gram news
Ahmad Muntaha Zainal Bahrin channel avatar

Ahmad Muntaha Zainal Bahrin

@muntahazainal

Penyelidik Dunia Palestin

ProjectsID

804subscribers

Open the Channel

Latest posts

  • Ahmad Muntaha Zainal Bahrin

    19 Sept, 06:29edited

    ABU USAMAH AHMAD AL-BATSH : KISAH ANAK JABALIA YANG SYAHID DI MEDAN JUANGAhmad al-Batsh yang dikenali dengan gelaran Abu Usamah merupakan komander Batalion Jabalia dalam struktur Briged Utara Gaza yang dikaitkan dengan Briged al-Qassam.Beliau dilaporkan syahid dalam serangan pengganas Israel di utara Gaza pada September 2026.Kisah Abu Usamah membawa kita kembali kepada Jabalia, sebuah kawasan yang sarat dengan sejarah dan pengalaman pelarian Palestin.Dari kawasan ini lahir beberapa tokoh yang dikenali dalam sejarah politik dan agama Palestin, antaranya Dr Nizar Rayyan yang dilahirkan di Kem Pelarian Jabalia pada 1959 sebelum menjadi ulama, pensyarah dan pemimpin kanan Hamas.Jabalia juga merupakan tempat kelahiran Jamilah al-Shanti, yang dilahirkan di kem tersebut pada 1957.Jamilah merupakan ahli Majlis Perundangan Palestin dan pada 2021 menjadi wanita pertama yang dipilih
    TelegramAhmad Muntaha Zainal BahrinPenyelidik Dunia Palestin
  • Ahmad Muntaha Zainal Bahrin

    19 Sept, 06:26

  • Ahmad Muntaha Zainal Bahrin

    18 Sept, 14:21edited

    “RETURN TO OCTOBER”: APABILA PAMERAN ISRAEL MENJADI CERMIN KEGAGALAN PERISIKANSebuah pameran di Israel yang dinamakan “Return to October” menghimpunkan pelbagai bahan berkaitan serangan 7 Oktober 2023, termasuk barangan yang dikaitkan dengan bekas pemimpin Hamas, Yahya Sinwar, senjata, kenderaan, dokumen dan bahan perisikan yang menurut pihak penganjur diperoleh dari Gaza.Pameran itu dikendalikan oleh Israel Intelligence Heritage & Commemoration Center (IICC), sebuah organisasi yang memfokuskan kepada sejarah dan warisan komuniti perisikan Israel. Menurut IICC, pameran tersebut menggunakan dokumen yang dinyahrahsia, bahan yang dirampas serta rakaman untuk menggambarkan persiapan dan pelaksanaan serangan 7 Oktober.Antara yang dipamerkan ialah kelengkapan yang dikaitkan dengan Yahya Sinwar termasuk pakaian dan barangan peribadinya.Turut dipaparkan kenderaan, motosikal, senjata,
    TelegramAhmad Muntaha Zainal BahrinPenyelidik Dunia Palestin
  • Ahmad Muntaha Zainal Bahrin

    18 Sept, 14:21

  • Ahmad Muntaha Zainal Bahrin

    17 Sept, 02:03

    TIGA DEKAD NAEL ATIYYAH ABU UBAID DI MEDAN JUANGNael Atiyyah Muhammad Abu Ubaid, atau Abu Atiyyah merupakan anggota Majlis Ketenteraan Umum Briged al-Qassam dan Komander Briged Rafah.Beliau terbunuh dalam satu serangan di selatan Semenanjung Gaza pada 15 September 2026.Menurut kenyataan Briged al-Qassam, Abu Atiyyah menyertai organisasi tersebut pada 1993 dan terlibat dalam beberapa operasi ketenteraan termasuk operasi berkaitan terowong seperti Tafjir Burj Hardun, Barakin al-Ghadab dan Mahfuzah.Pada 2002, beliau mengetuai Batalion Yibna dan terlibat dalam menghadapi serangan tentera penjajah Israel terhadap kem tersebut.Beliau kemudiannya memegang beberapa jawatan penting dalam Briged Rafah termasuk mengetuai bidang kepakaran ketenteraan pada 2014 dan Jabatan Operasi pada 2016.Briged al-Qassam turut menyatakan bahawa beliau merupakan antara komander yang terlibat dalam
    TelegramAhmad Muntaha Zainal BahrinPenyelidik Dunia Palestin
  • Ahmad Muntaha Zainal Bahrin

