Latest posts

Inspirasi Resepi @ Rencah Rasa
13 Jul 2025, 07:18

2,640Open in Telegram
Inspirasi Resepi @ Rencah Rasa
13 Jul 2025, 07:18

2,580Open in Telegram
Inspirasi Resepi @ Rencah Rasa
13 Jul 2025, 07:18
Siapa Penguna Tiktok & Shoppe? Setiap Pembelian anda akan dapat cashback. Hanya Daftar percuma sahaja !!! Sistem Baru Lancar 5 Julai 2025.Nah install cepat Free Jer.... Berminat Boleh daftar Percuma Untuk dapatkan Cashback : https://s-my.movaofficial.com/zTcZ8mdrs6Siapa nak buat pasif income pun boleh PM.. cepat benda baru lancer!!. Ingin Jana Income Tambahan/Pasif income boleh wasap admin: https://wa.me/601119987695?text=JanaIncomeMovaMOVAMOVA OfficialTrusted Cashback Platform for Online Shopping2,440Open in Telegram
Inspirasi Resepi @ Rencah Rasa
7 Apr 2025, 01:04
Jom beli disini https://vt.tiktok.com/ZSrUBJccR/TikTokTikTok - Make Your DayTikTok - trends start here. On a device or on the web, viewers can watch and discover millions of personalized short videos. Download the app to get started.4,010Open in Telegram
Inspirasi Resepi @ Rencah Rasa
7 Apr 2025, 01:03

Inspirasi Resepi @ Rencah Rasa
14 Mar 2024, 16:36
RESEPI MURTABAK GORENG MUDAHBahan-bahan:✓ Kulit popia ✓ isi ayam/daging dicincang ✓ 3 biji kentang dipotong dadu ✓ 3 sudu makan rempah kari ✓ 1 ulas bawang putih ✓ 2 biji bawang besar dipotong dadu ✓ Daun sup ✓ Garam ✓ GulaCara memasak inti:1. Tumis bawang yang dipotong dadu2. Masukkan rempah kari dan masukkan sedikit air. Masak rempah hingga pecah minyak.
9,840Open in Telegram
Inspirasi Resepi @ Rencah Rasa
1 Mar 2024, 21:39
Sarapan untuk anak. Bancuh siap² & simpan dalam peti ais. Esok pagi tinggal tuang je. Guna resepi youtube Jamie Oliver.1 cawan tepung naik sendiri 1 cawan susu (dutch lady kotak) 1 biji telur secubit garamsaya asingkan telur kuning masuk ke dalam tepung & telur putih masuk dalam mangkuk kecil, pukul sampai jadi tanduk/stiff (saja ajak anak buat aktiviti sikit, hilangkan boring sikit).waffle ni lembut je walaupun dah lama kat luar... drive dalam kereta berjam² pun still lembut.kredit resepi: Ana Syafi

9,420Open in Telegram
Inspirasi Resepi @ Rencah Rasa
28 Feb 2024, 12:25
RESEPI SOMTAM MANGGA 🥭BAHAN-BAHAN :- 4 Biji Mangga - Udang kering - Bawang merah 1 biji - Cili padi 5 biji - Sos Cili ThailandCARA PENYEDIAAN :1. Mula sagat mangga terlebih dahulu dan masukkan udang kering.2. Campurkan bawang merah yang dipotong nipis nipis dan cili padi.3. Letakkan sos Thai ni. Lepastu gaul rata ye. Jangan letak gula dan garam dah. Sos ni semua cukup rasa dah.4. Siap di gaul. Simple kan☺️


