKA, 13 Nov – Kerjasama Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) dijangka memberi kelebihan besar kepada kedua-dua gabungan itu dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka esok, apabila kajian ILHAM Centre mengunjurkan mereka mendahului persaingan di 24 daripada keseluruhan 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).Menurut dapatan kajian yang diumumkan hari ini, tiga faktor utama dikenal pasti mempengaruhi kedudukan BN-PN, iaitu penyatuan sokongan pengundi Melayu, kekuatan jentera parti serta tahap penerimaan terhadap pentadbiran kerajaan negeri.Kajian itu mendapati 91 peratus penyokong PN menyatakan kesediaan mengundi calon BN, manakala 78 peratus penyokong BN pula bersedia memberikan sokongan kepada calon PN.Perkembangan tersebut menunjukkan kerjasama kedua-dua gabungan bukan sekadar melibatkan persefahaman kepimpinan, malah turut diterjemahkan melalui penyelarasan jentera dan sokongan di peringkat akar umbi.ILHAM Centre turut mengenal pasti 23 kawasan DUN yang mempunyai sekurang-kurangnya 50 peratus pengundi Melayu sebagai antara kawasan yang memberikan kelebihan kepada kerjasama BN-PN.Dalam perkembangan berkaitan, kajian itu merekodkan tahap penerimaan terhadap Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, sebanyak 86 peratus, manakala pentadbiran kerajaan negeri mencatatkan 85 peratus.Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) dan Jelajah Ketua Menteri Sayang Rakyat turut dikenal pasti sebagai antara faktor yang mempengaruhi penilaian pengundi terhadap prestasi kerajaan negeri.Sementara itu, Pakatan Harapan (PH) diunjurkan berada pada kedudukan selesa di dua kawasan tradisinya, iaitu Kota Laksamana dan Bandar Hilir.Bagaimanapun, persaingan di Ayer Keroh dan Kesidang dijangka sengit, dengan keputusan di kedua-dua kawasan masih terbuka.Kajian berkenaan turut menunjukkan 21 peratus pengundi berusia bawah 30 tahun masih belum membuat keputusan ketika tinjauan dijalankan.Kajian lapangan ILHAM Centre dilaksanakan antara 1 hingga 12 November, melibatkan 805 responden dari seluruh 28 kawasan DUN Melaka. Kajian itu turut disokong perbincangan kumpulan berfokus dan temu bual mendalam.Margin ralat persampelan dilaporkan sebanyak ±3.45 mata peratusan pada tahap keyakinan 95 peratus.Walau bagaimanapun, unjuran tersebut bukan keputusan rasmi pilihan raya dan tidak menjamin kemenangan mana-mana gabungan. Keputusan sebenar bergantung kepada pilihan pengundi pada hari pengundian, 14 November.PRN Melaka kali ini melibatkan 687,697 pengundi berdaftar yang layak menunaikan tanggungjawab demokrasi mereka.Sumber: ILHAM Centre, Astro Awani, Free Malaysia Today dan Bernama.#Mynewshub #PRNMelaka #ILHAMCentre #PolitikMalaysia #Melaka2026
    2,70028751Открыть в Telegram
  • Mynewshub

