gram news
Аватар канала Panduan Telegram

Panduan Telegram

@telegramtipsms

Telegram memperjuangkan kebebasan dan privasi, dan mempunyai banyak ciri-ciri mudah diguna.

ПроектыENПро Telegram

31,917подписчиков

Открыть канал

Последние посты

  • Panduan Telegram

    30 авг., 20:45

    Mesej Aluan. Pemilik grup dan saluran boleh cipta mesej untuk mengalukan ahli baru dan beri mereka informasi ekstra.Mesej aluan hanya boleh dilihat oleh setiap ahli baru – dan boleh mengandungi media, pemformatan kaya dan lagi.Untuk tambah mesej aluan di grup atau saluran anda, buka profilnya dan pilih Sunting > Mesej Aluan.
  • Panduan Telegram

    20 авг., 19:59

    Komuniti Telegram. Beberapa grup, saluran dan bot boleh dilink bersama dalam satu komuniti, di mana ahli boleh lihat dan sertai bual lain secara segera.Pentadbir dalam komuniti ada kawalan privasi terperinci yang membolehkan mereka untuk sorok bual tertentu dan kawal sama ada ahli boleh tambah bual baru atau hanya pentadbir.Komuniti menjimatkan ruang dalam senarai bual anda — anda boleh togel sama ada ia dipapar secara bual berasingan atau satu bual yang akan dikembangkan bila dibuka.
  • Panduan Telegram

    20 авг., 19:58изменён

    ⭐️ Editor Teks Kaya. Anda boleh cipta artikel dan pos panjang melebihi 32,000 aksara dalam editor visual yang menyokong berdozen opsyen pemformatan seperti jadual, senarai, media di talian dan lagi.Editor juga membolehkan anda menjana teks dan pemformatan mengguna alat AI yang peka privasi.
  • Panduan Telegram

    19 июл., 07:31изменён

    Pentadbir AI untuk Grup. Grup boleh tambah bot AI sebagai pentadbir untuk proses permohonan sertai dengan ciri unik seperti sokongan kapca.
  • Panduan Telegram

    19 июл., 07:30

    Pemformatan Teks Kaya untuk Bot. Bot Telegram dan ajen AI ada akses kepada hampir 100 format teks – seperti tajuk, jadual, matematik atau pemformatan kod dan lagi.Informasi untuk juruprogram tersedia di sini.
  • Panduan Telegram

    19 июл., 07:28

    Aplikasi Jam. Telegram juga tersedia pada jam pintar pada Apple dan Android.Aplikasi jam membolehkan anda kirim mesej, urus bual anda dan lagi tanpa memerlukan fon berhampiran.
  • Panduan Telegram

    27 мая, 15:34изменён

    Gaya AI Tersuai. Editor teks membolehkan sesiapa guna gesaan mereka sendiri untuk bina gaya unik.Setiap gaya tersuai ada link boleh dikongsi agar pengguna lain boleh pra lihat gaya dan tambahnya ke editor mereka.Untuk bina gaya AI anda sendiri, tekan butang 'Cipta' dalam tab Gaya pada editor.
  • Panduan Telegram

    27 мая, 15:29изменён

    Benang dan Teks Penstriman untuk Bot. Bot Telegram dan ajen AI sokong perbualan berbenang untuk urus beberapa topik dalam masa yang sama.Bot juga boleh strim teks ketika ia dijana – untuk kirim respon secara langsung.
  • Panduan Telegram

    21 мая, 04:53

    Automasi Bual dalam Profil. Setiap pengguna Telegram boleh hubung bot ke profil mereka – dan biarkan – respon ke mesej bagi pihak mereka.Anda kawal bot setiausaha anda dengan permisi terperinci – seperti hanya membalas bual baru atau bukan kenalan.Untuk hubung bot ke profil anda, pergi ke Tetapan > Sunting > Automasi Bual.
  • Panduan Telegram

    20 мая, 03:32

    Komunikasi Bot ke Bot. Bot dapat respon pada bot lain, selain dari koman pengguna.Peminat AI boleh guna ini untuk cipta aliran kerja tersuai dengan ejen autonomi.Informasi lanjut untuk juruprogram ada tersedia di sini.
  • Panduan Telegram

    19 мая, 04:44

    Bot Tamu. Bot Telegram boleh diakses secara terus dalam grup dan bual 1 dengan 1 untuk jawab soalan dan lakukan tugas.Untuk seru bot yang sokong ciri ini, hanya letak @username nya dalam mesej anda.Bot Tamu hanya ada akses ke mesej tertentu di mana mereka ditag dan mana-mana balasan kepadanya. Bot ini tak boleh lihat pengguna mana berada dalam bualUntuk daya Mod Tamu, juruprogram bot boleh guna panduan ini.
  • Panduan Telegram

