gram news
Аватар канала Pertubuhan Raudhah Rizq

Pertubuhan Raudhah Rizq

@praudhahrizq

Pertubuhan Raudhah Rizq adalah satu organisasi yang di tubuhkan untuk pembangunan ummah. Memberi bantuan dari segi kewangan dan keperluan buat masyarakat yang memerlukan. Terutamanya masyarakat di Sab

ПроектыID

352подписчиков

Открыть канал

Последние посты

  • Pertubuhan Raudhah Rizq

    2 июн. 2023 г., 02:32

    Bangkit Dari Kejatuhan"Orang yang paling kuat bukan mereka yang selalu menang, tetapi orang yang tetap kuat Dan boleh bangkit selepas kejatuhan"Kita selalu dengar ayat seperti ini. Lebih lebih lagi kepada mereka yang tengah diuji kerana mereka memerlukan kata-kata hikmat dan nasihat untuk bangkit semula dari kejatuhan itu.Bukan senang untuk bangkit Dari Kejatuhan dan ujian dalam kehidupan. Kerana ianya berbeza bergantung kepada setiap individu.Tapi, ingatlah bahawa Allah tidak pernah memberi ujian yang kita tidak mampu hadapi walaupun kita merasakan ujian itu amat berat dan tak mampu. Sesungguhnya Allah yang lagi Maha Mengetahui akan keadaan hambaNya.Hidup ini memang keras dan mencabar kerana untuk masuk Syurga Allah itu bukan percuma, perlu dibayar dengan air mata, keringat, usaha, duit, masa dan segalanya dalam melaksanakan perintah Allah.Ayuhla kita terus kuat dalam
  • Pertubuhan Raudhah Rizq

    21 апр. 2023 г., 11:21

    Salam Aidilfitri Maaf Zahir & Batin dari Pertubuhan Raudhah Rizq. Moga setiap amalan kita sepanjang bulan ramadan ini diterima dan diberkati. Amin..
  • Pertubuhan Raudhah Rizq

    20 апр. 2023 г., 09:00

    AMALAN DI AKHIR RAMADANAlhamdulillah, kita sudah berada di penghujung Ramadan, bulan di mana amalan kita dilipatgandakan dan bulan yang penuh berkah ini. Ramai yang sibuk dengan persiapan memasak, mengemas, beli baju raya dan sebagainya. Tapi, jangan kita lupa, Kita masih berada di Bulan Ramadan yang penuh kemuliaan ini.Jadi, jangan lupa untuk terus tingkatkan ibadah dan bersedekah sebanyak mungkin kerana kita tak tahu adakah kita masih dapat bertemu pada Ramadan yang akan datang.Oleh itu, pastikan kita akhiri Ramadan kita dengan perkara-perkara baik seperti solat sunat, membaca Al-Quran serta bersedekah sebanyak mungkin. Semoga Allah terima segala amalan dan sedekah kita sepanjang Ramadan ini.Jom ajak juga adik beradik kita, saudara mara kita, jiran-jiran kita dan kawan-kawan kita supaya tidak terlepas peluang ganjaran besar ramadan !!—————— Baikpulih Masjid Pedalaman : ezy.la
  • Pertubuhan Raudhah Rizq

    8 апр. 2023 г., 00:33

    Salam Nuzul Al-QuranSehingga kini, satu-satunya mukjizat Nabi Muhammad yang berkekalan hatta sehingga hari kiamat adalah al-Quran. Ianya merupakan Kalam Ilahi yang mana menjadi panduan kehidupan menyeluruh umat Islam dari pelbagai aspek dunia dan akhirat.Nuzul yang juga bermaksud Penurunan Al-Quran adalah bertujuan bagi memberikan petunjuk dan menjadi panduan agar manusia dapat membezakan antara haq dan batil. Ianya satu-satunya jalan kearah kebahagiaan di dunia dan akhirat.Kita harus mengambil inspirasi dari Nuzul Al-Quran untuk terus belajar, meningkatkan pengetahuan dan pemahaman kita tentang agama, serta mengaplikasikan nilai-nilai suci dalam kehidupan sehari-hari kita.SEDEKAH JUMAAT RAMADAN ——Projek Pembelian Van Jenazah : ezy.la/VanJenazah (MY) yup.la/VanJenazahSabah (SG)
  • Pertubuhan Raudhah Rizq

