Latest posts

AmarIsmat.com
28 Aug, 07:10
Podcast yang sangat menarik untuk ditonton.Walaupun berdurasi 2 jam, saya menontonnya beberapa kali kerana banyak idea segar dan buah fikiran tajam yang dikemukakan.Pasti ramai yang mengenali Dr. Abdel Wahed El-Wakil, pakar seni bina Islam yang berasal dari Mesir.Sebanyak 15 buah masjid di Arab Saudi telah direka dan dibina oleh beliau, antaranya Masjid Quba dan Masjid Qiblatayn.Apa yang menarik dalam podcast ini ialah penekanan beliau bahawa seni bina dan pembangunan bandar (urbanisation) sangat berkait rapat dengan falsafah serta idea. Ia tidak neutral seperti yang disangka.Menurut Dr. Abdel Wahed, seni bina merupakan ekspresi fizikal bagi worldview sesebuah tamadun; reka bentuk tradisional memupuk ketenangan spiritual, manakala pembandaran moden kerap mencetuskan keresahan dan pengasingan.Contohnya ialah bandar-bandar lama yang masih wujud seperti Old Cairo dan Istanbul.
AmarIsmat.com
28 Aug, 07:10

AmarIsmat.com
19 Oct 2025, 05:54
Kenapa kita suka makan yang sedap, duit yang paling tinggi nilainya, barang yang paling cantik rupanya?Ini apa yang ada dalam ruh manusia: keinginan kepada kesempurnaan. Manusia ada aspek fizikal dan spiritual. Jasad dan ruh. Kedua-duanya digerakkan oleh keinginan yang dinamakan sebagai al-ṭumūḥāt.Manusia susah untuk kekal pada kesederhaan, biasanya kita akan mencari titik yang efisien dan optimum. Titik dan jalan untuk melalukan perkara rutin dalam tempoh yang lebih singkat-sebab kita manusia.Inilah yang memandu pencapaian dan perkembangan teknologi kemanusiaan, hingga ke hari ini. Atas sebab keinginan kepada kesempurnaan.Atas sebab itu, kita lihat ramai manusia cuba memecahkan rekod, mencapai al-ṭumūḥāt yang mereka rasakan sebagai kemuncak pencapaian hidup mereka.Samada dalam bentuk aktiviti fizikal, perniagaan dan bisnes, hatta perkara-perkara buruk dan keji pun ada bentuk
AmarIsmat.com
7 Jul 2025, 12:43
Jika ditanya kepada saya, siapakah tokoh ulama Islam yang paling saya minati?Saya akan jawab dengan pasti: Imam al-Ghazālī rhm.Ramai daripada umat Islam dan umat lain yang terinspirasi daripada penulisan imam al-Ghazālī rhm. Terlalu banyak kajian dalam pelbagai bahasa yang mengkaji tentang segala aspek dalam penulisannya.Sejak dari berbelas tahun yang lepas, saya sudah memulakan perjalanan untuk mengkhatamkan satu persatu tulisan beliau.Ada sebahagian buku dari gambar ini yang telah dikhatamkan. Ada yang khatam dengan berguru, ada yang secara sendiri. Ada juga yang baru belek-belek. Banyak lagi yang belum habis.Semoga sempat dalam hayat hidup ini menghabiskan dan memahami selok belok pemikiran Hujjah al-Islām ini.Kerana menggagaskan sebuah pemikiran, tidak datang dari kemodenan...Ia datang dari sebuah tradisi yang penuh dengan keilmuan.
AmarIsmat.com
13 May 2025, 12:38
Minggu lepas dapat jemputan dari PEMBINA IIUM Chapter untuk berkongsi mengenai Pluralisme Agama. Tajuk yang tidak asing juga sebenarnya, sebab pertama kali saya dijemput untuk tajuk yang sama adalah dari ISMA UK-Eire, oleh saudara Eqwan Roslan sekitar 10 tahun lepas. Ada lagi videonya di youtube, cuma jangan tengoklah sebab itu pertama kali ceramah.Awal-awal masa nak sambung master pun, ada terfikir nak kaji tentang Pluralisme Agama. Tapi membaca aliran perennial Guenon, Schuon dan Nasr, rasa macam belum mampu nak kaji secara menyeluruh.Kali ini bergandingan dengan senior al-Azhar Mesir yang disegani, al-Fāḍil al-Duktūr Ustaz Ikram Abu Hasan. Banyak perspektif yang dikongsikan semasa berpentas dengan beliau, bahkan banyak yang saya belajar daripadanya.Tahniah PEMBINA IIUM Chapter atas keberanian menganjurkan perbincangan akademik sebegini. Kalau 10 tahun lalu, benda ini tak
AmarIsmat.com
13 May 2025, 12:38

