Latest posts

Dakwah Bahasa CikYam
22 Jul, 07:55
Dah hampir tiga dekad aku bergelumang dalam industri kreatif. . 👉🏼 Sebagai wartawan, aku dah pernah dapat anugerah Penulis Rencana Terbaik (bahasa Melayu), pada Malam Kewartawanan Malaysia (MPI). 👉🏼 Sebagai penulis buku, empat buku aku pernah dapat Dana Penulis Perpustakaan Negara Malaysia (PNM). 👉🏼 Sebagai orang awam, aku pernah join pertandingan tulis storytelling dan menang RM25k tunai daripada Bank Rakyat. 👉🏼 Sebagai penulis buku kanak-kanak, pernah dapat award Buku Pilihan masa Anugerah Grup Buku Karangkraf. 👉🏼 Sebagai penulis upahan, hasil karya aku dah banyak berada di pasaran tanpa orang perlu tahu akulah yang tulis semua buku tu. . Cukuplah. Nikmat apa lagi nak didustakan? . Aku bukan yang terbaik, cuma aku dah berikan yang aku mampu beri dalam industri ni. Hampir tiga dekad, satu tempoh yang cukup matangkan aku dengan sepak terajang industri ni. . Aku tak bersaing
Dakwah Bahasa CikYam
22 Jul, 07:55

Dakwah Bahasa CikYam
20 Jul, 23:14
Apabila bergiat aktif sebagai penulis upahan, perkara yang aku boleh nampak dengan jelas ialah tiga perkara ni. . 👉🏿 Apa-apa sahaja yang kita buat, kita tak dapat result secepat mungkin. Semua perlukan masa. Sebab itu, kalau nak buat branding, buat sekarang. Kalau nak buat website, buat sekarang. Branding di media sosial dan SEO di website, perlukan masa untuk naik. . 👉🏿 Nak dapat klien besar, tak mudah. Mereka perlu trust pada kita. Apa kita boleh bagi? Apa kita boleh bantu mereka? Adakah hasilnya nanti menepati apa yang mereka nak? Jadi, buat mereka trust pada kita. . 👉🏿 Ilmu sangat luas. Nak deal dengan klien besar, belajarlah komunikasi. Nak besarkan income, belajarlah bisnes. Nak jadi penulis upahan yang relevan, belajarlah teknologi. Kita tak mampu halang perkembangan teknologi, so bersahabatlah dengan teknologi. . ©CikYam 2020-2026, enam tahun yang merobah landskap
Dakwah Bahasa CikYam
20 Jul, 23:14

Dakwah Bahasa CikYam
11 Jun, 08:29

Dakwah Bahasa CikYam
5 May, 02:34
Sejak di bangku sekolah lagi, kita telah diajar dengan kemahiran asas 3M iaitu membaca, menulis dan mengira. Ya, menulis adalah salah satu kemahiran asas. . Siapa sangka, dengan menulis dari rumah, kita boleh menerima upah yang setimpal. . Orang yang kerjanya ambil upah menulis dipanggil sebagai penulis upahan atau dalam bahasa Inggeris, ghost writer. . Kenapa ghost? Ini kerana nama penulis upahan tidak dicatatkan sebagai penulis dalam karya yang dihasilkan. . Inilah kerja yang saya lakukan selepas saya hilang pekerjaan pada tahun 2020, sampai sekarang. Saya bukan penulis upahan separuh masa tapi saya lakukan kerja ini secara sepenuh masa. Dengan duit upah inilaj saya bayar loan rumah, loan kereta, segala bil dan pastikan ada hidangan atas meja untuk seisi keluarga. Suami saya ialah seorang OKU fizikal yang tidak bekerja. . Jom baca lanjut mengenai kerjaya penulis upahan di sini 👉🏼 htt
Dakwah Bahasa CikYam
4 May, 12:27
Ramai kata apabila ada AI, kerja penulis upahan akan mati. Betul ke? Jom baca. Link kat bawah tau. . https://maryamelyas.my/5-cara-ai-boleh-mudahkan-kerja-penulis-upahan/
Dakwah Bahasa CikYam
30 Apr, 13:06
https://maryamelyas.my/kelas-online-penulis-upahan-jom-manfaat-kemahiran-menulis-yang-anda-ada/CYC CREATIVE SOLUTIONKelas Online Penulis Upahan, Jom Manfaat Kemahiran Menulis Yang Anda Ada - CYC CREATIVE SOLUTIONPada 16 Mei 2026, CikYam akan anjurkan Kelas Online Penulis Upahan. Bagi yang memerlukan kelas ini, boleh daftar ya.
Dakwah Bahasa CikYam
30 Apr, 13:06

