Latest posts

IFHD CHANNEL
25 Aug, 03:57

IFHD CHANNEL
9 Aug, 04:12
Teringat kisah dalam sesi kelas bersama Dr tahun lepas.Dr cerita, ada seorang pesakit dia yang selalu mengadu sakit kepala. Dah macam-macam cara ikhtiar dibuat, tapi masih tak settle.Simple je solusi yang Dr bagi.Dr suruh dia masuk hutan beberapa hari. 🌿 Setelah keluar masuk hutan beberapa hari… terus settle masalah sakit kepala dia 😲Serius, macam tak percaya weh!Sebelum ni punya lah dah berhabis macam-macam cara untuk ikhtiar.Penawar dan manfaat alam memang banyak berada di sekeliling kita. 🌿Cuma biasalah kita ni jenis nak bukti saintifik, nak kajian journal dulu, baru nak percaya. 😁Kadang kita cuma perlu kembali kepada alam.#IFHD
IFHD CHANNEL
5 Aug, 03:43

IFHD CHANNEL
5 Aug, 03:43
🐶 Sejak beberapa hari ini, isu anjing liar kembali menjadi perhatian di media sosial.Sebagai langkah berjaga-jaga, saya ingin berkongsi sedikit info yang mungkin bermanfaat.⚠️ Ramai menyangka jika luka gigitan anjing kecil, ia tidak berbahaya. Hakikatnya, luka kecil tetap boleh membawa risiko, termasuk rabies.Sekiranya digigit anjing:🧼 Basuh luka dengan sabun dan air mengalir sekurang-kurangnya 15 minit.🏥 Dapatkan pemeriksaan di klinik atau hospital dengan segera, walaupun luka kelihatan kecil.🐕 Cuba ingat maklumat tentang anjing tersebut (liar atau peliharaan, lokasi kejadian dan tingkah lakunya).💉 Ikuti nasihat doktor dan lengkapkan suntikan jika diperlukan.❤️ Ingat, tindakan awal sangat penting. Jangan tunggu sehingga timbul gejala kerana rabies hampir sentiasa membawa maut apabila simptom sudah muncul.📌 Semoga kita tidak mengalaminya, tetapi ilmu ini mungkin
IFHD CHANNEL
9 Jul, 08:32
🤤 Makan durian boleh buat kita rasa lebih bahagia? Betul ke?Pernah tak perasan… bila musim durian tiba, sekali dapat makan beberapa ulas, terus rasa puas hati dan mood jadi lebih baik? 😄Rupanya ada sebabnya. Durian mengandungi tryptophan, iaitu sejenis asid amino yang digunakan oleh badan untuk menghasilkan serotonin, bahan kimia dalam otak yang berkait dengan rasa tenang dan mood yang lebih positif. 🧠✨Sebab tu ada orang rasa lebih “happy” dan lega selepas menikmati durian. Tapi jangan salah faham ya 😉Bukan bermaksud durian adalah “ubat bahagia”. Kesan ini bergantung kepada badan setiap individu, dan banyak faktor lain juga memainkan peranan.Cuma satu perkara kena ingat… durian tetap tinggi gula dan kalori.Jadi nikmati musim durian dengan gembira, tapi makan berpada-pada dan dengar signal badan.Sihat bukan bermaksud tak boleh makan sedap…Tapi tahu cara menikmati
IFHD CHANNEL
20 Mar, 13:09
Kami Geefi Wellness dengan tulus ikhlas mengucapkan:🌙 Selamat Hari Raya Aidilfitri 🌙 Maaf Zahir & BatinPantun Raya khas buat anda:Embun pagi jatuh ke laman, Harum mekar si bunga melati, Syawal menjelma penuh keampunan, Salah dan silap di hati mohon dimaafi.Semoga Syawal kali ini membawa ketenangan, kesihatan yang lebih baik dan keberkatan buat anda sekeluarga.Dalam kita meraikan hari kemenangan ini, jangan lupa untuk terus jaga kesihatan dan kembali kepada gaya hidup yang lebih seimbang dan ikut fitrah 💚Terima kasih atas sokongan dan kepercayaan anda bersama Geefi Wellness.🌙 Selamat beraya & selamat menyambut 1 Syawal 🤍
IFHD CHANNEL
19 Feb, 00:11
Tip Kesihatan Lepas Sahur: Elak Asid Naik (Khususnya Yang Ada GERD)✅️ Tunggu sekurang-kurangnya 2 jam sebelum tidur semula.✅️ Jangan baring flat. Kalau nak rehat, tidur dalam posisi bersandar (±45°) dan pastikan dada lebih tinggi daripada perut.✅️ Isi masa dengan aktiviti ringan seperti solat sunat, tilawah Al-Quran, kemas dapur atau berjalan perlahan supaya makanan sempat turun.✅️ Elakkan makanan terlalu berat dan berlemak ketika sahur.✅️ Kurangkan minuman berkafein jika perut memang mudah sensitif.Yang ada GERD memang cepat trigger kalau silap timing atau posisi. Jaga dua benda ni betul-betul — insyaAllah sahur lebih selesa, puasa pun lebih tenang.#tipsahur #tipkesihatan #GERD
