Latest posts

Bina Syurga Di Rumah
25 Aug, 02:57
Hakikat kejayaan yang sebenar.Ibu-ibu setuju tak bahawa hakikat kejayaan sebenar dunia & akhirat adalah kita dapat masuk syurga. .Jadi tugas ibu adalah memberi kefahaman pada anak-anak. Definisi kejayaan sebenar.Walaupun siapa kita, apa pangkat kita di dunia, apa kerjaya kita di sini, kita suri rumah, kita cikgu, kita usahawan atau siapa pun kita. Bila kita berjaya masuk syurga itu lah kejayaan.Jadi kan ulamak dah bagitau orang yang berjaya itu adalah mereka yang Allah redha.Mereka adalah para sahabat nabi, yang di dunia lagi Allah sudah redha. Jadi jika di dunia lagi kita mahu berjaya, ibu-ibu mesti selalu sebut berulang-ulang sifat para sahabat yang membawa kejayaan dunia & akhirat.Kerana kefahaman & iman para sahabat tentang kejayaan sebenar, mereka hidup dengan cara kehidupan sunnah nabi.Jadi kejayaan kita sebagai ibu bapa adalah dapat hidup dengan cara nabi dan
Bina Syurga Di Rumah
24 Jul, 00:49
Penyakit Ain memang wujud. Sebab itu Allah dah sediakan doa pelindung.Walaupun kita berkongsi cerita kebaikan berkenaan anak kita, kerja kita , urusan harian kita.Kita tak tahu bagaimana persepsi yang melihat.Pandangan Ain yang terkena pada kita, banyak kesan buruknya.Penyakit ain ini bukan sahaja akibat pandangan tak baik atau mata -mata yang memandang dengan aura tak baik tau.Ain boleh terkena pada kita juga kerana seseorang yang mengangumi apa yang dia lihat tanpa bersandar dengan kekuasaan & kebesaran Allah. Sebab itu lah apa bila kita melihat sesuatu ucapkan lah Alhamdulillah, masyaAllah atau Allahuakbar. Lintaskan dalam hati semuanya dari Allah.Semoga kita juga berhati-hati dalam memandang. Disini saya kongsikan doa yang ibu-ibu boleh hafal.Salam jumaat yang penuh barakah. https://t.me/binasyurgadirumah


Bina Syurga Di Rumah
4 Jun, 00:54

Bina Syurga Di Rumah
16 May, 14:06
Kisah ini saya kongsikan agar menjadi inspirasi & kekuatan kepada ibu yang sedang berjuang berkorban meninggalkan anak demi masa depan yang sebenar.Maulana Umar Palanpuri rahimahullah adalah salah seorang ulama yang terkenal di tanah Hind. Beliau juga dikenali sebagai “suara emas dalam kerja dakwah” kerana bayan beliau banyak mengubah hati manusia dari lalai mengingati serta taat Allah kepada hamba Allah yang taat, seperti tanah kering yang disirami air, menjadi tanah yang tak subur kepada tanah yang subur.Pada suatu hari, beliau memberi bayan dalam bahasa arab depan para jemaah arab. Ketika itu jemaah arab kagum dengan bahasa arab Maulana Umar Palanpuri yang begitu fasih.Awal 90an kami keluar 4bln IPB dan banyak persoalan yg nak kami tanyakan, alhamdulillah dalam bayan yang maulana katakan semuanya terjawab, hanya dalam bayan je, begitu hebatnya Allah SWT bagi kefahaman agama
Bina Syurga Di Rumah
27 Mar, 09:21
Bagaimana kalau suami tak izinkan balik rumah mak ayah sendiri .Saya bukan orang yang layak untuk menghuraikan berkenaan ini. Tapi saya pernah dengar cerita berkenaan keadaan begini dari seorang ustaz .Harap apa yang saya sampaikan Allah bagi kefahaman & jika ada tersalah mohon betulkan dengan cara berhemah.Diceritakan seorang wanita yang sudah berkahwin ingin pulang menziarahi ibunya yang sedang sakit tenat. Namun, suaminya ketika itu tiada di rumah dan sebelum pergi, suaminya telah berpesan agar dia tidak keluar rumah tanpa izinnya.Wanita itu sangat tersepit, antara ingin berbakti kepada ibunya dan ketaatan kepada suaminya.Dia kemudian meminta pandangan Rasulullah ﷺ melalui seorang sahabat. Maka Rasulullah menyampaikan supaya wanita itu taat kepada suaminya dan tidak keluar rumah.Beberapa ketika kemudian, ibunya meninggal dunia. Wanita itu sekali lagi ingin menziarahi
Bina Syurga Di Rumah
20 Mar, 16:23
Sebulan berpuasa adalah bulan penyucian hati.Tanda kemenangan pengakhiran bulan mulia ini adalah kita berjaya tawan nafsu kita dari segala sifat tak baik hati kita. Terutama amarah dan sangka buruk sehingga memutuskan silaturrahim.Antara hadis tentang silaturrahim. ..Daripada Abu Hurairah, Rasulullah ﷺ bersabda:“Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir, maka hendaklah dia menyambung silaturrahim.” (Hadis riwayat Imam Bukhari & Imam Muslim)Rasulullah ﷺ bersabda: “Tidak akan masuk syurga orang yang memutuskan silaturrahim.” (Hadis riwayat Imam Bukhari & Imam Muslim)Rasulullah ﷺ bersabda: “Barangsiapa yang ingin dilapangkan rezekinya dan dipanjangkan umurnya, maka hendaklah dia menyambung silaturrahim.” (Hadis riwayat Imam Bukhari)Hadis-hadis ini menunjukkan betapa pentingnya menjaga hubungan kekeluargaan dan persahabatan dalam Islam.
Bina Syurga Di Rumah
27 Feb, 15:40
Menitis air mata… Datang rasa syukur Allah bagi lagi kan kita berada di bulan ramadhan tahun ini…Tapi kan… bila terlintas pula adakah nafas kita ni Allah izinkan untuk masih bernafas pada ramadhan akan datang . Lagi lah rasa kecut perut…Ya ALLAH.. Penuhkanlah hati kita ini dengan kasih dan cinta . Ya ALLAH Bantu lah aku untuk buang semua rasa tak baik dalam hati ini…Seperti mana bila di harapan kaabah, kita doa keampunan atas segala dosa kita, dosa zahir kita , dosa batin kita.Kerana bila nak kan keampunan Allah di bulan mulia ini . Kita bukan sahaja bertaubat atas dosa kita . Tapi hendaklah kita maafkan semua orang. Supaya tiada sikit pun titik hitam dalam hati kita ini dengan Ammarah dan tidak redha kita.Kerana redha Allah Itu apabila kita redha dengan segala kerentuan hidup kita.Ya ALLAH jika dengan menukar hati ini boleh membersihkan rasa tak baik dalam hati ini. Kau
Bina Syurga Di Rumah
25 Feb, 00:57
Terdetik diri lebih baik, lebih mulia Dari orang lain, itu lah tanda sikap sombong. https://t.me/binasyurgadirumah