    13 нояб., 09:31

    Wajah Mirip Netanyahu, Peniaga Di Iran Didakwa Berdepan BoikotOleh MynewshubTEHRAN, 13 Nov – Seorang peniaga makanan ringan di Iran menjadi perhatian media antarabangsa selepas wajahnya yang dikatakan hampir menyerupai Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, mencetuskan pelbagai reaksi di media sosial, termasuk dakwaan bahawa kedainya kini berdepan boikot pelanggan.Lelaki yang dilaporkan menjalankan perniagaan menjual kekacang, buah-buahan kering dan manisan di Tehran itu menjadi tular selepas rakaman video pendek memperlihatkan dirinya berada di dalam kedai tersebar di internet.Menurut laporan portal berita Turki, Haberler, persamaan wajah, garis rambut dan ekspresi lelaki berkenaan dengan Netanyahu menyebabkan ramai pengguna media sosial membuat perbandingan antara kedua-duanya.Pada mulanya, rakaman itu mencetuskan pelbagai reaksi lucu, malah terdapat pengguna internet yang cuba mendapatkan alamat kedai berkenaan kerana ingin melihat sendiri lelaki tersebut.Bagaimanapun, perhatian yang diterima dilaporkan bertukar menjadi kontroversi apabila segelintir pengguna media sosial menyeru supaya orang ramai tidak membeli barangan di kedainya semata-mata kerana wajahnya menyerupai pemimpin Israel itu.Portal berita Azerbaijan, AzerNews, pada 11 November melaporkan bahawa seruan boikot berkenaan didakwa turut memberikan kesan kepada perniagaan lelaki tersebut.Beberapa laporan turut mendakwa peniaga itu menghadapi tekanan akibat perhatian luar biasa yang diterimanya.Namun, setakat ini, dakwaan mengenai kerugian perniagaan dan pelaksanaan boikot secara meluas masih belum dapat disahkan secara bebas.Portal Israel Hayom turut menjelaskan bahawa identiti sebenar peniaga berkenaan, lokasi tepat kedainya serta tarikh rakaman video itu dihasilkan belum dapat dipastikan.Kisah tersebut mendapat perhatian ketika hubungan Iran dan Israel terus dibayangi ketegangan politik dan ketenteraan yang berpanjangan.Persamaan wajah lelaki biasa dengan seorang tokoh politik yang menjadi tumpuan dunia akhirnya mencetuskan perdebatan mengenai sejauh mana sentimen politik boleh mempengaruhi layanan masyarakat terhadap individu yang tidak mempunyai kaitan dengan konflik berkenaan.Walaupun pelbagai dakwaan tersebar di media sosial, belum terdapat bukti kukuh yang menunjukkan lelaki itu mempunyai sebarang hubungan dengan Netanyahu selain persamaan rupa paras yang diperkatakan.Sumber: Haberler (Turki), AzerNews (Azerbaijan), Israel Hayom (Israel) dan CNN Indonesia.#Mynewshub #Iran #Netanyahu #BeritaDunia #ViralNota Mynewshub: Visual merupakan ilustrasi yang dihasilkan menggunakan teknologi AI berdasarkan gambar rujukan sebenar. Laporan disusun daripada sumber media antarabangsa. Dakwaan boikot masih belum dapat disahkan secara bebas.
    2,8502073211Открыть в Telegram
  • Mynewshub

    13 нояб., 04:40

    Lapan Maut Termasuk Dua Kanak-Kanak Dalam Runtuhan Bangunan Di BrooklynOleh MynewshubNEW YORK: Sekurang-kurangnya lapan orang maut, termasuk dua kanak-kanak, manakala 18 lagi cedera selepas sebuah bangunan tiga tingkat runtuh dalam kejadian mengejutkan di Brooklyn, New York, Amerika Syarikat, pada Rabu (11 November).Kejadian berlaku kira-kira jam 4 petang waktu tempatan di Flatbush Avenue, berhampiran persimpangan Bedford Avenue, ketika kerja penggalian sedang dijalankan di tapak pembinaan bersebelahan bangunan berkenaan.Rakaman kamera keselamatan yang tersebar memperlihatkan detik bangunan itu runtuh secara tiba-tiba ke arah kawasan penggalian, menyebabkan timbunan runtuhan memenuhi tapak kejadian.Menurut pihak berkuasa New York, antara mangsa yang terkorban ialah dua kanak-kanak berusia sembilan dan 10 tahun serta dua pekerja pembinaan.Daripada 18 individu yang cedera, empat merupakan anggota bomba yang terlibat dalam operasi kecemasan.Datuk Bandar New York, Zohran Mamdani memaklumkan seorang mangsa masih berada dalam keadaan kritikal, manakala kebanyakan mangsa lain dilaporkan stabil.Kira-kira 250 anggota bomba dan petugas kecemasan dikerahkan ke lokasi bagi menjalankan operasi mencari dan menyelamat.Pasukan penyelamat menggunakan peralatan khas, dron serta anjing pengesan bagi mencari mangsa yang dipercayai terperangkap di bawah runtuhan.Operasi menyelamat yang berlangsung sepanjang malam akhirnya ditamatkan pada Khamis selepas pihak berkuasa mengesahkan tiada lagi mangsa ditemukan di lokasi.Sementara itu, beberapa penduduk mendakwa pernah menyedari keretakan pada dinding bangunan serta gegaran yang dikaitkan dengan aktiviti pembinaan berhampiran sebelum kejadian berlaku.Bagaimanapun, punca sebenar runtuhan masih dalam siasatan dan pihak berkuasa belum membuat sebarang kesimpulan mengenai faktor yang menyebabkan tragedi tersebut.Mamdani turut mengarahkan pemeriksaan keselamatan terhadap kira-kira 100 tapak pembinaan yang mempunyai kaitan dengan syarikat terlibat dalam projek berkenaan.Beliau menegaskan mana-mana pihak yang didapati bertanggungjawab terhadap tragedi itu akan dikenakan tindakan sewajarnya.Kejadian berkenaan mencetuskan kebimbangan mengenai aspek keselamatan struktur bangunan lama serta aktiviti pembinaan yang dijalankan berhampiran kawasan kediaman padat di New York.Sumber: Associated Press, CBS News New York dan Jabatan Bomba New York (FDNY).#Mynewshub #Brooklyn #NewYork #BeritaDunia #BangunanRuntuh
    3,730видео87633Открыть в Telegram
  • Mynewshub