IFHD CHANNEL
8 Feb, 01:48
Ramai orang terlalu sibuk kejar “kesempurnaan”, sampai terlupa nikmat rasa “tenang”.Kadang-kadang kita pun kena ingatkan diri… rezeki tu bukan sekadar duit atau harta.Badan yang masih sihat, bacaan gula yang terkawal, jantung yang masih kuat berdegup, masih mampu bangun pagi dan urus keluarga.. itu semua rezeki yang sangat besar.Di Geefi Wellness, kami selalu percaya… kesihatan yang baik adalah asas kepada segala rezeki lain.Tak perlu berlumba dengan orang lain. Cukup hari ini buat pilihan yang lebih baik daripada semalam.. makan lebih terkawal, minum lebih cukup air, ambil langkah kecil untuk jaga diri.
IFHD CHANNEL
15 Dec 2025, 02:56
Kaki pusat keseimbangan, struktur paling penting nak menampung berat badan. Kalau tapak ni senget, bengkak, tak kuat...struktur lain akan terjejas. Sebab tu penting kena jaga betul². Sapa yang ada masalah kaki macam ni atau segala macam masalah kaki yang kadang kita sendiri rasa dah takde ubatnya tapi bila kita start UBAH tiada lagi yang mustahil#reversebloodtest #IFHD
IFHD CHANNEL
9 Dec 2025, 09:54
Jangan terpukau 😲Walaupun takde gula & zero kalori. Bukan bermaksud selamat untuk diminum, ada letak pengganti pemanis tiruan.Pemanis tiruan ni memang bagi “zero kalori”, tapi: • boleh kacau gut microbiome • trigger craving manis • buat badan confuse signal insulin • ada orang jadi kembung, loya, cirit • tak sesuai untuk orang yang dah ada macam² penyakit.Tak payah lah teguk ‘benda alah’ ni. Kalau nak ada rasa 'kick' sikit, perah je limau kasturi taruk madu sikit. Bukan sedap je dapat, khasiat pun hebat 💛#reversebloodtest
IFHD CHANNEL
2 Dec 2025, 06:43
Betul ke ramai pesakit diabetes sebenarnya lebih takut kesan ubat, berbanding takut pada penyakit diabetes itu sendiri ?Ramai yang risau, “Takut rosak buah pinggang… takut jadi bergantung… takut macam-macam.” Tapi dalam masa yang sama, kawalan gula masih di tahap yang membimbangkan.Hakikatnya, yang lebih berisiko itu ialah diabetes yang tak terkawal, bukan ubat yang diambil dengan pemantauan betul.Ubat bantu control, gaya hidup bantu repair. Haaa... dua-dua kena jalan seiring.Kalau nak kurangkan atau taknak bergantung pada ubat sepanjang hayat, langkah paling selamat ialah; → start jaga pemakanan → jaga rutin harian → buat pemantauan darah secara berkala#reversebloodtest #IFHD
IFHD CHANNEL
29 Nov 2025, 02:54
Pagi ini kita mulakan dengan pilihan yang lebih ringan dan menyihatkan.Bukan setiap hari kita sempat makan teratur, tapi usaha kecil yang konsisten tetap beri kesan besar pada tubuh.Bila kita pilih makanan atau minuman yang bantu stabilkan tenaga dan sistem metabolik, badan lebih mudah “tune in” sepanjang hari.. rasa ringan, fokus pun lebih baik.Sedikit perubahan harian seperti ini pun sudah cukup untuk bawa kita lebih dekat kepada kesihatan yang ikut fitrah. 💚#jushd #ifhd
IFHD CHANNEL
26 Nov 2025, 04:41
KENAPA ADA YANG NAMPAK CEPAT MENUA DARI USIA ?Salah satu punca 👇👇Trend makan lewat malam ni memang ramai buat tanpa sedar. Lama-lama, perut pun mula buncit sebab sistem badan sebenarnya dah masuk mode rehat.Tapi bila kita still makan…Badan terpaksa kerja balik sebab insulin masih banjir dalam darah. Insulin tinggi waktu malam, lemak senang simpan, tak sempat nak bakar. Automatik kalau insulin tinggi, 'growth hormone' yang sepatutnya keluar waktu malam untuk repair badan & bagi efek awet muda terus terencat.Benda bukan berlaku sehari dua tapi long term memang bagi impact besar. Jadi kalau boleh, cuba stop makan lewat malam pelan-pelan. Badan pun boleh reset elok. Kita cuba 💪#reversebloodtest #IFHDYang nak booking slot blood test. Boleh DM 🤝
IFHD CHANNEL
26 Nov 2025, 03:54