AmarIsmat.com
9 Nov 2024, 14:09

AmarIsmat.com
9 Nov 2024, 14:09edited
Debat ilmiah atau al-munazarah merupakan medan penting untuk mendapatkan kebenaran dan menjawab persoalan yang timbul. Debat ini perlu bagi para muhaqqiqun memperolehi jawapan yang tuntas terhadap permasalahan yang dikemukakan. Yang menjadi permasalahannya adalah apabila dilibatkan bersama masyarakat awam.Tetapi, untuk berlaku adil juga, zaman internet ini bagaimana nak sorok pertikaian yang timbul antara ilmuan? Debat ini dah lama berlaku antara fuqaha zaman dahulu dalam bentuk penulisan dan karya. Kewujudan internet dan media sosial telah memudahkan akses terhadap debat yang sepatutnya berlaku dalam ruang tertutup.Saya sebagai pelajar dan pengkaji menikmati debat ilmiah seperti ini. Dengan internet, tidak semestinya kita perlu hadir secara fizikal semasa debat berlangsung. Kita boleh mendengar secara langsung ataupun melalui rakaman. Tetapi sejauh manakah pula keperluan untuk
AmarIsmat.com
26 Oct 2024, 12:38
Teruja dapat mendengar secara langsung dari Prof Dr Ahmet Davutoğlu, ahli akademik dan bekas Perdana Menteri Turkiye. Harap peminat Erdoğan tak kecam status ini 😂Perkenalan saya bersama beliau bermula pada tahun 2014 dengan artikel “The Impact of Alternative Weltanschauungs on Political Theories: A Comparison of Tawhid and Ontological Proximity” yang diterjemahkan ke dalam bahasa arab. Ust Syed Ahmad Israa meminta saya untuk menterjemahkan artikel ini ke bahasa Melayu.Walaupun ketika itu saya pelajar dalam bidang falsafah, saya gagal menterjemahkan artikel ini. Laras bahasa, idea dan falsafah yang dikemukakan terlalu berat dan sarat dengan makna. Disebabkan itu, saya cuba mencari bukunya yang asal iaitu Alternative Paradigms: The Impact of Islamic and Western Weltanschauungs on Political Theory. Buku yang sangat mahal, RM200++ senaskhah. Ingatkan kalau baca english, dapatlah faham.
AmarIsmat.com
26 Oct 2024, 12:38

AmarIsmat.com
12 Sept 2024, 08:23
𝗞𝗨𝗟𝗜𝗔𝗛 𝗗𝗛𝗨𝗛𝗔 𝗣𝗔𝗟𝗘𝗦𝗧𝗜𝗡 #𝟬𝟱𝗥𝗔𝗦𝗨𝗟𝗨𝗟𝗟𝗔𝗛 𝗗𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗠𝗕𝗜𝗡𝗔𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗥𝗔𝗗𝗔𝗕𝗔𝗡 𝗜𝗦𝗟𝗔𝗠 Ustaz Amar Ismat Mohd Nasir Penyelidik Pusat Kajian Pemikiran dan Peradaban Ummah (PEMIKIR) 13 September 2024 | 10.00-10.30 pagiTelegram Live di Dunia Palestin. Dijemput semua sertai beramai-ramai di t.me/duniapalestin. Sebar-sebarkan.Dapatkan e-majalah Akalwahyu PEMIKIR Edisi Kemerdekaan: bit.ly/akalwahyumerdeka
AmarIsmat.com
28 Aug 2024, 13:35edited
Syeikh Abu Ammār, Ustaz Abd al-Munim Ṣāliḥ al-Aliy al-Izziy atau nama pena harakinya Muḥammad Aḥmad al-Rāsyid rhm telah meninggal semalam 27 Ogos 2024. Beliau merupakan tokoh dakwah Ikhwan dan pemikir ulung Islam dari Iraq. Antara sumbangan terbesar beliau adalah penghasilan buku-buku haraki dan syari yang menjadi rujukan gerakan Islam sehingga hari ini.Antara kelebihan pendekatan Abu Ammār rhm adalah menghubungkan al-ātī bi al-māḍī (generasi kini dengan terdahulu). Ahli gerakan perlu berakar dengan turath Islam dengan tafsir-tafsir yang muktabar, hadith-hadith nabawi, syair pelembut jiwa serta manāqib para salaf. Sebab itu beliau banyak menulis dan meringkaskan kitab-kitab syarak seperti Fiqh al-Lāhib (ringkasan kitab Ghiyāth al-Umam fī al-Iltiyath al-Ẓulam karya Imam al-Juwaynī rhm), Tahdhīb Madārij al-Sālikīn (ringkasan kitab Madārij al-Sālikīn karya Ibn Qayyim rhm), Uṣūl al-Aqīdah
AmarIsmat.com
28 Aug 2024, 13:35