    22 мар. 2023 г., 11:48

    Alhamdulillah syukur kita diizinkan bertemu semula dengan bulan mulia bulan Ramadan. Jadi apalagi? Jom lipatgandakan amalan kita 🥰
  • Pertubuhan Raudhah Rizq

    18 мар. 2023 г., 15:14

  • Pertubuhan Raudhah Rizq

    18 мар. 2023 г., 15:13

    HADIAH BUAT PENDERMA E-Book : 30 Hari Kembara RamadanDownload sekarang dibawah ini atau melalui link ini, ezy.la/DownloadEbook 💪🏼
  • Pertubuhan Raudhah Rizq

    6 мар. 2023 г., 22:31

    Syurga atau Neraka?Agak-agak kalau ada yang tanya kita, apa pilihan kita? Rata-rata akan jawab nak masuk syurga kan? Hatta orang jahat sekalipun nak masuk syurga kerana takutnya akan azab api neraka jahanam.Jangan kita ingat orang yang jahat itu tiada harapan untuk masuk syurga kerana jika di sempat bertaubat dan Allah redha akannya, inshaAllah boleh masuk ke syurga.Jangan juga kita ingat orang yang baik akan masuk syurga kerana kita tak tahu niat sebenar dan pengakhiran hidupnya jua.Yang pasti, pengakhiran hidup serta Redha Allah itu yang utama. Oleh itu, buatlah sekecil-kecil amal kebaikan kerana kita tak tahu, amalan mana yang Allah redha akan kita.Jom sedekah : yup.la/TabungMasjid
  • Pertubuhan Raudhah Rizq

    6 мар. 2023 г., 12:30

  • Pertubuhan Raudhah Rizq

    23 февр. 2023 г., 22:38изменён

    Keperluan Van Jenazah Sangat MendesakVan sangat diperlukan diperkampungan ini, ini kerana van jenazah tersebut bukan hanya akan digunakan oleh penduduk KG Suang Punggor sahaja malah akan dikongsi juga dengan perkampungan-perkampungan berdekatan yang lain.Link Video : https://youtu.be/t-rmpBgWsT8Mari tengok video khas oleh Cikgu Patong (Pengerusi Jawatankuasa Masjid Haji Osman) yang menceritakan serba sedikit permasalahan yang berlaku dikampung tersebut.Derma dari Malaysia : ezy.la/VanJenazah Derma dari Singapore : yup.la/VanJenazahSabah
  • Pertubuhan Raudhah Rizq

    20 февр. 2023 г., 04:51

    Moga dipermudahkan segalanya, amin 🥰
  • Pertubuhan Raudhah Rizq

    16 февр. 2023 г., 21:12

    Soalan : Kisah Israk Mi’raj adakah palsu kerana menzahirkan kelemahan nabi. Nabi SAW perlu mengikut kata Nabi Musa sampai dikurangkan jumlah solat dari 50 kepada 5. Kenapa tidak terus jalankan perintah seperti Nabi Ibrahim yang diperintahkan untuk sembelih anaknya, Nabi Ibrahim laksanakan tanpa banyak soal mahupun minta pengurangan daripada Allah.Jawapan : Pada zahirnya kisah ini seakan-akan menampakkan kelemahan Nabi SAW kerana tidak menjalankan terus apa yang telah diperintahkan. Di tambah pula Baginda terus merujuk kepada Nabi Musa.Tidak seperti Nabi Ibrahim dan anaknya yang tidak banyak mempersoalkan apatahlagi meminta pengurangan daripada perintah yang telah ditetapkan seperti mana dakwaan sesetengah pihak lalu menjadikan alasan ini untuk memalsukan kisah berkenaan Israk dan Mi’raj.Namun begitu, dakwaan yang dilakukan oleh sebahagian pihak tersebut adalah satu dakwaan yang
  • Pertubuhan Raudhah Rizq