IFHD CHANNEL
26 Nov 2025, 03:53

IFHD CHANNEL
22 Nov 2025, 08:16
Ramai yang datang minta nasihat pemakanan. Sekarang ni semua info ada hujung jari, google je.Boleh try & error. Kadang menjadi… kadang tak. Silap langkah, ada yang makin teruk.Bab pantang pula, basic memang ramai dah tahu. Tapi kalau semudah itu, mesti semua orang dah sihat elok dah kan?Bila melibatkan nasihat pemakanan, kita tak boleh main agak-agak.Saya wajibkan buat blood test bukan saja², lagi-lagi kalau badan dah bagi signal tak best.Sebab saya perlu teliti result dulu dan dapatkan info lengkap sebelum bagi nasihat yang betul-betul personalized untuk kondisi masing-masing.Mana yang memang perlu rujuk pakar & ambil ubat, kena follow betul-betul. Jangan pandai-pandai hentikan sendiri, itu yang buat keadaan jadi tak stabil.Kalau impian nak bebas ubat satu hari nanti, kena mula dari langkah pertama: jaga diri, jaga kesihatan, jaga rutin harian. 💖Perubahan kecil hari
IFHD CHANNEL
20 Nov 2025, 09:19

IFHD CHANNEL
20 Nov 2025, 09:19
CKD BOLEH REVERSE?Semalam saya share kisah klien yang berjaya naik dari Stage 3 ke Stage 2 — dan bacaan fungsi buah pinggang dia hampir balik ke normal.Bila cakap pasal nak pulihkan sistem badan ni, memang tak ada “satu jawapan untuk semua”. Ia bergantung pada tahap kronik, keazaman, keyakinan untuk sembuh, dan pengurusan harian — terutama pemakanan.Perubahan badan kita kadang boleh rasa sendiri… Tapi untuk CKD, tak boleh bergantung pada rasa je. Kena buat rutin blood test untuk tengok progress ikut stage masing-masing.Berminat nak dapatkan slot blood test & fahamkan result darah. Boleh DM 🤝#reversebloodtest #IFHD #CKD #cegahawal
IFHD CHANNEL
19 Nov 2025, 07:37edited
🌿Tahukah anda, kaki kita ada "jantung kedua"?Ini gelaran untuk otot betis, sebab setiap kali kita berjalan atau naik tangga, otot ni akan mengecut dan tolong pam darah naik semula ke jantung. Macam pam semula jadi dalam badan.Sebab tu bila kita duduk lama, kaki rasa berat. Bila berdiri lama, mula lenguh. Darah tak bergerak dengan baik.🦵 Cara Mudah Aktifkan “Jantung Kedua” di Kaki1️⃣ Jalan 5–10 minit setiap 1–2 jam Kalau kerja banyak duduk, ini wajib.2️⃣ Heel raises Berdiri → angkat tumit → turun balik (20 kali). Cepat aktifkan otot betis.3️⃣ Ankle pump Duduk → gerakkan kaki ke atas & bawah (30–60 saat).
IFHD CHANNEL
10 Nov 2025, 09:48
Semalam terserempak dengan anak remaja. Jelas sangat kat tengkuk tu ada hitam macam ni dan bentuk badan pun lebih kurang macam ni. Bahagian atas agak besar.Ibu ayah tolong sangat ambil tahu benda ni. Perkara soal makan minum & kesihatan ni bukan benda biasa. Kalau nampak bentuk badan anak² dah hilang simetri, kat celah² anggota badan ada kerak hitam. Ia bukan daki tapi itulah petanda bibit perjalanan diabetes nak bermula.Kenapa kulit boleh jadi berkerak macam daki ??INSULIN adalah 'STORAGE' hormon. Sifat utama dia ialah nak simpan, nak bina, nak besarkan. Orang prediabetes, diabetes ni antara salah satu signal badan jelas kulit jadi kerak, hitam & tebal.Bila gula darah tinggi, insulin pun tinggi. Selain fungsi utama turunkan gula darah, insulin juga:✅ Rangsang pertumbuhan sel (growth factor)✅ Aktifkan reseptor yang sama macam IGF-1 (Insulin-like Growth Factor 1)Dalam kulit,
Followers write to the bot, you answer by reply, your account stays hidden. Created in one tap.
How it works →Related Channels
Other channels in the same section of the catalogue.
