gram news
Astro AWANI channel avatar

Astro AWANI

@astroawani

Channel telegram rasmi Astro AWANI... Ikuti kami di grid.astroawani.com

ProjectsIDNews

69,890subscribers

Open the Channel

Latest posts

  • Astro AWANI

    14 Nov, 11:14

    KEPUTUSAN TIDAK RASMI PRN MELAKA 2026Kerusi N12 - PANTAI KUNDOR. ASMAH SAMAT (PPBM) mendahului setakat jam 7:13PM.Keputusan penuh: pru.astroawani.com#AWANInews #PRNMelaka #MelakaMemilih
  • Astro AWANI

    14 Nov, 11:13

    KEPUTUSAN TIDAK RASMI PRN MELAKA 2026Kerusi N02 - TANJUNG BIDARA. AB RAUF YUSOH (BN) mendahului setakat jam 7:11PM.Keputusan penuh: pru.astroawani.com#AWANInews #PRNMelaka #MelakaMemilih
  • Astro AWANI

    14 Nov, 11:13

    KEPUTUSAN TIDAK RASMI PRN MELAKA:Kerusi N09 - DURIAN TUNGGAL. MUSTAFA MUSA (BN) mendahului setakat jam 7:12PM. Keputusan penuh: pru.astroawani.com#AWANInews #MelakaMemilih #PRNMelaka
  • Astro AWANI

    14 Nov, 11:11

    KEPUTUSAN TIDAK RASMI PRN MELAKA:Kerusi N13 - PAYA RUMPUT. RAFIE AHMAD (PN) mendahului setakat jam 7:10PM. Keputusan penuh: pru.astroawani.com#AWANInews #MelakaMemilih #PRNMelaka
  • Astro AWANI

    14 Nov, 11:11

    KEPUTUSAN TIDAK RASMI PRN MELAKA: Kerusi N10 - ASAHAN.FAIRUL NIZAM ROSLAN (BN) mendahului setakat jam 7:09PM. Keputusan penuh: pru.astroawani.com#AWANInews #MelakaMemilih #PRNMelaka
    187111Open in Telegram
  • Astro AWANI

    14 Nov, 11:10

    KEPUTUSAN TIDAK RASMI PRN MELAKA 2026Kerusi N19 - KESIDANG. ALLEX SEAH SHOO CHIN (PH) mendahului setakat jam 7:09PM.Keputusan penuh: pru.astroawani.com#AWANInews #PRNMelaka #MelakaMemilih
    18711Open in Telegram
  • Astro AWANI

    14 Nov, 11:10

    KEPUTUSAN TIDAK RASMI PRN MELAKA:Kerusi N04 - LENDU. ABDUL HAKIM ABDUL WAHID (BN) mendahului setakat jam 7:09PM. Keputusan penuh: pru.astroawani.com#AWANInews #MelakaMemilih #PRNMelaka
    217111Open in Telegram
  • Astro AWANI

    14 Nov, 11:09

    KEPUTUSAN TIDAK RASMI PRN MELAKA 2026Kerusi N20 - KOTA LAKSAMANA. LOW CHEE LEONG (PH) mendahului setakat jam 7:08PM.Keputusan penuh: pru.astroawani.com#AWANInews #PRNMelaka #MelakaMemilih
    21721Open in Telegram
  • Astro AWANI

    22 Sept, 17:01

    Sebahagian kawasan di daerah Seremban, Rembau dan Port Dickson mengalami gangguan bekalan air bermula hari ini hingga Khamis susulan kerja-kerja penyelenggaraan di Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Terip dan LRA Sawah Raja.Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn Bhd (SAINS) memaklumkan kerja itu melibatkan penyambungan paip dan injap di Fasa 1 serta 2 LRA Sungai Terip, penukaran injap di Rumah Pam Fasa 1 dan 2 serta penyenggaraan berjadual sistem elektrik di pencawang suis LRA berkenaan.Lanjut: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/gangguan-bekalan-air-di-seremban-rembau-dan-port-dickson-hingga-khamis #AWANInews
    31611Open in Telegram
  • Astro AWANI

