Latest posts

BERJASA Malaysia | Bersama Pimpin Negara
17 Sept, 03:31
Penyatuan Melayu perlukan payung besar, bukan pintu tertutup. Semua parti, NGO, akademik, agamawan, tanpa terkecuali.#PenyatuanMelayu #BERJASA #ImpianNasional2040
BERJASA Malaysia | Bersama Pimpin Negara
16 Sept, 03:08
Selamat Hari Malaysia, 16 September 2026."BERJASA melihat Islam sebagai agama Persekutuan merupakan induk besar dalam Perlembagaan Persekutuan. Inilah yang perlu diterjemahkan di negara kita." — Ustaz Zamani Ibrahim, Presiden BERJASAKita hargai perjuangan generasi terdahulu yang menyatukan Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak. Mari kita terus pertahankan asas Perlembagaan demi Malaysia yang berdaulat, bersatu dan diberkati.#HariMalaysia2026 #BERJASA
BERJASA Malaysia | Bersama Pimpin Negara
10 Sept, 03:46
TAKZIAH BUAT PETUGAS PERKHIDMATAN DOKTOR UDARABERJASA merakamkan ucapan takziah yang tulus kepada keluarga lima anggota Perkhidmatan Doktor Udara yang terkorban dalam nahas helikopter berhampiran Long Lellang, Miri, Sarawak.Mereka gugur dalam tugas, merentas hutan dan awan untuk membawa rawatan kepada penduduk pedalaman yang tidak dapat dijangkau jalan raya. Pengorbanan seumpama ini jarang dilihat orang ramai, tetapi sangat besar ertinya kepada mereka yang menerimanya.Semoga roh mereka ditempatkan dalam rahmat-Nya, dan semoga keluarga yang ditinggalkan dikurniakan kekuatan serta kesabaran.Jasa kalian tidak akan dilupakan.Takziah dari seluruh warga BERJASA
BERJASA Malaysia | Bersama Pimpin Negara
31 Aug, 04:57edited
🇲🇾 MERDEKA TANAHNYA, BELUM MERDEKA MINDANYA Pada 1957 kita mengambil balik tanah tetapi belum sepenuhnya mengambil balik fikiran. Selagi acuan hidup mahupun budaya kita ditentukan dari luar, kemerdekaan itu masih separuh. Tanah Melayu tidak pernah menunggu
BERJASA Malaysia | Bersama Pimpin Negara
31 Aug, 04:57
🇲🇾 MERDEKA TANAHNYA, BELUM MERDEKA MINDANYAPada 1957 kita mengambil balik tanah tetapi belum sepenuhnya mengambil balik fikiran. Selagi acuan hidup mahupun budaya kita ditentukan dari luar, kemerdekaan itu masih separuh.Tanah Melayu tidak pernah menunggu untuk ditamadunkan. Ia sudah bertamadun, dengan sistemnya, bahasanya, undang-undangnya dan ilmunya.. jauh sebelum kapal pertama penjajah menghampiri pantainya.Kita tidak menuntut sesiapa keluar. Kita tidak menuntut sesiapa dinafikan hak. Kita menuntut satu perkara sahaja: wajah asal watan ini, Melayu, Islam dan institusi Raja terus diakui dan dihormati.
BERJASA Malaysia | Bersama Pimpin Negara
21 Aug, 04:07
🟣 JEMPUTAN TERBUKA: JAMUAN KESYUKURAN BERJASA DUN NILAI ⭐Parti BERJASA dengan sukacitanya menjemput seluruh ahli, jentera, penyokong dan warga Nilai ke Jamuan Kesyukuran sempena PRN Negeri Sembilan yang lalu.📍 Dewan Melor, Nilai 3, Negeri Sembilan 🗓️ Ahad, 23 Ogos 2026 🕚 11.00 pagi – 3.00 petangAturcara majlis: 11.30 pagi — Lagu Negaraku & Lagu BERJASA 11.45 pagi — Bacaan doa 12.00 tgh — Ucapan Pengerusi BERJASA Seremban, Saudara Fauzi Bashir 12.15 tgh — Ucapan Presiden BERJASA, Ustaz Hj Zamani Ibrahim 12.30 tgh — Tayangan video 12.45 tgh — Menjamu seleraMajlis ini adalah tanda kesyukuran dan penghargaan parti kepada semua yang bersama-sama menggerakkan kempen rakyat di Nilai dan titik mula bagi gerak kerja seterusnya, kerana perjuangan BERJASA diteruskan, di dalam mahupun di luar Dewan.Kehadiran terbuka kepada semua. Sebarkan jemputan ini kepada rakan dan keluarga.