    22 сент., 15:22

    Undang Yang Empat Beri Peringatan Kepada PMX, Jangan Campuri Urusan Pemerintahan Negeri SembilanOleh MynewshubSEREMBAN – Undang Yang Empat bersama Tunku Besar Tampin mengingatkan Perdana Menteri dan Jabatan Peguam Negara (AGC) supaya tidak mencampuri urusan pemerintahan Negeri Sembilan, khususnya perkara berkaitan kuasa prerogatif institusi adat negeri itu.Menerusi kenyataan media bersama bertarikh 22 September 2026 yang kini tersebar, mereka menegaskan kuasa memilih dan menurunkan Yang di-Pertuan Besar merupakan hak adat serta prerogatif Undang Yang Empat sebagaimana diperuntukkan dalam Perkara 7, 10 dan 11 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959 (UUTKNS).“Kami ingin mengingatkan YAB Perdana Menteri dan Jabatan Peguam Negara supaya tidak mencampuri urusan pemerintahan Negeri Sembilan, khususnya prerogatif kami di bawah Perkara 10 dan Perkara 11 UUTKNS 1959.“YAB Perda
    1,180233211Открыть в Telegram
  • Mynewshub

    22 сент., 14:48

    Gempa Bumi Magnitud 4.4 Gegar Perairan Batu PahatOLEH MYNEWSHUBBATU PAHAT – Satu gempa bumi lemah bermagnitud 4.4 berlaku di perairan Batu Pahat, Johor, petang tadi dengan gegarannya dilaporkan turut dirasai penduduk di daerah itu dan kawasan sekitar.Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) memaklumkan, kejadian berlaku pada pukul 4.55 petang, 22 September 2026.Pusat gempa dikenal pasti pada koordinat 1.7 darjah Utara dan 102.7 darjah Timur, kira-kira 27 kilometer di barat daya Batu Pahat.Gempa bumi itu berlaku pada kedalaman 10 kilometer.“Gegaran dirasai di Batu Pahat, Johor dan kawasan sekitarnya. METMalaysia akan terus memantau keadaan ini,” menurut jabatan itu menerusi kenyataan rasmi.Setakat laporan ini disiarkan, belum ada maklumat rasmi mengenai sebarang kemalangan jiwa atau kerosakan harta benda akibat kejadian berkenaan.Kejadian itu menyusuli beberapa gempa
  • Mynewshub

    22 сент., 13:14

    Di India, seorang wanita berusia 46 tahun maut selepas terjatuh ke dalam air mendidih yang sedang dibawanya.
    2,350видео2251Открыть в Telegram
  • Mynewshub

    22 сент., 10:04

    Baca selanjutnya di https://www.mynewshub.tv/2026/09/merdeka-bukan-sekadar-sejarah-desa-kirana-hidupkan-warisan-dan-jati-diri-malaysia/
    3,200721Открыть в Telegram
  • Mynewshub