    22 Sept, 16:03

    Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada atlet karate negara Adeola Fay Robert atas kejayaan menghadiahkan pingat emas pertama buat Malaysia pada Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 di Jepun, pada Selasa.Anwar berharap kejayaan atlet berusia 20 tahun dari Sabah itu di Gimnasium Toyohashi mampu membakar semangat seluruh kontinjen negara yang sedang menggalas cabaran pada temasya empat tahun sekali berkenaan.Lanjut: https://www.astroawani.com/berita-sukan-terkini-malaysia/sukan-asia-2026-pm-anwar-ucap-tahniah-kepada-adeola-hadiahkan-emas-sulung-negara #AWANInews
    5074311Open in Telegram
  • Astro AWANI

    22 Sept, 15:30

    Presiden Iran, Masoud Pezeshkian bertegas mahu masyarakat antarabangsa membuka mata terhadap peperangan dan penderitaan rakyat di Asia Barat.Beliau dijangka membawa isu mengenai serangan Amerika Syarikat dan Israel ke atas Iran pada sesi ke-81 Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) di New York.Tegasnya, Tehran akan menggunakan pentas sesi ke-81 Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) di New York untuk menyuarakan pendiriannya berhubung serangan Amerika Syarikat dan Israel terhadap Iran.Lanjut: https://www.astroawani.com/berita-dunia/pezeshkian-mahu-dunia-dengar-penderitaan-rakyat-asia-barat-di-unga #AWANInews
    6451151Open in Telegram
  • Astro AWANI

    22 Sept, 14:33

    Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak akan datang yang dijangka berlangsung pada Oktober depan bakal menjadi sidang terakhir bagi penggal semasa, kata Speaker Tan Sri Mohamad Asfia Awang Nassar.Beliau berkata butiran lanjut mengenai persidangan itu, termasuk senarai Rang Undang-Undang (RUU) yang bakal dibentangkan akan diumumkan pada sidang media sehari sebelum persidangan bermula.Lanjut: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/sidang-terakhir-dun-sarawak-dijangka-oktober-depan-speaker #AWANInews
    99233Open in Telegram
  • Astro AWANI

    22 Sept, 14:02

    Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di sini pada Selasa untuk lawatan kerja tiga hari ke Shanghai dan Hangzhou, China.Pesawat yang membawa Anwar dan delegasi Malaysia mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Shanghai Hongqiao pada 5.10 petang waktu tempatan (5.10 petang waktu Malaysia).Berada di lapangan terbang untuk menyambut ketibaan Perdana Menteri ialah Duta Besar Malaysia ke China Datuk Norman Muhamad dan Konsul Jeneral Malaysia di Shanghai Abdullah Ma'amor Ibrahim.Lanjut: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/pm-anwar-tiba-di-shanghai-bagi-lawatan-kerja-tiga-hari #AWANInews
    1,20013811Open in Telegram
  • Astro AWANI

    22 Sept, 12:38

    Kehadiran ZXMoto melalui pengedar tempatan MForce memang menjadi penanda aras baharu. Walaupun sukar untuk memecahkan terus monopoli jenama gergasi Jepun dan Eropah dalam masa singkat, ZXMoto berpotensi besar untuk "menggoncang" dan mengubah dinamik pasaran motosikal berkuasa tinggi di Malaysia berkat harga yang sangat agresif, spesifikasi tinggi, serta 'DNA' perlumbaan yang sudah terbukti. #AWANInewshttps://www.tiktok.com/@501awani/video/7688337028051700999
    1,64021Open in Telegram
  • Astro AWANI

    22 Sept, 11:35

    Dua Ketua Polis Balai (OCS) di Kelantan menerima surat teguran apabila balai masing-masing gagal merekodkan sebarang tangkapan berkaitan kes dadah dalam tempoh seminggu.Ketua Polis Kelantan Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata teguran itu sebagai tindakan awal bagi memberi ruang kepada OCS berkenaan memperbaiki pencapaian mereka.Berita penuh di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/dua-ketua-polis-balai-terima-surat-teguran-gagal-rekod-tangkapan-dadah-di-kelantan#AWANInews
    1,9301591Open in Telegram
  • Astro AWANI