BERJASA Malaysia | Bersama Pimpin Negara
14 Aug, 13:49edited
Kita mahukan pemimpin yang terbukti jujur dalam pendirian dan bertindak secara jelas membawa agenda Melayu-Islam sebagai bangsa teras negara ini.Bukan sekadar retorik yang tidak membawa apa-apa makna selain kelangsungan politik masing-masing.Dengan kekuatan 148 kerusi, tiada lagi alasan. Buktikan dengan 3 perkara ini.Ustaz Zamani Ibrahim Presiden BERJASAIkuti Facebook BERJASA https://www.facebook.com/share/p/1MJWgihg7W/
BERJASA Malaysia | Bersama Pimpin Negara
13 Aug, 02:31
Lindungi anak di alam maya, kami sokong. Tapi tanya diri kita: anak yang disekat tanpa difahamkan, akan berhenti... atau cari jalan lain?Sekatan menutup skrin. Pendidikan sahsiah membina insan. Itulah beza dasar hari ini dengan Impian Nasional 2040.#BERJASA #ImpianNasional2040Ikuti Facebook BERJASA https://www.facebook.com/share/p/1E4puLU2Fk/
BERJASA Malaysia | Bersama Pimpin Negara
12 Aug, 01:59
Agong titah siasat "sehingga ke lubang cacing." Rakyat mahu jawapan. Tapi semalam, Dewan Rakyat menyaksikan pembangkang keluar dewan, enggan berbahas lanjut dengan sebab-sebab tertentu.Bagi BERJASA, Tabung Haji ialah amanah umat yang terlalu besar untuk dikorbankan atas nama politik, siapa pun pelakunya. Duduk, bahas, dan tuntut pendakwaan. Itu kerja wakil rakyat.#BERJASA #ImpianNasional2040Ikuti Facebook BERJASA https://www.facebook.com/share/p/1BBeMAVCgX/
BERJASA Malaysia | Bersama Pimpin Negara
6 Aug, 03:08
TAHNIAH YAB DATUK ISMAIL LASIMParti BERJASA merakamkan ucapan tahniah kepada YAB Datuk Ismail Lasim atas pelantikan sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan yang baharu.Kami menghormati keputusan rakyat, dan mendoakan agar YAB memikul amanah ini dengan adil, telus dan berhikmah demi seluruh rakyat Negeri Sembilan, merentas kaum dan fahaman politik.BERJASA akan terus berperanan sebagai suara semak dan imbang yang membina, dan berharap suara rakyat yang kami dengar sepanjang kempen terutamanya keperluan Hospital Nilai diberi perhatian kerajaan negeri yang baharu.Selamat menjalankan amanah, YAB. Semoga Negeri Sembilan terus maju dan beradat.PARTI BERJASA#NegeriSembilanMajuDanBeradat #BERJASA #OghangKito
BERJASA Malaysia | Bersama Pimpin Negara
1 Aug, 23:55
Kenyataan Media Parti BERJASA | Keputusan Pilihan Raya Negeri Sembilan - DUN N10 NILAIhttps://web.facebook.com/share/p/196HabeEk9/
BERJASA Malaysia | Bersama Pimpin Negara
31 Jul, 03:09
forwarded from @gelombangberjasa
Persoalan yang perlu dijawab ialah apakah asas kajian keperluan yang digunakan sehingga pembinaan SJKT baharu diberikan keutamaan, sedangkan isu kekurangan kapasiti Sekolah Kebangsaan di Nilai masih menjadi rungutan ramai ibu bapa.https://gelombangberjasa.com/calon-dun-nilai-wakil-rakyat-harus-perjuangkan-pembinaan-sekolah-kebangsaan/
BERJASA Malaysia | Bersama Pimpin Negara
27 Jul, 22:38
