gram news
Dunia Palestin channel avatar

Dunia Palestin

@duniapalestin

Saluran Informasi Palestin Portal: duniapalestin.net support@duniapalestin.net

ProjectsIDNews

120,378subscribers

Open the Channel

Latest posts

  • Dunia Palestin

    14 Nov, 07:01

    Toyota sedang menyiasat dakwaan bahawa penggunaan forklift keluarannya oleh tentera penjajah Israel untuk mengangkut peluru artileri 155mm melanggar perjanjian penggunaan bagi tujuan awam sahaja.Isu ini timbul susulan pendedahan kontrak pembekalan forklift bernilai 158 juta shekel (kira-kira AS$50 juta) kepada Kementerian Pertahanan Israel pada 2024.Toyota menyatakan akan mengambil tindakan jika perlu, namun belum menjelaskan bentuk tindakan yang bakal diambil, manakala pihak Kementerian Pertahanan Israel enggan mengulas.Sumber: Quds News Network t.me/duniapalestin
    299521Open in Telegram
  • Dunia Palestin

    14 Nov, 06:02edited

    Pencipta kandungan kanak-kanak dan personaliti media sosial, Ms. Rachel, menyeru para pengikutnya menghubungi senator masing-masing bagi menyatakan sokongan kepada Senator Chris Van Hollen untuk dilantik sebagai Ketua Majoriti Senat.Beliau menyifatkan Van Hollen sebagai pemimpin yang berprinsip dalam isu genosid di Gaza serta menekankan peranannya sebagai penaja Rang Undang-Undang Stand Up for Sudan Act.Sumber: Quds News Network t.me/duniapalestin
    679171Open in Telegram
  • Dunia Palestin

    14 Nov, 05:01

    𝗘-𝗞𝗢𝗠𝗜𝗞 𝗔𝗕𝗨 𝗨𝗕𝗔𝗜𝗗𝗔𝗛: 𝗞𝗜𝗦𝗔𝗛 𝗗𝗜 𝗦𝗘𝗕𝗔𝗟𝗜𝗞 𝗧𝗢𝗣𝗘𝗡𝗚E-komik ini memaparkan kisah kehidupan Abu Ubaidah dari kecil sehinggalah kesyahidannya, yang disusun daripada pelbagai sumber penceritaan dan penulisan oleh ahli keluarganya yang hanya dikongsikan selepas kesyahidan beliau diumumkan secara rasmi.Dapatkan E-Komik Abu Ubaidah di pautan: bit.ly/komikabuubaidah
    92413322Open in Telegram
  • Dunia Palestin

    14 Nov, 04:35

    Sepatutnya, lukisan ini menggambarkan kesatuan ummah dan seluruh rakyatnya yang turut serta dalam perjuangan Taufan al-Aqsa, selepas seruan Abu Khalid al-Deif pada pagi Operasi Penyeberangan Besar serta menyahut seruan mempertahankan Masjid al-Aqsa dan membebaskan para tahanan.Namun, sebab harapan tersebut hanya tinggal andaian dan tidak menjadi kenyataan ialah Gaza berfikir dengan mentaliti seorang pelaku yang bangkit melakukan perubahan, sedangkan ummah pula masih dibelenggu pemikiran pasif yang tunduk kepada keadaan dan hanya menjadi pihak yang menerima tindakan orang lain.Sumber: Amjad Syuhada’ t.me/duniapalestin
    99918321Open in Telegram
  • Dunia Palestin

    14 Nov, 04:00

    Bendera Palestin berkibar dalam satu demonstrasi besar-besaran di Montreal apabila para pelajar berhimpun menuntut reformasi sistem pendidikan susulan gelombang mogok selama seminggu di seluruh wilayah Quebec.Sumber: Quds News Network t.me/duniapalestin
    1,050video2481Open in Telegram
  • Dunia Palestin

    14 Nov, 03:01

    Majlis Penempatan Israel di utara Tebing Barat telah meletakkan batu asas bagi pembinaan sebuah kawasan perindustrian penempatan baharu yang dinamakan “Bustani Heftz”, di atas tanah seluas 800 dunam (80 hektar), di tenggara bandar Tulkarm.Sumber: Quds News Network t.me/duniapalestin
    1,200311351Open in Telegram
  • Dunia Palestin