    22 сент., 09:40

    ZRA Akui Ambil Masa 12 Tahun Fahami Kesombongan Pemberi BantuanOLEH MYNEWSHUBKUALA LUMPUR – Penggiat kemanusiaan, ZRA mengakui mengambil masa kira-kira 12 tahun untuk memahami bahawa sikap buruk sangka dan kesombongan pihak yang memberi bantuan adakalanya lebih menyakitkan daripada kemiskinan ditanggung penerima.Menerusi perkongsian bertajuk Edisi Siasat Chow Kit: Gelandangan, beliau menceritakan pengalamannya mengagihkan makanan kepada golongan gelandangan serta keluarga miskin sejak awal 2000-an.Menurut ZRA, ketika mengendalikan pengagihan makanan dahulu, beliau menetapkan peraturan setiap penerima hanya dibenarkan mengambil satu bungkus makanan.Penerima yang cuba mengambil dua atau tiga bungkus pula sering dimarahi kerana disyaki tamak atau mahu menjual semula makanan berkenaan.“Kita rasa kita memberi. Apabila orang datang ambil dua atau tiga bungkus, kita marah.
    3,190видео32105421Открыть в Telegram
  • Mynewshub

    22 сент., 09:21

    Setiausaha Kerajaan Negeri Dan Penasihat Undang-Undang N9 Digantung Tugas Serta-MertaOleh MynewshubSEREMBAN – Kerajaan Negeri Sembilan menggantung tugas Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Datuk Mohd Zafir Ibrahim dan Penasihat Undang-Undang Negeri, Datuk Muzalmah Mustapha Kamal, berkuat kuasa serta-merta.Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Haji Ismail Lasim berkata, ketetapan itu dibuat secara sebulat suara dalam Mesyuarat Khas Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN), hari ini.Menurut kenyataan media bertarikh 22 September 2026 itu, Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Masri Haji Razali dinamakan untuk menjalankan tugas SUK sehingga pegawai baharu dilantik oleh Ketua Setiausaha Negara.Sementara itu, tugas memberikan nasihat perundangan akan dilaksanakan oleh peguam bela dan peguam cara, Fahmi Adilah, sehingga Penasihat Undang-Undang Negeri yang baharu dinamakan oleh Jabatan Peguam
    2,3801462211Открыть в Telegram
  • Mynewshub

    22 сент., 08:59

    JDT Lancar JDT+, Dokumentari ‘Untamed’ Bakal Bersiaran 22 OktoberOleh MynewshubJOHOR BAHRU - Kelab Bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) melancarkan JDT+, sebuah platform kandungan premium khusus untuk membawa penyokong melihat dengan lebih dekat kehidupan dan perjalanan Harimau Selatan di belakang tabir.Menurut hantaran laman media sosial Johor Southern Tigers, kandungan premium pertama platform berkenaan adalah Untamed, dokumentari berdurasi 76 minit yang bakal ditayangkan secara eksklusif menerusi JDT+ pada 22 Oktober 2026.Platform berasaskan langganan itu turut dijangka menawarkan pelbagai kandungan lain kepada penyokong JDT dari semasa ke semasa.Selepas Untamed, JDT+ akan menampilkan Outbound, siri dokumentari tahunan yang mengikuti perjalanan JDT dalam saingan AFC Champions League Elite.Ketua Pegawai Eksekutif JDT, Luis Garcia berkata, pelancaran JDT+ merupakan satu lagi
    2,480181211421Открыть в Telegram
  • Mynewshub

    22 сент., 07:12

    IPS Tidak Perlu 30% Ekuiti Bumiputera: Siapa Sebenarnya Yang Hadir Sesi Perbincangan Tersebut? - Ivone LowOleh MynewshubKUALA LUMPUR - Ketua Beliawanis MCA, Ivone Low Yi Wen mempersoalkan percanggahan kenyataan antara Kementerian Pendidikan (KPM) dan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) berhubung syarat pemilikan 30 peratus ekuiti Bumiputera bagi institusi pendidikan swasta (IPS)Menerusi hantaran di media sosial, Ivone Low membangkitkan persoalan selepas KPM pada 21 September menyatakan keputusan tidak lagi menetapkan syarat pemilikan sekurang-kurangnya 30 peratus ekuiti Bumiputera dibuat susulan sesi perbincangan antara KPM dan MITI.Bagaimanapun, MITI pula hari ini menjelaskan kementerian itu tidak mempunyai makluman mengenai penyelarasan syarat pemilikan IPS berkenaan.Perbezaan kenyataan kedua-dua kementerian itu menyebabkan Ivone Low mempersoalkan pihak
    2,780185431Открыть в Telegram
  • Mynewshub

