Последние посты
Oh! Media
22 сент., 12:18
Tular di media sosial perkongsian seorang gadis yang menyentuh hati ramai apabila bapanya yang baru kehilangan pekerjaan tetap menghulurkan RM15 sebagai hadiah hari lahirnya.Lebih membuatkan dia sebak, bapanya turut memohon maaf kerana hanya mampu memberi sedikit, sambil menitipkan pesanan supaya dia terus belajar bersungguh-sungguh dan menjadi anak yang membanggakan arwah ibunya.Kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah sepanjang masa.Oh! Media
22 сент., 10:37
Tular di media sosial perkongsian seorang pekerja yang berkongsi pengalaman menjalani program 'team building' syarikatnya dengan konsep ala kem tentera di Kem Tun Ibrahim RAD 31 Artillery, Kajang.Menurutnya, program tersebut bukan sekadar aktiviti santai, sebaliknya benar-benar menguji mental dan fizikal apabila para peserta perlu melalui pelbagai cabaran yang dikendalikan anggota tentera.Psst! Korang suka tak kalau company korang buat team building macam ni? 😆Oh! Media
22 сент., 07:16изменён
Terkini ‼️Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh mengumumkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka akan dibubarkan secara rasmi berkuat kuasa esok bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN).Beliau berkata, keputusan itu dibuat selepas mendapat persetujuan Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Dr Mohd Ali Mohd Rustam.Oh! Media
22 сент., 05:44
Bayi lelaki yang mencuri perhatian ramai selepas ibunya mengalami tanda-tanda hendak bersalin ketika berada di MAHA 2026 kini diberi nama Ahmad Madani dan turut dikenali sebagai ‘Baby MAHA’.Kisah kelahirannya menjadi antara momen unik penuh kenangan sepanjang penganjuran acara tersebut.Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu turut meluangkan masa menziarahi keluarga tersebut serta menyampaikan cenderahati dan sumbangan sebagai tanda ingatan.Oh! Media
22 сент., 04:46
Seorang guru tersentuh apabila menerima nota daripada murid lelaki Tingkatan Dua yang menegurnya secara baik supaya lebih menjaga aurat ketika mengajar.Murid itu memilih menulis surat kerana malu untuk menegur secara bersemuka, malah turut menjelaskan teguran dibuat kerana sayang dan mahu mengingatkan gurunya.Guru berkenaan menerima nasihat itu dengan hati terbuka dan menganggapnya sebagai satu teguran kecil yang cukup bermakna.#ohmedia #saOh! Media
22 сент., 03:40
Penyanyi rap dan aktivis, Caprice memuji penganjuran Ride Dakwah Anak Muda yang berjaya menarik puluhan ribu peserta untuk mendekati ilmu Islam.Namun, dia kurang bersetuju dengan tindakan seorang TikToker yang disifatkan bergurau secara keterlaluan di hadapan ustaz dan orang ramai.Menurutnya, gurauan tetap perlu menjaga adab dan rasa hormat, terutama dalam majlis ilmu.#ohmedia #saOh! Media
22 сент., 02:43
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mencuri perhatian ramai apabila beliau berkongsi kembali gambar kenangan ketika menjalani hukuman di Penjara Sungai Buloh.Menerusi perkongsian tersebut, beliau mengimbau detik bertemu ahli keluarga di sebalik kaca dan hanya dapat berkomunikasi menggunakan telefon.Beliau menyifatkan pengalaman itu sebagai satu momen yang sukar dilupakan dan kekal dalam ingatan.Oh! Media
21 сент., 11:27
Selebriti popular, Neelofa berkongsi perjalanan untuk mendapatkan zuriat ketiga mengambil masa hampir setahun dan tidak semudah dua kehamilan sebelumnya.Sepanjang tempoh itu, dia mencuba pelbagai usaha dan rawatan, malah sudah bersedia untuk menjalani IVF sekiranya masih belum hamil menjelang Januari.Selepas hampir setahun menanti, Neelofa akhirnya menerima khabar gembira apabila disahkan hamil kira-kira dua minggu selepas pulang daripada menunaikan umrah.Oh! Media
21 сент., 09:23
Kutipan Tabung Solidariti Najib terus menunjukkan peningkatan apabila dilaporkan menerima tambahan sekitar RM40,000 hingga RM50,000 setiap jam sejak dilancarkan.Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki menjangkakan kutipan tabung tersebut mampu mencecah RM2 juta hari ini.“Saya menjangkakan hari ini kita akan mencecah RM2 juta. Cepat, setiap jam itu (kutipan) RM40,000 hingga RM50,000 penambahan."Oh! Media
21 сент., 06:52
Jabatan Penjara Malaysia menafikan dakwaan penyanyi dan komposer, Muhammad Yasin Sulaiman bahawa banduan mudah untuk mendapatkan bekalan bahan terlarang ketika berada di dalam penjara.Pengarah Kanan Bahagian Dasar Kepenjaraan, Komisioner Penjara Mohamad Rosidek Musa berkata, pihaknya mempunyai prosedur operasi standard (SOP) serta kawalan ketat bagi membendung kemasukan dan peredaran bahan terlarang di dalam penjara."Kita akui ada perkara mungkin berlaku, tetapi tidak seperti yang didakwa."Oh! Media
21 сент., 03:26