    17 Sept, 02:03

  • Ahmad Muntaha Zainal Bahrin

    15 Sept, 05:00

    Daripada keluarga perantau ini lahirnya qari, imam dan ilmuwan yang berkhidmat kepada umat Islam.Antara yang paling masyhur ialah Syeikh Dr. Muhammad Ayyub al-Arakani, bekas imam Masjid Nabawi.Beliau dilahirkan di Makkah pada Oktober 1952 dalam keluarga yang berasal dari Arakan. Datuknya, Sulayman Umar, merupakan seorang petani di Arakan.Pada 1949, bapanya, Muhammad Yusuf, ditahan oleh pihak berkuasa Burma ketika keadaan masyarakat Rohingya semakin tidak menentu.Beliau kemudiannya meninggalkan tanah kelahirannya dan berhijrah ke Arab Saudi melalui Bangladesh.Muhammad Ayyub kemudiannya menghafaz al-Quran di Makkah dan melanjutkan pengajian di Madinah.Beliau memperoleh ijazah syariah di Universiti Islam Madinah sebelum mengkhusus dalam tafsir dan ilmu al-Quran sehingga peringkat doktor falsafah.Pada 1990, beliau dilantik sebagai imam Masjid Nabawi dan berkhidmat sehingga
    TelegramAhmad Muntaha Zainal BahrinPenyelidik Dunia Palestin
  • Ahmad Muntaha Zainal Bahrin

    15 Sept, 05:00edited

    DARI ARAKAN KE MASJID NABAWI: KISAH SYEIKH AYYUB AL-ARKANITragedi Rohingya di Arakan bukan bermula pada 2017, tetapi mempunyai sejarah yang panjang dalam pelbagai bentuk diskriminasi, penafian hak dan masalah kewarganegaraan.Rohingya berdepan sekatan terhadap kewarganegaraan, pergerakan yang terbatas, isu pendidikan, pekerjaan, pemilikan tanah dan akses kepada perkhidmatan awam.Undang-Undang Kewarganegaraan Myanmar 1982 pula menjadi antara faktor penting yang mengukuhkan pengecualian terhadap mereka.Pada 25 Ogos 2017, selepas serangan ARSA terhadap pos keselamatan Myanmar, tentera Myanmar melancarkan operasi clearance di Rakhine.Siasatan PBB mendapati operasi tersebut melibatkan pembunuhan, rogol dan keganasan seksual, pembakaran kampung serta pengusiran besar-besaran.Lebih 700,000 Rohingya melarikan diri ke Bangladesh. PBB turut mendokumentasikan kemusnahan rumah, tanaman,
  • Ahmad Muntaha Zainal Bahrin

    15 Sept, 05:00

  • Ahmad Muntaha Zainal Bahrin

    13 Sept, 07:19edited

    ULANGTAHUN MEMPERINGATI GAMBAR DAN OPERASI PERTAMA OLEH JURUCAKAP PERTAMA, JENERAL EMAD ‘AQIL.Pada 12 September 1993, sehari sebelum Perjanjian Oslo, Abu Hussein Emad Hassan Ibrahim Aqil dan Maher Zaqout terlibat dalam pertempuran jarak dekat dengan tentera penjajah Israel berhampiran Masjid Mus‘ab bin ‘Umair, Beit Lahia, utara Gaza.Peristiwa itu turut dirakam dan menjadi antara dokumentasi awal operasi bersenjata Palestin.Dilahirkan pada 19 Jun 1971 di Kem Pelarian Jabalia, Gaza, Emad berasal daripada keluarga Palestin yang kuat berpegang kepada agama.Seorang pelajar cemerlang, beliau pada awalnya bercita-cita melanjutkan pengajian dalam bidang farmasi, namun penahanan penjajah Israel pada 1988 mengubah perjalanan hidupnya.Selepas dibebaskan, beliau menyertai Briged al-Qassam dan kemudiannya menjadi antara individu yang paling diburu perisikan Israel.Selama hampir dua
    TelegramAhmad Muntaha Zainal BahrinPenyelidik Dunia Palestin
  • Ahmad Muntaha Zainal Bahrin

    13 Sept, 07:19

  • Ahmad Muntaha Zainal Bahrin

    13 Sept, 02:34

    Ratusan penduduk Gaza mengiringi jenazah komander al-syahid, Muhammad al-Yazuri yang terkorban dalam serangan udara Israel di kawasan al-Mawasi, Khan Younis, selatan Semenanjung Gaza pada 11 Sepetember 2026.
    135video8Open in Telegram
  • Ahmad Muntaha Zainal Bahrin

    13 Sept, 02:26

    KISAH KOMANDER BRIGED KHAN YOUNIS, MUHAMMAD AL-YAZOURIMuhammad Abd al-Salam al-Yazouri, atau dikenali sebagai Abu al-Haytham merupakan antara komander kanan Briged al-Qassam yang memegang jawatan sebagai komander Briged Khan Younis serta anggota Majlis Ketenteraan Am.Dilahirkan pada November 1979, al-Yazouri mempunyai pengalaman panjang dalam bidang ketenteraan dan perisikan.Beliau memulakan khidmatnya dalam perisikan dan pengumpulan maklumat, sebelum memegang tanggungjawab berkaitan sokongan ketenteraan, persenjataan dan logistik.Beliau kemudiannya dilantik sebagai timbalan komander Briged Khan Younis, sebelum mengambil alih kepimpinan keseluruhan briged tersebut.Dalam bidang perisikan, al-Yazouri dilaporkan terlibat dalam pengumpulan maklumat lapangan, penyediaan peta serta maklumat keselamatan.Berdasarkan kedudukannya ketika itu, beliau disebut sebagai antara komander
    TelegramAhmad Muntaha Zainal BahrinPenyelidik Dunia Palestin
  • Ahmad Muntaha Zainal Bahrin