    22 сент., 07:00

    Jangan Hancurkan Penyatuan Ummah Kerana Berebut Kerusi PRU16 - MuqharabbinOleh MynewshubKUALA LUMPUR - Bekas Ketua Bahagian Bersatu Lembah Pantai yang kini menyertai PAS, Datuk Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin mengingatkan parti-parti yang membawa agenda penyatuan ummah supaya tidak merosakkan usaha berkenaan hanya kerana perebutan kerusi menjelang Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16)Beliau berkata, rundingan mengenai pembahagian kerusi perlu dilakukan dengan penuh akhlak dan persefahaman, termasuk kesediaan bertolak ansur antara parti yang mempunyai kekuatan berbeza.“Perbezaan boleh dibincangkan. Kerusi boleh dirunding. Yang penting, jangan sampai perselisihan sesama sendiri merugikan semua pihak,” katanya menerusi hantaran di media sosial.Muqharabbin turut mengingatkan pemimpin parti supaya tidak terlalu yakin mampu bergerak secara solo atau masing-masing mahu menjadi calon tanpa
    2,5404563221Открыть в Telegram
  • Mynewshub

    22 сент., 05:50

    PAID REVIEW/IKLAN BERBAYAR DENGAN HARGA MURAH.SESIAPA YG BERMINAT NK IKLANKAN BISNES ATAU PRODUK ANDA DI MYNEWSHUB? TEKAN LINK TERTERA.https://wasap.my/60129867109/iklan
    2,570221Открыть в Telegram
  • Mynewshub

    22 сент., 05:39

    Isu 30 Peratus Ekuiti Bumiputera IPS - Satu Kapal, Dua KompasOleh MynewshubDUA kementerian dalam kerajaan yang sama tampil dengan kenyataan yang tidak sehaluan mengenai isu 30 peratus ekuiti Bumiputera bagi institusi pendidikan swasta (IPS)Semalam KPM menyatakan syarat itu tidak lagi ditetapkan selepas mengambil maklum pandangan dan mengadakan perbincangan dengan MITI.Belum sempat habis orang ramai menghadam kontroversi tersebut, hari ini MITI tampil dengan kenyataan menafikan terlibat dalam membuat keputusan tersebut.Ini dinamakan malapetaka apabila satu kapal, dua kompas. Satu kompas ke kanan, satu lagi kompas ke kiri bikin anak kapal pening.Sebuah kementerian yang diterajui Pakatan Harapan (PH) dengan agenda yang semua sedia maklum.Satu lagi kementerian dipimpin Barisan Nasional (BN) dengan agenda Bumiputera yang juga semua sedia maklum.Dalam keadaan beginilah hujah
    2,490297321Открыть в Telegram
  • Mynewshub

    22 сент., 05:39

    MITI Nafi Terlibat Keputusan Gugur Syarat 30% Ekuiti Bumiputera Bagi IPS Seperti Didakwa KPMOleh MynewshubKUALA LUMPUR - Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) menjelaskan pihaknya tidak mempunyai maklumat berhubung isu pelarasan syarat pemilikan ekuiti Bumiputera bagi institusi pendidikan swasta (IPS) di bawah Kementerian Pendidikan (KPM)Penjelasan itu dibuat hari ini susulan kenyataan media KPM bertarikh 21 September 2026 yang menyatakan syarat pemilikan sekurang-kurangnya 30 peratus ekuiti Bumiputera tidak lagi ditetapkan kepada syarikat sendirian berhad yang mengoperasikan IPS.Kenyataan KPM sebelum ini menyebut keputusan berkenaan dibuat selepas mengambil maklum pandangan yang dibangkitkan serta mengadakan perbincangan dengan MITI.Bagaimanapun, MITI dalam kenyataan menegaskan, kementerian itu tidak mempunyai maklumat mengenai perkara tersebut.“MITI ingin
    2,3902922111Открыть в Telegram
Скачать ряд в CSV
Бот обратной связи для своего канала — бесплатно

Подписчики пишут боту, вы отвечаете реплаем, ваш аккаунт скрыт. Создаётся в одно касание.

Как это работает →
Создать бота