Datin Seri Rosmah Mansor meluahkan rasa terharu apabila ramai kenalan dan sahabat tampil memberi sokongan serta menyumbang menerusi Tabung Solidariti Najib Razak bagi membantu melunaskan denda RM50 juta.Menurut beliau, sokongan bukan sahaja diterima dari dalam negara, malah turut datang daripada kenalan di Brunei, Itali, Singapura dan Kanada."Hari ini, saya sedar siapa sahabat yang sentiasa bersama kami ketika susah dan senang."Oh! Media
18 сент., 08:13
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan pengampunan bersyarat yang membolehkan Datuk Seri Najib Razak menjalani baki hukuman secara tahanan rumah tidak mengubah pendirian kerajaan dalam memerangi rasuah dan salah guna kuasa.Menurut laporan Berita Harian, beliau berkata, semua kes rasuah termasuk kes melibatkan Najib yang masih berjalan perlu diteruskan mengikut proses dan landasan undang-undang.Oh! Media
18 сент., 06:09
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menzahirkan penghargaan kepada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim atas keputusan yang membolehkan Datuk Seri Najib Razak menjalani baki hukuman menerusi tahanan rumah.Dalam masa sama, UMNO turut mengambil inisiatif melancarkan Tabung Sumbangan bagi membantu Najib melunaskan denda RM50 juta yang dikenakan terhadapnya.Oh! Media
18 сент., 04:39
Terkini ‼️Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan memberikan pengampunan bersyarat kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk menjalani baki hukuman secara tahanan di rumah sehingga 23 Ogos 2028.Bagaimanapun, pengampunan bersyarat itu tertakluk kepada pembayaran denda sebanyak RM50 juta.Sekiranya beliau tidak mematuhi mana-mana syarat-syarat, pengampunan bersyarat itu akan terbatal dan beliau perlu kembali menjalani baki hukuman di penjara.Oh! Media
18 сент., 03:10
Seorang lelaki berusia 25 tahun dari Selangor, James, menjadi individu pertama beratur di Apple Store TRX seawal jam 4.30 pagi demi mendapatkan iPhone 18 Pro Max.James juga berkongsi beliau membeli iPhone keluaran terbaru ini untuk menggantikan iPhone 11 lamanya yang telah digunakan selama hampir tujuh tahun.Psst! James tak FOMO, James tahu bila perlu tukar, jadilah seperti James 😎🤝Oh! Media
17 сент., 07:44
Pelakon Abby Abadi menitipkan ucapan sempena ulang tahun kelahiran anak bongsunya, Maria Danisha Hakim yang ke-18 dengan luahan penuh emosi dan rasa terkilan sebagai seorang ibu.Abby mengakui berat hati untuk menulis ucapan tersebut kerana terlalu terluka dan kecil hati dengan apa yang berlaku antara mereka.Dalam luahan tersebut, Abby mengenang pengorbanannya membesarkan anak-anak sejak kecil, termasuk ketika melalui pelbagai cabaran dalam kehidupan dan rumah tangga.Oh! Media
17 сент., 04:14изменён
Tular di media sosial perkongsian seorang rakyat Malaysia yang berada di Pontianak, Kalimantan Barat apabila dia menunjukkan keadaan jerebu yang begitu tebal sehingga suasana sekeliling kelihatan suram dan berwarna kemerahan.Menurutnya, bacaan IPU di kawasan berkenaan didakwa mencecah 980, malah sebelum itu pernah berada pada paras lebih tinggi iaitu sekitar 2,000.Oh! Media
17 сент., 03:00
Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun menyifatkan tindakan barisan Exco negeri mengumumkan penurunan takhta Tuanku Muhriz Tuanku Munawir sebagai sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan merupakan satu perbuatan derhaka.Menurut beliau, Exco negeri tidak mempunyai kuasa untuk membuat sebarang keputusan berhubung kedudukan Tuanku Muhriz berdasarkan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan (UUTKNS).Beliau turut menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan sewajarnya mengikut undang-undang terhadap setiap Exco yang terlibat.Oh! Media
16 сент., 08:00изменён
Tular di media sosial kisah inspirasi seorang wanita Malaysia, Nur Zahirah Khairudin, yang berjaya bergelar peguam di New Zealand meskipun perjalanan hidupnya penuh dengan cabaran.Sebelum ini, Nur Zahirah pernah bekerja sambilan sebagai tukang cuci di sebuah motel, selain membantu keluarganya membuat dan menjual kuih bagi menampung kos sara hidup.Lebih membanggakan, beliau kini bukan sahaja bakal memulakan kerjaya di sebuah firma guaman di Auckland, malah merupakan satu-satunya wanita Malaysia dan Muslim berhijab yang berada dalam kedudukan tersebut di New Zealand.Oh! Media
16 сент., 05:22
Pendakwah bebas, PU Rahmat memaklumkan keadaan di Makkah masih terkawal selepas pertahanan udara Arab Saudi berjaya memintas dan memusnahkan sebuah dron berhampiran kota suci itu.Menurut beliau, jemaah umrah masih dapat meneruskan ibadah seperti biasa dan suasana di sana kekal tenang.Beliau turut mengingatkan orang ramai supaya tidak menyentuh sebarang serpihan atau sisa yang ditemui susulan kejadian itu.
Подписчики пишут боту, вы отвечаете реплаем, ваш аккаунт скрыт. Создаётся в одно касание.
Как это работает →