    14 Nov, 02:01

    Jean-Luc Mélenchon, Calon Presiden Perancis:“Jika memenangi pilihan raya, Perancis akan bertindak secara langsung untuk menyokong rakyat Palestin di Gaza dan Tebing Barat yang dijajah. Jika keadaan memerlukan, kami akan menghantar kapal-kapal Perancis bagi mengiringi flotila yang membawa aktivis dari Itali dan Sepanyol demi memperjuangkan hak rakyat Palestin.”Sumber: Rassd t.me/duniapalestin
    1,3004410611Open in Telegram
  • Dunia Palestin

    14 Nov, 01:03

    Ahli Parlimen Britain, Richard Burgon, mempertahankan pertubuhan hak asasi manusia Palestin, Al-Haq, susulan tindakan Israel melarang Pengarah Eksekutifnya, Shawan Jabarin, ke luar wilayah Palestin yang dijajah.Burgon menyifatkan tindakan itu sebagai cubaan membungkam antara pertubuhan hak asasi manusia paling lama bertapak di Palestin sebagai tindak balas terhadap usaha Al-Haq mendokumentasikan jenayah perang Israel dan memperjuangkan undang-undang antarabangsa.Sumber: Quds News Network t.me/duniapalestin
    1,370341121Open in Telegram
  • Dunia Palestin

    22 Sept, 13:32

    Stesen pam air kumbahan Pasar Ikan di Khan Younis terpaksa dihentikan operasi akibat kekurangan bahan api dan minyak yang kritikal, menyebabkan air kumbahan melimpah ke kawasan awam dan menimbulkan ancaman kesihatan yang serius.Jurutera Ali Rbaie memberi amaran bahawa krisis itu turut menyebabkan penduduk yang tiba dari kawasan pantai terperangkap, manakala penduduk berhampiran apa yang dipanggil “garisan kuning” terdedah kepada tembakan. Kekurangan bahan api terus melumpuhkan perkhidmatan asas di kawasan berkenaan.Sumber: Quds News Network t.me/duniapalestin
    1,390video2519421Open in Telegram
  • Dunia Palestin

    22 Sept, 13:04edited

    Yayasan Hind Rajab (HRF) telah memfailkan aduan jenayah di Itali terhadap tentera penjajah Israel, Yonatan Chalich yang sedang bercuti di Tuscany atas dakwaan jenayah perang dan kemanusiaan serta genosid di Gaza.HRF mengaitkannya dengan Batalion Givati Shaked serta beberapa serangan, termasuk kepungan dan kemusnahan Hospital Al-Shifa, pembakaran Masjid Haji Hamdi Harzallah dan kemusnahan Dataran Palestin di Babdar Gaza sambil menggesa pihak berkuasa Itali menjalankan siasatan.Sumber: Quds News Network t.me/duniapalestin
    1,2903715622Open in Telegram
  • Dunia Palestin

    22 Sept, 12:04

    Juri Vermont pada Isnin mensabitkan Jason Eaton, 51, atas tiga pertuduhan cubaan membunuh tahap kedua selepas dia menembak tiga orang pelajar kolej Palestin berhampiran rumahnya di Burlington ketika hujung minggu sambutan Thanksgiving pada 2023.Keputusan itu dibuat selepas perbicaraan selama enam hari dan juri menolak pembelaan tidak waras (insanity defense) yang dikemukakan oleh Eaton.Sumber: Roya News t.me/duniapalestin
    1,5002617422Open in Telegram
  • Dunia Palestin

    22 Sept, 11:13

    Perlawanan yang dirancang antara Ireland dan Israel terus menimbulkan kontroversi. Aktivis serta tokoh sukan di Ireland menggesa badan-badan sukan supaya mengambil tindakan terhadap Israel.Sumber: Roya News t.me/duniapalestin
    1,6003011722Open in Telegram
  • Dunia Palestin

    22 Sept, 10:24

    Kementerian Kerja Raya dan Perumahan Gaza mengesahkan jumlah bangunan berbahaya dan berisiko runtuh di seluruh wilayah Gaza telah melebihi 2,000 bangunan.Daripada jumlah itu, lebih 250 bangunan memerlukan kerja perobohan sepenuhnya secara segera menggunakan jentera berat, manakala lebih 870 bangunan memerlukan perobohan sebahagian menggunakan tenaga kerja dan peralatan manual.Sumber: Al-Jazeera t.me/duniapalestin
    1,73034182221Open in Telegram
  • Dunia Palestin