Bina Syurga Di Rumah
24 Feb, 03:32

Bina Syurga Di Rumah
18 Feb, 23:10



Bina Syurga Di Rumah
15 Jan, 12:33

Bina Syurga Di Rumah
30 Dec 2025, 05:16
Ada yang bertanya doa bagaimana yang kita perlu baca untuk anak-anak dan pasangan.Saya memang Ada doa kegemeran / yang selalu saya baca.Tapi doakan boleh jer kita baca Bila-Bila masa ,mengikut keadaan dan masa.Contoh , masa anak sedang tidur . Kita usap kepada dia baca Ya Latif Ya Latif banyak kali. Sambil mendoakan Ya Allah lebutkan hati anak aku untuk terima & Amal ilmu yang Allah redha.Bacalah juga untuk pada Gan kita. Kerana hati yang lembut Akan menyejukkan suasana suami isteri .Boleh juga doa khusus, dalam solat hajat kita. Khas untuk siapa saja.Yang saya share ni doa pendek & ringkas Dari surah Al Furqan, boleh kita Amal untuk pasangan & anak -anak.Antara doa yang Allah makbul adalah doa ibu kepada anak-anak, Dan doa isteri kepada suami. MasyaAllah Allah tempatkan wanita di tempat yang mulia.


Bina Syurga Di Rumah
14 Dec 2025, 04:27
Doa adalah senjata paling kuat dalam perjalanan perkahwinanSaat perkahwinan terasa berat .. Doalah menjadi tempat kita menyerahkan yang tidak mampu kita baikiKerana hati manusia bukan milik kita… Ia milik Allah yang maha membolak-balikkan .Kerana Allah yang bagi faham tujuan perkahwinan adalah menuju syurga yang abadi bersama,Doa bukan hanya untuk mengubah pasangan,Tetapi yang lebih utama untuk mengubah diri ini, Menjadikan diri yang lebih sabar, lebih lembut .. dan lebih tenang & redhaSemoga senjata paling kuat ini sentiasa mengiringi perkahwinan kita, Ia tidak perlu bising, tidak perlu menunjuk,
Bina Syurga Di Rumah
9 Dec 2025, 12:01edited
Kerana rintihan & izin Allah aku kembali lagiSekarang kakmi dalam speed train perjalanan dari mekah ke Madinah.Merenung perjalanan umrah , dan segala rintihan yang sempat di luahkan.Rasa tak puas lagi sebenarnya meluah segala rasa selama lima malam di tanah haram makkah.Walaupun banyak ujian yang dilalui dalam kehidupan, tapi Allah maha baik kerana sentiasa berikan mata hati lebih memandang lebihnya nikmat.Bila di keji, diperli Allah bagi hati ni lebih mengenal diri, bahawa aku hamba hina yang tak layak di puji @ dipandang.Walau kebaikan yang kita buat tetap dipandang salah & tidak dihargai . Allah nak bagi diri ini terus melakukan kebaikan tanpa balasan dari manusia.Allah nak bagi hati ini lenyap dari pengharapan pada manusia. Jika benar mahukan redha Allah.Jika kerana ujian buatkan aku dekat dengan MU Ya ALLAH. Aku redha & akan terus merintih pada MU. Jemputlah aku