8,390Open in Telegram
Inspirasi Resepi @ Rencah Rasa
25 Sept 2023, 04:26
Kalau kat kampung, aku pernah kena tegur dengan nenek sebab hidang nasi sejuk kt suami.Tak elok, macam tak hormat suami katanya.Kalau kat rumah pula aku kena tegur dengan suami sebab hidang nasi panas.Mak serba salah nyah! Hidup ini complicated 😆But, seriously. Laki aku takkan makan nasi panas sebab dia cakap nasi sejuk GI nya lebih rendah dan serat lebih tinggi.Aku macam blur sikit. Bila laki aku cakap, tak elok makan nasi panas2.Barulah aku pun...ooooooo ok!😁Kongsian Nadd Zamhari
14,400Open in Telegram
Inspirasi Resepi @ Rencah Rasa
15 Sept 2023, 10:39
Resepi Ayam kewpie viral khairulamingCara-cara Gaul ayam dengan sos kewpie Roasted sesame Tambah sos tiram dan black paper Add on mix Herb blend masuk minyak masak sikitbakar pada suhu 200 celcius selama 20 minit guna air fryer.kredit: ig khairulaming
13,200Open in Telegram
Inspirasi Resepi @ Rencah Rasa
1 Sept 2023, 11:48
Salam sek kiter! Sebelum ambe lupa nak kongsi!Tips dari seorang chef, 2 hari lepas pergi TMG, nampak akak ni nak amik enoki yang belah kiri, ambe dok sampai hati jadi ambe tegur dan kongsi ilmu dengan dia. . 1) nak pilih enoki, pilih yang mcm belah kanan, atasnya leper dan bukan macam belah kiri dah kecut dan kepala cendawan dah kembang masuk angin n air.2) bila picit- rasa mcm sepan basuh pinggan dan bukan rasa mcm lembik dan berair3) tengok warna yang belah kiri agak kekuningan, ambil yang masih cerah warnanya.4) cek vacumm pack dan pastikan tak masuk angin lagi.Harap ilmu ini dapat memberi manfaat kepada semua✌🏽 . kredit chef deedee
13,900Open in Telegram
Inspirasi Resepi @ Rencah Rasa
18 Aug 2023, 07:10
RESIPI SUP AYAM MAMAKBahan-bahan : Seekor ayam Sepeket kecil rempah sup( 25gm) 2 sudu besar rempah kurma 1 sudu besar serbuk kunyit 1 sudu besar lada hitam tumbuk 2 buku bawang merah 4 ulas bawang putih 2 inci halia 4 biji buah pelaga 2 biji bunga lawang 3 Akar ketumbar (satu sepanjang 3 inci) jangan ambil yg halus2.Cara-Cara : Blend semua bahan2, kecuali b.pelaga n b.lawang. tumis hingga naik bau, masukkan ayam. Masukkan kentang carrot n air dan perasakan. Bila semua empuk, masukkan tepung gandum yg dilarut dengan sedikit air. Tambah tepung gandum mengikut kepekatan sesuai selera. 2 sudu besar atau lebih tepung gandum. (tepung saya tak letak) Kiub ayam
13,800Open in Telegram
Inspirasi Resepi @ Rencah Rasa
7 Aug 2023, 16:31
Panduan memilih tepung beras.1. TEPUNG BERAS CAP 1 GAJAH •Sesuai untuk menggoreng. Contohnya nak buat adunan untuk goreng pisang atau cempedak. Dan adunan gorengan ikan. Seperti ayam goreng mamak dan goreng berempah.2. TEPUNG BERAS CAP 3 GAJAH •Sesuai untuk kuih² tradisional seperti kuih koci, kuih apam beras eno, dan pelbagai jenis kuih lain.3. TEPUNG BERAS CAP 5 GAJAH: •Sesuai untuk membuat laksa, koey teow homemade dan pelbagai jenis mee.4. TEPUNG BERAS CAP TERATAI •Sesuai membuat rempeyek dan apam.
13,000Open in Telegram
Inspirasi Resepi @ Rencah Rasa
4 Aug 2023, 01:49
RESEPI MURTABAK MAGGI Kari 😍Bahan²: - Maggi Kari 1 bungkus - Telur 3biji - Bawang Merah 3 biji - Sosej (rebus skejap) - Garam - Ajinomoto -Daun bawang -Cukup rasa maggicara² 1. Kita masukkan perencah maggi kari dan kacau sampai sebati. Kemudian masukkan 3biji telur, kedalam bahan yang kita masak tadi kacau sampai sebati. 2. Rebus mee maggi sampai lembut. 3. Masukkan mee maggi kedalam bahan2 yang tadi kacau sampai sebati dan bahagi kan kepada 2 bahagian. 4. Panaskan minyak masukkan mee maggi kedalam kuali sehingga masak, kemudian kita terbalik kan mee maggi. 5. Kemudian kita angkat mee maggi kita hiaskan dengan mayonis dan cilisos