    13 Sept, 02:26

    10542Open in Telegram
  • Ahmad Muntaha Zainal Bahrin

    11 Sept, 03:05

    Operasi serang hendap oleh Hamas berhampiran garisan kuning di kem Jabalia, utara Semenanjung Gaza dilaporkan mengorbankan dua anggota kumpulan militia yang bersekutu dengan Israel pada awal pagi Khamis.Quds News Network melaporkan serang hendap itu turut mencederakan beberapa anggota militia berkenaan, memaksa unit tersebut berundur ke kawasan timur kem di bawah perlindungan tembakan Israel.Tentera penjajah Israel kemudiannya menggunakan helikopter untuk memindahkan anggota yang cedera serta mayat anggota militia selepas kumpulan berkenaan berundur.Baca selanjutnya: https://duniapalestin.net/palestin/5679/𝗗𝘂𝗻𝗶𝗮 𝗣𝗮𝗹𝗲𝘀𝘁𝗶𝗻 🇵🇸 t.me/duniapalestin
  • Ahmad Muntaha Zainal Bahrin

    10 Sept, 05:07edited

    TAULADAN YANG DITUNJUKKAN AL-SYAHID SYEIKH MUHAMMAD KHALIL AHMAD DUKHANAl-syahid Syeikh Muhammad Khalil Ahmad Dukhan dilahirkan pada 27 April 1960 dan meninggal dunia pada 28 Disember 2023 merupakan antara tokoh yang dikenali dalam barisan pejuang al-Qassam.Perjalanan hidupnya memperlihatkan keteguhan prinsip, disiplin dan kesetiaan terhadap perjuangan yang diyakininya meskipun telah berlaku perubahan generasi dan kepimpinan.Antara perkara yang menarik untuk direnungkan ialah kemampuannya untuk terus berkhidmat apabila generasi baharu mengambil alih kepimpinan.Usia dan pengalaman tidak seharusnya menjadi sebab seseorang merasakan dirinya lebih tinggi daripada generasi yang lebih muda.Sebaliknya, kematangan dapat dizahirkan melalui sikap tawaduk, kesediaan menerima perubahan dan kesanggupan meletakkan kepentingan umat mengatasi kedudukan peribadi.Antara pesanan yang pernah
    TelegramAhmad Muntaha Zainal BahrinPenyelidik Dunia Palestin
  • Ahmad Muntaha Zainal Bahrin

    10 Sept, 05:06

    119video31Open in Telegram
  • Ahmad Muntaha Zainal Bahrin

    8 Sept, 08:06edited

    Saya ada terbaca satu hantaran di platform X Shahiel Ben-Ephraim mengenai pendedahan yang amat memilukan tentang dakwaan penderaan tahanan Palestin di penjara Israel.Hantaran tersebut memetik laporan Haaretz dan mendedahkan mesej WhatsApp yang didakwa dihantar oleh Oshrit Aliga, seorang pegawai Perkhidmatan Penjara Israel.Dia berkata dia sangat gembira dan puas hati, walaupun keadaan bersepah dengan banyak darah.Dalam mesej susulan, dia mendakwa komander telah memberitahu mereka dalam taklimat bahawa dia mahu mematahkan para tahanan dan berkata dia sanggup mempertaruhkan kerjayanya kerana tindakan tersebut.Dalam mesej lain pada Disember 2023, ketika tahanan baharu tiba, Aliga secara terbuka menggambarkan layanan ganas terhadap mereka.Dia juga bergurau mengenai penggunaan baton dan ketika ditanya sama ada dia memukul tahanan, dia menjawab:“Saya bersumpah, saya menghancurkan
    TelegramAhmad Muntaha Zainal BahrinPenyelidik Dunia Palestin
  • Ahmad Muntaha Zainal Bahrin

    8 Sept, 08:06

  • Ahmad Muntaha Zainal Bahrin

    4 Sept, 10:34

    BDS Malaysia telah membuat laporan polis berhubung dakwaan kewujudan 71 kontena yang membawa kargo menuju Israel di Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP), Johor.Dalam kenyataan media hari ini, BDS Malaysia berkata sebahagian besar kontena berkenaan telah tiba di PTP dan dijangka dibawa menggunakan perkhidmatan kargo menuju Israel.Menurut kumpulan itu, maklumat mengenai kontena berkenaan diperoleh melalui dokumentasi yang disediakan oleh inisiatif No Harbour for Genocide.Baca selanjutnya: https://duniapalestin.net/dunia/5673/𝗗𝘂𝗻𝗶𝗮 𝗣𝗮𝗹𝗲𝘀𝘁𝗶𝗻 🇵🇸 t.me/duniapalestin
Download the series as CSV
A feedback bot for your channel — free

Followers write to the bot, you answer by reply, your account stays hidden. Created in one tap.

How it works →
Create the bot