Dakwah Bahasa CikYam
18 Apr, 09:36
Dalam poster ni, ada tiga kesalahan tatabahasa. . PERTAMA: mensasarkan ❌ menyasarkan ✅ . Kenapa salah? Perkataan kata dasar S, jumpa imbuhan awal meN, huruf tu berubah jadi ny. Contoh lain: sapu jadi menyapu, sondol jadi menyondol. . KEDUA: peruntukkan ❌ peruntukan ✅ . Kalau perkataan peruntukan tu bawa maksud kata kerja, barulah kena double K. Kalau bukan, satu K saja. . Contoh ayat: Kerajaan memperuntukkan dana RM20 juta... . Ayat paling bawah kat poster tu (Rancakkan Madani), perkataan rancak tu ada double K kerana kata kerja. Itu betul. .
Dakwah Bahasa CikYam
18 Apr, 09:36

Dakwah Bahasa CikYam
9 Apr, 06:22
Korang!Selepas hilang pekerjaan wartawan pada tahun 2020, sekali lagi CikYam hilang pekerjaan pada April 2026.Begitulah hidup. Bukan sekali tapi dua kali melalui situasi hilang kerja.😌
Dakwah Bahasa CikYam
20 Jan, 12:49
Nak tambah income melalui penulisan? Tanya CikYam. CikYam telah buktikan, dengan menulis sepenuh masa, insya-Allah, kita boleh dapat upah.
Dakwah Bahasa CikYam
20 Jan, 12:48
Hilang pekerjaan bukan benda mudah untuk aku hadap. Apatah lagi akulah pencari duit utama dalam rumah tangga. Suami aku OKU tidak bekerja. . Tapi, rezeki Allah itu luas. Kemahiran menulis yang Allah pinjam pada aku, aku manfaatkan sepenuhnya. . Selepas 6 tahun hilang kerja, aku bangkit dan kini aku aktif sebagai penulis bebas dan jurulatih penulisan bertauliah. . Aku dilantik sebagai Panel Pakar Pembangun NOSS Jabatan Pembangunan Kemahiran untuk modul Multimedia Kreatif. Aku juga dilantik oleh UPM sebagai Penyunting dan Pembaca Pruf Bebas. . Terkini, aku dilantik sebagai Fellow Elite oleh Universiti Malaya (UM) bagi tempoh dua tahun (2026-2027) . Allah Maha Kaya. TQ Allah
Dakwah Bahasa CikYam
20 Jan, 12:47

Dakwah Bahasa CikYam
15 Jan, 11:54
Kelas penulisan online sepanjang Februari 2026 ini. . https://maryamelyas.my/keabadian-cinta-melalui-penulisan-kelas-februari-2026/
Dakwah Bahasa CikYam
1 Jan, 06:59
Selamat menyambut kehadiran tahun baru 2026 kepada semua. CikYam doakan kita semua meraih kejayaan yang bermakna dalam hidup. . Maryam Elyas Pengasas PROWRITER CYC Creative Solution
Dakwah Bahasa CikYam
1 Jan, 06:59

Dakwah Bahasa CikYam
28 Dec 2025, 12:56
Terima kasih kepada Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya atas lantikan sebagai Felo Elit atau Elite@UM Fellow selama dua tahun. TQ Allah.
Dakwah Bahasa CikYam
28 Dec 2025, 12:56
Followers write to the bot, you answer by reply, your account stays hidden. Created in one tap.
How it works →Related Channels
Other channels in the same section of the catalogue.
