Latest posts

MyAqsa Defenders
27 Sept, 10:16
Pasukan pendudukan Israel merampas kenderaan milik rakyat Palestin yang dituduh melakukan serangan tembakan selepas menahannya di dalam Hospital H Clinic di Ramallah.Sumber: Shehab News Agency
MyAqsa Defenders
27 Sept, 08:20
Pejabat Media Kerajaan Gaza mengumumkan pelaksanaan “pelan kecemasan segera” untuk merobohkan 255 bangunan yang rosak akibat serangan Israel di seluruh Gaza.Seramai 21 rakyat Palestin yang kehilangan tempat tinggal terbunuh minggu lalu selepas bangunan runtuh.Sumber: Al-Jazeera


MyAqsa Defenders
27 Sept, 06:14
Di Bandar Raya Mexico, orang ramai turun ke jalan raya sebagai tanda solidariti terhadap rakyat Palestin sambil mengibarkan bendera Palestin dan melaungkan "Bebaskan Palestin."Para penunjuk perasaan mendesak agar serangan Israel ke atas Gaza dihentikan serta menyuarakan sokongan terhadap hak dan kebebasan rakyat Palestin.Sumber: Eye on Palestine
MyAqsa Defenders
27 Sept, 04:18
🛑 Nasib Kanak-kanak Sindrom Down di GazaProses pembelajaran, penjagaan dan latihan selama bertahun-tahun telah terganggu akibat peperangan telah menyebabkan kanak-kanak sindrom down berdepan dengan situasi kehilangan tempat tinggal, ketakutan serta kehilangan kemahiran-kemahiran penting.Kini, keluarga dan guru sedang membantu mereka memulihkan semula kemahiran tersebut susulan kemusnahan institusi yang dahulunya menyokong mereka.Sumber: Days of Palestine


MyAqsa Defenders
27 Sept, 02:23
Demonstrasi di Manchester, United Kingdom sebagai tanda solidariti terhadap Palestin serta mengecam genosid berterusan Israel di Gaza.Sumber: Quds News Network
MyAqsa Defenders
27 Sept, 01:01
Seniman di tengah-tengah runtuhan Bandar Gaza telah menghasilkan sebuah mural besar yang memaparkan penyanyi rap Amerika Syarikat, Macklemore, dibalut dengan bendera Palestin sambil mengangkat penumbuknya. Mural tersebut turut memuatkan mesej:“Terima kasih kerana menggunakan suara anda untuk Palestin.”Sumber: Roya News


MyAqsa Defenders
26 Sept, 15:41
DOA QUNUT NAZILAH 🤲🏻Jangan lupa untuk mendoakan saudara-saudara kita di Palestin ramadan ini.Teruskan lazimi qunut nazilah! 🤲
MyAqsa Defenders
26 Sept, 14:19
Satu acara solidariti untuk Palestin telah diadakan di wilayah Konya, Turkiye dengan menyeru orang ramai supaya memboikot barangan Israel serta menyoroti pembunuhan kanak-kanak dalam konflik di Gaza.Sumber: Quds News Network




MyAqsa Defenders
22 Sept, 15:43
Pasukan pendudukan Israel terus meratakan tanah penduduk Palestin menggunakan jentolak dan membina jalan penempatan di kampung Al-Majd, di barat Dura, selatan Hebron.Sumber: Days of Palestine
MyAqsa Defenders
22 Sept, 14:26
TERUSKAN JIHAD BOIKOT!BDS Malaysia telah mengemaskini sasaran boikot.Ayuh teruskan jihad boikot dan sebarluaskan senarai ini.Maklumat lanjut boleh ke FB BDS Malaysia: https://www.facebook.com/share/1B9VLuA8s6/


MyAqsa Defenders
22 Sept, 13:15
Bot tentera laut rejim Israel mengejar nelayan Palestin di laut, membahayakan nyawa serta mengganggu pekerjaan mereka ketika mereka cuba mencari rezeki di tengah-tengah keadaan kemanusiaan yang semakin merosot di Gaza.Sumber: Shehab News Agency
MyAqsa Defenders
22 Sept, 12:17
Gambar yang merakam serangan rejim Israel berhampiran Menara Ain Jalout di Kem Pelarian Nuseirat, tengah Semenanjung Gaza.Sumber: Eye on Palestine