AmarIsmat.com
27 Aug 2024, 03:39
forwarded from @kalamsalafussoleh
UCAPAN TAKZIAHإِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَMuafakat Ilmuan Islam (MUIS) mengucapkan takziah di atas pemergian Sheikh Abdul Mun'im Soleh al-Ali al-Izzi atau nama penanya yang lebih dikenali sebagai Muhammad Ahmad Ar-Rashid.Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman, al-Fatihah.
AmarIsmat.com
31 Jul 2024, 04:23
Ismail HaniyehBekas Perdana Menteri P4lestin. Pernah menjawat jawatan sebagai Ketua H4m4s di Gaza pada tahun 2004. Terbaru adalah sebagai ketua Biro Politik H4m4s sejak tahun 2017.Dengan kesyahidan beliau, dua orang penting dalam biro Politik H4m4s telah tiada. Sebelum ini Z1on1s juga telah membunuh Solah al-Arouri, Naib Ketua Biro Politik.Sumber: Shehab News Agency
AmarIsmat.com
31 Jul 2024, 03:14
forwarded from @fauziasmuni
⭕️ بسم الله الرحمن الرحيم(ولا تحسبن الذين قتلوا في سبيل الله أمواتاً بل أحياءٌ عند ربهم يرزقون)تنعى حركة المقاومة الإسلامية حماس إلى أبناء شعبنا الفلسطيني العظيم، وإلى الأمة العربية والإسلامية، وإلى كل أحرار العالم:الأخ القائد الشهيد المجاهد إسماعيل هنية رئيس الحركة، الذي قضى إثر غارة صهيونية غادرة على مقر إقامته في طهران، بعد مشاركته في احتفال تنصيب الرئيس الإيراني الجديد.وإنا لله وإنا إليه راجعون وإنه لجهاد، نصر أو استشهادحركة المقاومة الإسلامية – حماسالأربعاء: 25 محرم 1446 هـ الموافق: 31 تموز/ يوليو 2024م
AmarIsmat.com
1 Jul 2024, 04:33
Alhamdulillah, artikel Al-Rāghib Al-Isfahāni Dan Sumbangannya Terhadap Falsafah Ilmu telah berjaya diterbitkan di jurnal UMRAN UTM.Artikel ini merupakan intisari ringkas kajian saya di peringkat sarjana. Jemput baca dan berikan komentar. Link berikut; https://jurnalumran.utm.my/index.php/umran/article/view/677/315
AmarIsmat.com
22 Jun 2024, 13:50edited
FALSAFAH BARAT YANG KELIRU DAN RANCU?Semalam saya dan beberapa sahabat dari Forum Putrajaya berdiskusi mengenai falsafah Barat. Ada pelbagai noktah awal penting yang dapat kami sepakati yang saya boleh kongsikan:1. Kerancuan yang berlaku dalam falsafah Barat. Rancu di sini bermakna celaru dan keliru, bukan jahil atau tidak berilmu. Ini bermaksud ada ilmu yang baik daripada tradisi falsafah Barat, namun dalam masa yang sama berlaku kerancuan dalam pemikiran mereka. Atas sebab itu, kita perlu berhati-hati: tidak menerima dan menolak secara bulat-bulat (afat al-qabul wa afat al-radd) idea yang datang dari Barat. Kerancuan ini merupakan istilah dalam bahasa Arab tahafut, diinspirasika dari al-Ghazali dalam karyanya Tahafut al-Falasifah.2. Asal usul kerancuan tidak bermula dari Yahudi mahupun Yunani. Ia bermula sejak daripada kewujudan Iblis lagi. Ini dikukuhkan dengan kenyataan
AmarIsmat.com
22 Jun 2024, 13:50

AmarIsmat.com
16 May 2024, 09:03
forwarded from @pemikirummah
BUKU BAHARU TERBITAN PEMIKIRAncaman pemikiran Barat terhadap akidah dan pemikiran orang Islam dilihat membawa manusia kepada kerosakan dan belenggu kebodohan.Bagi mendepani krisis ini, PEMIKIR terpanggil untuk menerbitkan dua buah buku iaitu Pencerahan Akal dan Ancaman Pemikiran Pascamoden.Kedua-dua buku ini diterbitkan sebagai satu wadah kepada usaha membawa masyarakat untuk mengenali ancaman terhadap pemikiran dan mencapai kebenaran.Dapatkan kedua-dua buku ini di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) yang akan bermula pada 24 Mei ini.Nantikan senarai reruai buku ini terjual yang akan diumumkan.————————————————— MENJUNJUNG ILMU, MEMBANGUN PERADABAN
Followers write to the bot, you answer by reply, your account stays hidden. Created in one tap.
How it works →Related Channels
Other channels in the same section of the catalogue.