    19 апр., 00:58изменён

    Foto Langsung dan Bergerak. Pengguna Android dan iOS boleh kirim imej beranimasi dari galeri mereka – yang boleh dilihat dalam setiap aplikasi.Tekan ikon Langsung/Bergerak ⭕️ dalam editor media dan pilih satu dari 3 gaya main balik: • Main langsung foto sekali • Main gelung secara berterusan • Main lantunan ke depan dan belakang
  • Panduan Telegram

    19 апр., 00:55

    Undian. Dalam grup atau saluran, anda boleh cipta undian untuk buat keputusan atau dapatkan maklum balas komuniti.Undian membolehkan anda: • Lampir foto, video, stiker dan lokasi ke setiap opsyen • Set tempoh tertentu • Cipta kuiz dengan jawapan betulAnda boleh sesuaikan undian anda dengan beberapa tetapan untuk: • Tunjuk siapa undi untuk setiap opsyen • Pilih beberapa opsyen bila mengundi • Benarkan pengguna untuk tambah opsyen baru • Biarkan pengguna tukar undian mereka • Ubah susunan opsyen • Sorok keputusan undian hingga tamat tempoh
  • Panduan Telegram

    19 апр., 00:23изменён

    Editor Teks AI. Bar mesej ada editor dalam apl yang boleh dengan serta merta baiki tatabahasa, terjemah teks anda atau tulis semula dengan beberapa gaya: 🤝 Formal 🎯 Short 🍖 Tribal 🗿 Zen 🕯 Biblical 💼 CorpEditor teks adalah 100% privat dan ada pilihan – dikuasai oleh Rangkaian AI Cocoon.Untuk buka editor, tekan ikon ✨ yang terpapar selepas menaip teks lebih dari 3 baris.
  • Panduan Telegram

    15 мар., 00:42

    Log Masuk Dengan Telegram. Anda boleh daftar dan log masuk ke aplikasi dan laman web mengguna Telegram anda hanya dengan beberapa tekanan.Cara ini membolehkan anda kongsi nombor anda untuk verifikasi mudah – dan anda boleh benarkan mesej dari servis untuk keselesaan notifikasi.Juruprogram boleh baca panduan terperinci kami untuk informasi lanjut.
  • Panduan Telegram

    14 мар., 15:44

    Pemformatan Tarikh. Opsyen performatan ‘Tarikh’ membolehkan anda set tarikh dan waktu tertentu untuk tambah acara ke kalendar atau set peringatan.15 Ogos jam 3:00 AM dengan secara automatik disesuaikan untuk setiap penerima tarikh dan masa tempatan.
  • Panduan Telegram

    10 мар., 23:24

    Kapsyen untuk GIF. Bila memilih GIF di panel GIF, anda boleh tambah kapsyen secara terus kepadanya, dan kirimnya semua sebagai satu mesej.GIF juga boleh disunting sebelum dikirim – untuk tambah teks, lukisan dan emoji atau untuk nipiskan GIF dan tukar panjangnya.Untuk tambah kapsyen atau sunting GIF, tekan lama di panel dan pilih ‘Sunting’.
  • Panduan Telegram

    7 мар., 21:50изменён

    ⭐️ Nyahdaya Berkongsi di Bual Privat. Pelanggan Telegram Premium kini boleh nyahdaya berkongsi dalam bual 1 lawan 1.Ini menghadkan memaju atau menyalin mesej dan mencegah ambil gambar skrin atau menyimpan media dari bual.Untuk nyahdaya berkongsi dalam bual, buka profil pengguna, tekan atau dan pilih ‘Nyahdaya Berkongsi’.
  • Panduan Telegram

    7 мар., 21:47

    Tag Ahli. Ahli dalam bual grup kini boleh tambah tag di sebelah nama mereka – untuk mengetengah peranan dan tunjuk minat mereka.Pentadbir pilih sama ada ahli grup boleh set tag mereka sendiri atau hanya pentadbir diberi kuasa. Tag untuk pentadbir grup mempunyai warna berlainan dari ahli.Untuk memboleh ahli set tag mereka dalam grup anda, sila ke Tetapan Grup > Permisi dan ON ‘Sunting Tag Sendiri’.
  • Panduan Telegram

    17 февр., 09:40

    Pengkrafan Hadiah. Koleksi hadiah boleh digabung untuk kraf versi eksklusif dengan kesan unik.Satu kraf boleh guna hingga 4 hadiah, dengan setiap satu menaikkan peluang untuk berjaya.Mengguna berbilang hadiah dengan sifat yang sama boleh menambah lebih peluang bagi sifat tersebut muncul dalam item akhir.