    22 Sept, 11:04

    Jabatan Perikanan (DOF) akan bekerjasama dengan Aquaria KLCC bagi mengenal pasti spesies ikan yang disyaki piranha di Empangan Klau, Raub, Pahang melalui analisis asid deoksiribonukleik (DNA) atau DNA persekitaran (eDNA).Ketua Pengarah Perikanan Datuk Adnan Hussain berkata kerjasama itu akan memanfaatkan spesimen hidup piranha serta maklumat DNA yang dimiliki pihak berkaitan bagi membantu menentukan identiti sebenar ikan berkenaan.Berita penuh di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/dof-aquaria-klcc-guna-analisis-dna-kenal-pasti-ikan-disyaki-piranha-di-empangan-klau#AWANInews
    1,80091Open in Telegram
  • Astro AWANI

    22 Sept, 10:42

    Aktivis kebajikan haiwan menemukan lebih 75 ekor kucing di sebuah apartmen kecil di Paris, lapor Agensi Akhbar Jerman (dpa), memetik media Perancis pada Isnin.Penemuan itu selepas satu pengusiran paksa dari apartmen perumahan sosial di daerah (arondisemen) ke-15, polis dan seorang bailif meminta bantuan badan amal YouCare, lapor akhbar Le Parisien.Ketika mereka melawat pada Khamis, para sukarelawan menemukan 75 ekor kucing di apartmen itu, yang berukuran kira-kira 50 meter persegi, kata pengerusi pertubuhan itu, Thomas Moreau.Lanjut: https://www.astroawani.com/berita-dunia/75-kucing-ditemukan-dalam-apartmen-kecil-selepas-penyewa-dihalau #AWANInews
    1,67062Open in Telegram
  • Astro AWANI

    22 Sept, 10:37

    Satu gempa bumi lemah bermagnitud 4.4 dikesan berlaku di perairan Batu Pahat pada 4.55 petang ini.​Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan pusat gempa bumi berkenaan berada di koordinat 1.7 darjah Utara dan 102.7 darjah Timur dengan kedalaman 10 kilometer, iaitu kira-kira 27 kilometer di barat daya Batu Pahat.​Menurut MetMalaysia, gegaran turut dirasai di Batu Pahat dan kawasan sekitar manakala jabatan itu akan terus memantau keadaan tersebut.Lanjut: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/gempa-bumi-lemah-dikesan-di-perairan-batu-pahat #AWANInews
    1,520111Open in Telegram
  • Astro AWANI

    22 Sept, 10:05

    Polis menahan tiga individu bagi membantu siasatan berhubung penularan video pementasan teater yang didakwa mempersendakan Rukun Negara serta mengandungi unsur menyentuh sensitiviti kaum.Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk M Kumar berkata, siasatan mendapati pementasan berkenaan berlangsung pada 2018 di Penang Performing Arts Centre (PenangPAC), Pulau Pinang, namun hanya tular baru-baru ini selepas rakamannya dimuat naik semula di media sosial.Berita penuh di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/tiga-pelakon-ditahan-polis-buru-individu-tular-video-persendakan-rukun-negara#AWANInews
    1,58017222Open in Telegram
  • Astro AWANI

    22 Sept, 09:43

    Seramai 523 individu yang sedang mencari kerja memperoleh tawaran pekerjaan dan melepasi saringan temu duga menerusi Karnival LINDUNG Kerjaya MYFutureJobs, dengan anggaran gaji sehingga RM5,000.Karnival itu berlangsung sempena Festival Mega iLINDUNGu: KESUMA Bersama Rakyat di The Strand Mall, Kota Damansara, hujung minggu lalu.Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) berkata, pencapaian tersebut memperlihatkan peranan MYFutureJobs dalam memadankan pencari kerja dengan peluang yang bersesuaian berdasarkan kemahiran dan keperluan industri.Lanjut: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/523-individu-peroleh-tawaran-kerja-menerusi-myfuturejobs-di-festival-mega-ilindungu #AWANInews
    1,570611Open in Telegram
Download the series as CSV
A feedback bot for your channel — free

Followers write to the bot, you answer by reply, your account stays hidden. Created in one tap.

How it works →
Create the bot