    9 февр. 2023 г., 23:25

    Kita Permudahkan Urusan Orang Lain, Allah akan Permudahkan Urusan KitaKami menyeru agar kita semua bersama-sama menyumbang untuk pembelian van jenazah ini dengan tujuan untuk kegunaan masyarakat sekitar apabila berlaku kematian. Kegunaan van jenazah ini dikawasan pedalaman kota belud Sabah, terdapat lebih dari 5 perkampungan akan berkongsi menggunakan van ini dengan baik.Ayuh kita sama-sama ringankan beban penduduk-penduduk kampung disini. Bayangkan berapa ramai keluarga keluarga yang kita dapat bantu, alhamdulillah.. InsyaAllah penggunaan van akan diguna dalam jangka masa yang panjang dan moga sepanjang masa itu, mengalir-ngalir saham pahala buat kita semua secara berterusan. Amin.Derma dari Malaysia : ezy.la/VanJenazah Derma dari Singapore : yup.la/VanJenazahSabah
  • Pertubuhan Raudhah Rizq

    2 февр. 2023 г., 23:14

    Update : Video ini memaparkan progress terkini Projek Baikpulih Masjid Pedalaman Sabah. Jom sama-sama menonton, dan teruskan menyumbang bagi kelancaran projek ini.Terima kasih kepada tuan/puan yang selama ini bersama-sama kami membaiki masjid ini, moga dengan usaha kecil kita ini menjadi saham akhirat buat kita kelak. Amin..Link Video : https://youtu.be/U19Ij6BleIoBagi yang ingin menderma, boleh klik ini ezy.la/TabungMasjid
  • Pertubuhan Raudhah Rizq

    26 янв. 2023 г., 21:30

    BAIKPULIH MASJID FASA 4Alhamdulillah, sedar tak sedar sudah ke Fasa 4 projek baikpulih masjid dipedalaman Sabah ini berjalan. Masjid kini makin tersergam indah dan makin ramai penduduk sekitar mula beribadah di masjid. Terima kasih tak terhingga buat penderma-penderma selama ini, moga mengalir-ngalir saham akhirat buat kita selagi mana masjid ini digunakan. Amin.Namun begitu, masjid masih lagi memerlukan dana dek kerana Jemaah kerapa melihat anjing memasuki Kawasan masjid. Pagar sedia ada dikeliling masjid perlu dibina semula kepada pagar yang lebih selamat dan sangat sukar untuk binatang2 seperti anjing untuk memasuki lagi masjid. Percayalah, kebersihan masjid dapat dijaga malahan keselamatan para jemaah pun lebih terjaga.Ayuh sama-sama kita bantu masjid ini : yup.la/TabungMasjid
  • Pertubuhan Raudhah Rizq

    20 янв. 2023 г., 21:30

    TANAH INI AKAN DIBINA SURAU PERTAMA DI KAMPUNG INIKampung Suang Kina sebuah kampung yang berada dipedalaman Kota Belud, Sabah. Sebuah perkampungan majoriti penduduknya Islam namun didapati pusat kegiatan agama masih tiada, masjid yang agak jauh dari kampung juga menyukarkan penduduk kampung ini untuk kesana. Sehinggakan ada yang sudah tua, terpaksa berjalan jauh ke masjid.Sebelum ini terdapat satu tempat yang dijadikan sebagai "surau", namun waris kepada tanah tersebut menuntut semula tempat tersebut. Jadi kini tiada lagi tempat untuk penduduk berkumpul mendalami ilmu agama dan beribadah. Disebabkan itu penduduk kampung amat terdesak untuk membeli tanah ini dan dibina surau yang lebih baik.Percayalah, tanah ini akan menjadi saksi penyebaran ilmu Islam dikampung ini, insyaAllah. Selagi tanah ini dimanfaatkan, selagi itu mengalir-ngalir saham bekalan akhirat kita.Jom menjadi
  • Pertubuhan Raudhah Rizq