🟣 SELAMAT MENGUNDI, PENGUNDI AWAL.Hari ini, anggota polis, tentera dan pasangan mereka menunaikan tanggungjawab lebih awal daripada kita semua kerana pada hari pengundian nanti, merekalah yang akan berdiri menjaga keselamatan dan kelancaran proses demokrasi kita.Terima kasih atas khidmat kalian yang mengundi hari ini, berkawal pada 1 Ogos. Pengorbanan begini selalunya tidak kelihatan, tapi ia tidak pernah kecil.Doa saya, semoga setiap urusan kalian hari ini dipermudahkan, dan setiap pilihan yang dibuat diberkati Allah, pilihan yang lahir dari hati yang mahukan yang terbaik untuk Nilai dan Negeri Sembilan.Kepada warga Nilai yang lain, giliran kita 1 Ogos ini. Saksikan semangat pengundi awal hari ini, dan sambutlah ia pada hari kita nanti. InsyaAllah.Calon No. 1 | Ustaz Zamani Ibrahim | DUN Nilai#UndiAwal #DUNNilai #CalonNo1 #OghangKito #UndiBERJASA #PRNNS16BERJASA Malaysia | Bersama Pimpin Negara pinned a photo
25 Jul, 15:39

BERJASA Malaysia | Bersama Pimpin Negara
25 Jul, 15:36
Kenyataan Media Parti BERJASA | 5 Tawaran dan Tekad Ustaz Zamani Untuk DUN Nilaihttps://www.facebook.com/share/p/1CD2vRCw3b/
BERJASA Malaysia | Bersama Pimpin Negara
25 Jul, 13:02edited
🔴 SIARAN LANGSUNG! LIVE TOWNHALL BERSAMA USTAZ ZAMANI IBRAHIM📌 Pelancaran rasmi "TAWARAN BERJASA UNTUK NILAI"✅ Tawaran khusus BERJASA untuk warga Nilai ✅ Jawapan kepada isu-isu setempat yang lama terbiar ✅ Sesi soal jawab terbuka; Anda tanya, Ustaz jawab🗓️ Malam ini (Sabtu, 25 Julai 2026) 🕣 8.30 malam 📍 Facebook & Youtube Live: Page BERJASA MALAYSIA (https://www.facebook.com/share/v/1ByypfTRvH/ | https://www.youtube.com/live/dnjmL9nLf_4?si=yZ2jaRXR4EfkLu1B)Jemput ahli keluarga, jiran dan rakan-rakan untuk sama-sama menonton. Tekan SHARE supaya lebih ramai warga Nilai tidak terlepas sesi bersejarah ini.Nilai layak dapat yang terbaik. Malam ini, dengar sendiri tawarannya.🗳️ Pangkah No. 1 | 1 Ogos#SuaraBaharuNilai #DUNNilai #PRNNS16 #OghangKito #CalonNo1
BERJASA Malaysia | Bersama Pimpin Negara
25 Jul, 03:08
forwarded from @gelombangberjasa
Namun menurut beliau, dalam konteks penyatuan itu masih ada satu ruang yang tertinggal, iaitu DUN Nilai. Pemerhatian beliau mendapati segelintir pengundi Nilai memilih untuk duduk di rumah pada hari mengundi kerana merasakan tiada calon yang mewakili suara mereka.https://gelombangberjasa.com/calon-dun-nilai-langkah-pertama-berjasa-di-peti-undi-demi-penyatuan-ummah/
BERJASA Malaysia | Bersama Pimpin Negara
24 Jul, 06:04edited
Kenyataan Media Parti BERJASA | BERJASA lancar tawaran BERJASA untuk Nilai dan Sesi Townhall bersama penduduk malam esok
BERJASA Malaysia | Bersama Pimpin Negara
24 Jul, 04:22
forwarded from @gelombangberjasa
Beliau berkata, sekiranya diberi mandat sebagai wakil rakyat, usaha menaik taraf pasar tersebut akan menjadi antara keutamaannya bagi menyediakan kemudahan yang lebih selesa kepada peniaga dan orang ramai.https://gelombangberjasa.com/calon-dun-nilai-ustaz-zamani-persoal-pasar-awam-sementara-taman-semarak-tiada-pembelaan-mana-wakil-rakyat/
BERJASA Malaysia | Bersama Pimpin Negara
23 Jul, 03:56
forwarded from @gelombangberjasa
Beliau berkata usaha menarik pelaburan yang mampu mewujudkan pekerjaan berkualiti akan menjadi antara fokus utama bagi membolehkan golongan muda bekerja berhampiran tempat tinggal mereka.https://gelombangberjasa.com/calon-dun-nilai-nilai-berpotensi-jadi-bandar-moden-yang-mengutamakan-anak-muda-tempatan/
Followers write to the bot, you answer by reply, your account stays hidden. Created in one tap.
How it works →Related Channels
Other channels in the same section of the catalogue.