    22 Sept, 09:55edited

    Pendatang haram Israel mencuri sejumlah kambing biri-biri dari rumah seorang rakyat Palestin malam tadi ketika melakukan pencerobohan ke bandar Silwad, timur laut Ramallah, dengan perlindungan tentera penjajah Israel.Sumber: Quds News Network t.me/duniapalestin
    1,7305320311Open in Telegram
  • Dunia Palestin

    22 Sept, 08:16

    Datuk Bandar New York, Zohran Mamdani, kepada CNN:“Netanyahu ialah seorang penjenayah perang dan arkitek kepada operasi pembunuhan beramai-ramai yang dahsyat terhadap rakyat Palestin.”Sumber: Al-Jazeera t.me/duniapalestin
    2,09052331541Open in Telegram
  • Dunia Palestin

    22 Sept, 07:57

    Tentera penjajah Israel menyerbu beberapa rumah berhampiran sebuah pos Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di kawasan pedalaman Quneitra, selatan Syria pada Selasa, menurut laporan televisyen negara Syria.Sumber: Roya News t.me/duniapalestin
    2,0095375111Open in Telegram
  • Dunia Palestin

    22 Sept, 03:53

    Rakyat Palestin berhampiran “Garisan Kuning” di Gaza hari ini merakam sebuah kenderaan perisai berperalatan kawalan jauh milik Israel yang membawa bahan letupan bergerak memasuki kawasan perumahan berhampiran Jalan Salahuddin.Kenderaan berperisai itu membawa bertan-tan bahan letupan yang dikerahkan oleh tentera Israel di kawasan melepasi garisan gencatan senjata, sekali gus mengancam penduduk dengan peletupan sekiranya mereka enggan berpindah.Sumber: Quds News Network t.me/duniapalestin
    2,580video483461Open in Telegram
  • Dunia Palestin

    22 Sept, 02:30edited

    Lebih 900 kerusi roda yang disumbangkan oleh badan kebajikan Australia untuk kanak-kanak yang kehilangan anggota badan akibat genosid Israel dilaporkan terkandas di sebuah gudang di Jordan sehingga 18 bulan.Penghantaran kerusi roda itu disekat Israel, yang dilaporkan mengklasifikasikannya sebagai barangan ketenteraan “dwi kegunaan” (dual-use).Sumber: Quds News Network t.me/duniapalestin
    2,460761011Open in Telegram
  • Dunia Palestin

    22 Sept, 01:23

    Pejabat Media Kerajaan Gaza menolak penafian tentera penjajah Israel berhubung keruntuhan bangunan Al-Saada yang mengorbankan lebih 21 rakyat Palestin serta menyebabkan puluhan lagi cedera atau hilang.Menurut pejabat itu, bangunan tersebut diserang tentera penakajah Israel pada 9 Oktober 2023, menyebabkan kerosakan serius pada struktur bangunan hingga akhirnya runtuh.Berdasarkan pemeriksaan kejuruteraan, laporan lapangan dan keterangan saksi, Israel dipertanggungjawabkan atas kejadian itu, manakala puluhan bangunan lain yang rosak di Gaza turut berisiko runtuh.Sumber: Quds News Network t.me/duniapalestin
    2,5903415431Open in Telegram
  • Dunia Palestin

    21 Sept, 22:31

    Pesuruhjaya Tinggi PBB bagi Hak Asasi Manusia, Volker Türk, berkata penemuan ratusan jenazah dari bawah runtuhan bangunan di Gaza hampir tiga tahun selepas serangan Israel mencetuskan semula kebimbangan mengenai kemungkinan berlakunya jenayah perang.Pertahanan Awam Palestin memaklumkan lebih 630 mayat dan jasad manusia telah dikeluarkan dari bawah runtuhan sejak November 2025, manakala lebih 8,000 orang masih hilang di bawah runtuhan.Türk menggesa semua bukti dipelihara, selain menyeru agar penyiasat antarabangsa diberikan akses ke Gaza.Sumber: Quds News Network t.me/duniapalestin
    2,6905475421Open in Telegram
Download the series as CSV
A feedback bot for your channel — free

Followers write to the bot, you answer by reply, your account stays hidden. Created in one tap.

How it works →
Create the bot