12,900Open in Telegram
Inspirasi Resepi @ Rencah Rasa
1 Jun 2020, 10:52
Resepi Kek Cheese LelehBahan-bahannya : 100g tepung hongkong (Kalau takde boleh guna tepung gandum) 60g tepung jagung 1 sudu kecil baking powder 1 sudu besar ovelette 100g gula kastor 4 biji telur 50ml air sejuk ( air dari peti ais) 75g mentega cair 1 sudu kecil vanilaCara Membuatnya :1. Ayakkan dahulu bahan yang bertanda2. Mixkan semua bahan di atas, kecuali mentega cair.3. Pukul sampai gebu, baru masukkan mentega cair. Sebatikan.
18,200Open in Telegram
Inspirasi Resepi @ Rencah Rasa
1 Jun 2020, 10:51
RESEPI KEK COKLAT MOIST MUDAHBAHAN BAHAN KEK - 240g Tepung gandum -60g serbuk koko -230g gula -1 cawan minyak -1 cawan susu cair ( guna 2 sudu susu tepung kacau dalam air pun boleh ) -5g asen vanila -5g sodium bikarbonat -2 biji telurCARA CARA - Campurkan semua bahan dan kacau guna senduk sehingga sebati (Sebelum tu panas pengukus dulu ) -Lapik loyang menggunakan kertas minyak dan tuang semua bahan tadi. -Ikat kain pada penutup periuk pengukus. - Kukus kek selama 60 minit ( Dah boleh mula check kek dengan cucuk guna selepas 50 minit, kalau dah ok boleh tutup api )BAHAN BAHAN TOPPING -30g serbuk koko15,200Open in Telegram
Inspirasi Resepi @ Rencah Rasa
1 Jun 2020, 10:50

13,000Open in Telegram
Inspirasi Resepi @ Rencah Rasa
1 Jun 2020, 10:49
Resepi Cornflakes MaduBahan-Bahan:Cornflakes 1 kotak 1/4 cawan madu 1/4 cawan mentega 1 1/2 sudu besar gula kastor coklat urai untuk hiasan paper cup, secukupnyaCara Penyediaan:1. Cairkan mentega di dalam periuk atas api yang kecil kemudian masukkan madu dan gula, kacau sebati.2. Tuang cornflakes ke dalam periuk tadi. lalu gaul sebati dengan madu3. Sudukan ke dalam paper cup, hiaskan dengan coklat urai
13,100Open in Telegram
Inspirasi Resepi @ Rencah Rasa
1 Jun 2020, 10:47
Resepi Kek Cheese LelehBahan-bahannya : 100g tepung hongkong (Kalau takde boleh guna tepung gandum) 60g tepung jagung 1 sudu kecil baking powder 1 sudu besar ovelette 100g gula kastor 4 biji telur 50ml air sejuk ( air dari peti ais) 75g mentega cair 1 sudu kecil vanilaCara Membuatnya :1. Ayakkan dahulu bahan yang bertanda2. Mixkan semua bahan di atas, kecuali mentega cair.3. Pukul sampai gebu, baru masukkan mentega cair. Sebatikan.
11,700Open in Telegram
Inspirasi Resepi @ Rencah Rasa
1 Jun 2020, 10:45
Resepi Cupcakes ChipsmoreBAHAN-BAHAN: Biskut Chipsmore Susu GoodDay 200MLCara-cara:1. Pecahkan biskut chipsmore.2. Masukkan dalam blend.3. Masukkan susu coklat Goodday.4. Dah siap blend masukkan kedalam loyang @ bekas cupcakes.5. Panaskan kukus.6. Masukkan bahan yg telah siap ke dalam kukus.
10,800Open in Telegram
Related Channels
Other channels in the same section of the catalogue.