MyAqsa Defenders
22 Sept, 10:13
Jemput dengar & hayati lagu ini KUDUS PALESTIN 🇵🇸 🎙 Lah Ahmad X Inteamhttps://youtu.be/1gmFA98M_pg?si=aoq0ks8xRj1GLs9STerbitan: Inteam Records Dibawakan oleh: MyAqsa Defenders 🇲🇾
MyAqsa Defenders
22 Sept, 08:24
Hasbunallah Wa Nikmal Wakil.Detik peluru berpandu kedua menghentam semasa serangan rejim Israel yang menyasarkan seorang pemuda di kawasan kejiranan Sheikh Radwan, Bandar Gaza lalu mengorbankan seorang kanak-kanak.Sumber: Shehab News Agency


MyAqsa Defenders
22 Sept, 06:18
Mahmoud Obeid Al-Masri, seorang warga Palestin, pengsan selepas ditahan selama beberapa jam oleh pasukan pendudukan Israel di Khallet Al-Hummus, Masafer Yatta, di selatan Hebron.Sumber: PALM
MyAqsa Defenders
22 Sept, 04:18
Power! ⚡💪🏼Lewis Hamilton secara terbuka menyokong Macklemore selepas penyanyi rap itu dikeluarkan daripada baki jelajah Loop Tour Ed Sheeran susulan sokongan lantangnya terhadap Palestin.Macklemore sebelum ini menggunakan persembahannya di MetLife Stadium untuk menyuarakan sokongan kepada rakyat Palestin dan bercakap mengenai perang di Gaza. Hamilton kemudian membalas kenyataannya: “Terima kasih kerana menggunakan suara anda. Saya bersama anda.”Hamilton kini menyertai beberapa artis dan tokoh awam lain yang turut menyatakan sokongan terhadap Macklemore, manakala beberapa artis lain juga menarik diri daripada jelajah tersebut susulan kontroversi berkenaan.Sumber: Islam Channel


MyAqsa Defenders
22 Sept, 03:50
Terkini | 22 September 2026 🇵🇸🕊Kanak Kanak Antara Empat Rakyat Palestin Terbunuh Dalam Serangan Israel di GazaSekurang kurangnya empat rakyat Palestin terbunuh dalam beberapa serangan Israel di Gaza, termasuk Ismail al Bardawil, 11, yang ditembak ketika berada di kawasan al Mawasi, yang sebelum ini ditetapkan sebagai zon selamat. Seorang wanita berusia 31 tahun, Fidaa Toutah, turut terbunuh ketika dalam perjalanan pulang selepas menghantar anak anaknya ke sekolah.Pembunuhan itu berlaku walaupun perjanjian gencatan senjata antara Israel dan Hamas berkuat kuasa sejak Oktober 2025. Kementerian Kesihatan Palestin merekodkan 1,394 kematian dan 4,839 kecederaan di Gaza sejak gencatan senjata tersebut bermula.Sumber: Al Jazeera#SolidaritiPalestin #IsraelBacul #IsraelCuak


MyAqsa Defenders
22 Sept, 02:14
Pasukan pendudukan Israel menyerbu kawasan kejiranan di bahagian timur Jenin di Tebing Barat yang diduduki.Sumber: Eye on Palestine
MyAqsa Defenders
22 Sept, 01:01
1️⃣ HARI 1️⃣ FAKTA TENTANG PALESTIN🇵🇸 Masjid Al-Aqsa Masjid Suci Umat IslamDalam Islam, hanya 3 masjid utama:- Masjidil Haram - Masjid Nabawi - Masjid Al-AqsaIni bukan sekadar “tempat jauh di Palestin”akan tetapi ia sebahagian daripada keutamaan dalam ibadah umat Islam.Bilamana bumi Al-Aqsa diuji…Sebenarnya ia menguji sejauh mana kita peduli.#FaktaPalestin


MyAqsa Defenders
21 Sept, 15:45
Nak faham isu Palestin tetapi masih tertanya-tanya nak bermula dari mana? Atau ada masa yang terhad dan hanya perlukan bacaan ringkas untuk memahami peristiwa serta sejarah penting?Kini semuanya lebih mudah dengan E-Library MyAqsa Defenders yang boleh diakses terus melalui laman web rasmi kami. Di sini kami himpunkan pelbagai bahan bacaan terpilih termasuk e-book ringkas berkaitan sejarah dan peristiwa Palestin sejak 1948, sesuai untuk bacaan santai mahupun rujukan pantas.Layari www.myaqsadefenders.org atau imbas kod QR pada poster ini untuk terus mengakses E-Library MyAD.Jom luangkan sedikit masa untuk membaca dan memahami 🤍

Related Channels
Other channels in the same section of the catalogue.