    20 янв. 2023 г., 04:32

    KELUARGA BAHAGIA HINGGA KE SYURGAKeluarga bahagia merupakan impian semua orang seperti suami yang soleh, Ibu yang penyayang dan Anak-anak yang mendengar kata.Peranan ibu bapa sangat penting dalam menjadikan sebuah keluarga yang bahagia di Dunia hingga ke Syurga seperti:1. Menjaga solat 2. Jadikan Al-Quran & ceramah agama sebagai hiburan di rumah 3. Sentiasa mengingati Allah 4. Makan bersama 5. Saling hormat-menghormati 6. Saling memaafkan & melupakan kesalahan yang lalu 7. Bertolak-ansur. 8.Kurangkan penggunaan gajet semasa bersama keluargaSemoga ikatan kekeluargaan dan kebahagiaan setiap keluarga berkekalan hingga ke syurgaSedekah Jumaat : ezy.la/TabungMasjid
  • Pertubuhan Raudhah Rizq

    18 янв. 2023 г., 12:30

    KELAS TAKMIR BUAT PENDUDUK PEDALAMAN KOTA BELUDPeranan Kelas Takmir di Masjid Haji Osman ini adalah suatu usaha berterusan ke arah mengembangkan Islam kepada penduduk kampung dalam menghayati sunnah Rasulullah S.A.W dalam kehidupan mereka serta mengamalkan untuk mencapai kebahagian di dunia dan akhirat.Kelas Takmir sangat penting dan sekali gus memartabatkan peranan institusi masjid dalam penyebaran ilmu Islam.Jom wakaf baikpulih masjid : ezy.la/TabungMasjid
  • Pertubuhan Raudhah Rizq

    17 янв. 2023 г., 08:39

    PENDUDUK KAMPUNG HADAPI KESUKARAN TIAP KALI BILA BERLAKU KEMATIANTerpaksa menyewa lori atau van pickup untuk membawa jenazah, namun ia bukanlah penyelesaian yang baik kerana adakala pemilik lori atau van pickup tersebut juga sibuk dengan komitmen masing-masing. Sehinggakan adakala jenazah terpaksa menunggu sehingga kenderaan tersebut sampai.Baca selanjutnya disini : ezy.la/VanJenazah
  • Pertubuhan Raudhah Rizq

    17 янв. 2023 г., 05:29

    KASIH AYAH TIADA GALANG GANTINYATerima kasih ayah di atas segala penat lelah mencari rezeki untuk keluarga kitaTerima kasih ayah kerana tidak pernah mengeluh dan tidak berputus asa demi kesenangan anak-anakmu ini.Terima kasih ayah kerana dengan tegas mengajar anak-anakmu ini menjadi insan yang berguna.Terima kasih ayah untuk segalanya.Tidak terbalas segala jasa dan keringat ayah untuk anak-anakmu ini.Walaupun engkau tidak menzahirkan dengan kata-kata mahupun sentuhan, tetapi didikan dan jasa Ayah membuktikan bahawa kasih dan cintanya kepada anak-anaknya tidak terhingga.Ya Allah, ampunkan dosa Ayah kami, permudahkan lah urusan Ayah kami, Murahkanlah rezeki Ayah kami, Berilah rahmatmu kepada Ayah kami.Jangan kita lupa jasa Ayah yang banyak berkorban dan berpenat lelah mencari rezeki buat kita.Bagi yang sudah tidak mempunyai Ayah, sedekahkan Al Fatihah buat mereka dan
Скачать ряд в CSV
Бот обратной связи для своего канала — бесплатно

Подписчики пишут боту, вы отвечаете реплаем, ваш аккаунт скрыт. Создаётся в одно касание.

Как это работает →
Создать бота