Bina Syurga Di Rumah
7 Dec 2025, 10:11

Bina Syurga Di Rumah
17 Nov 2025, 00:28
“ Orang Tenang & bahagia di dunia InsyaAllah akan mendapat syurga di akhirat”Orang yang tenang adalah orang yang tak merasa mulia bila dipuji, tak terkesan di hati bila di keji.Hidup di dunia adalah perjuangan untuk tenang, kerana panggilan Allah untuk ahli syurga adalah “Wahai, hati-hati yang tenang….”Assalamualaikum dan selamat pagi untuk semua wanita & ibu yang sedang berjuang💚
Bina Syurga Di Rumah
15 Nov 2025, 22:41edited
Kita bahagia & rasa paling bertuah dalam dunia bukan sebab kita ada segalanya, tapi kita praktis “Sangka Baik……….”- Sangka baik pada anak-anak kita, mereka bukan nak buat masalah, bukan nak sakiti hati kita tapi itu adalah proses membesar. Dia tengah belajar untuk hidup, kita dulu pun macam-macam perangai dalam tempoh membesar. Lintaskan dalam hati ini proses mereka membesar Ya Allah, Aku serahkan padaMU. Allah pasti bantu.- Begitu juga dengan pasangan kita, yang kita hadap depan mata ni sebenarnya dah terbaik untuk kita. Dapat suami yang tegas, sebab Allah nak ajar kita pahala patuh suami. Dapat yang tak rajin kerja , Allah nak bagi sumber rezeki melalui kita, dapat yang tak setia, Allah nak ajar kita, kita taat kerana Allah bukan kerana suami. Berbaik sangkalah, pasangan itu adalah sumber pahala yang akan bantu kita nanti. Macam kita kerja, kita yakin itu punca rezeki kita, so
Bina Syurga Di Rumah
15 Nov 2025, 00:20
Jadi isteri dan ibu yang bila dilihat dia lah sumber kekuatan walaupun sebenarnya kita sedang memikul beban ujian.Seperti anak kecil kita, bila sedang menangis bila di peluk dia nyaman & tenang bila kita peluk.Begitu juga dengan kita wahai ibu, walau bergolak hati kita di landa ujian. Ingatkah yang Allah sedang memeluk erat kita.Ujian itu sebenarnya tanda Allah nak dekat dengan kita. Bila kita dapat menghayati rasa itu. Kita akan tenang….Bila Allah bagi rasa setiap ujian itu tanda Allah semakin dekat. Kita akan laluinya dengan senyuman.Lelah ujian akan bertukar nikmat. “ Ya Allah kalau ujian ini makin membuat ENGKAU redha , makin erat memelukku, aku redha Ya Allah.Ingatkan diri bila kita ada Allah dalam hati, kita akan rasa cukup dengan segalanya . https://t.me/binasyurgadirumah
Bina Syurga Di Rumah
7 Nov 2025, 08:08
"Apabila Allah KEHENDAKI Anda Menjadi BAIK, Maka Di Letakanya Anda Bersama Hamba2Nya Yang Baik"Ya ALLAH tunjukan jalan lurus & dekatkan kami dengan orang yang ENGKAU berikan nikmat kepadanya .🤲🤲
Bina Syurga Di Rumah
6 Nov 2025, 13:29
Isteri dan ibu , jadikan lah rumah kita ini syurga kita.Rumah yang seperti syurga adalah bukan bermaksud rumah yang serba mewah, bukan rumah besar yang ramai ahlinya.Rumah syurga adalah rumah yang bila melangkah masuk ada kedamaian, ada ketenangan. Rumah yang kita rasa Selamat walaupun sederhana cara kita.Tadi ustaz pesan, nak tenang di dalam rumah. Banyakkan hadir majlis ilmu, gunakan media sosial sebaiknya.Malaikat sentiasa Bergerak-gerak, dan melaikat akan singgah di mana ada majlis ilmu sedang berlangsung. Masa dalam majlis ilmu tadah tanggan dan doalah apa yang kita hajatkan. Malaikat juga yang akan mendoakan kita.Doakan diri kita, doa untuk anak-anak kita, suami, mak ayah kita ,sahabat kita & apa sahaja yang kita hajatkan.Kadang hadir jer masalah, hadir sahaja ujian. Tapi kita dapat selesaikan. Kerana Asbab berada dalam majlis ilmu. Allah hadiah kan hati yang tenang
Related Channels
Other channels in the same section of the catalogue.
