gram news
Yayasan Islam Pulau Pinang channel avatar

Yayasan Islam Pulau Pinang

@salambyyipp

Channel Telegram YIPP ini adalah untuk info mengenai kegiatan YIPP dan isu- isu berkaitan umat Islam di Pulau Pinang

ProjectsID

159subscribers

Open the Channel

Latest posts

  • Yayasan Islam Pulau Pinang

    10 Sept, 11:19

    🎉 JOM MERIAHKAN KARNIVAL PULAU PINANG MENGAJAR! 🎓✨ Orang ramai, khususnya para ibu bapa, guru, dan murid-murid dijemput hadir beramai-ramai bagi memeriahkan program penuh manfaat ini! Pelbagai aktiviti berfaedah dan jualan menarik menanti anda sekeluarga:🗓 Tarikh: 12 September 2026 (Sabtu) / 30 Rabiulawal 1448H ⏰ Masa: 8.00 Pagi hingga 2.00 Petang 📍 Lokasi: SMK Permatang PasirAntara Aktiviti & Tarikan Menarik: 🔢 Pertandingan Mengira Cepat & Tepat 📖 Pertandingan Membaca Petikan 🎤 Pertandingan Nyanyian Lagu Patriotik 🎨 Pertandingan Mewarna 🏛 Pameran Agensi & Pendidikan: Bersama pelbagai agensi serta institusi pendidikan🍔 Gerai Jualan Komuniti: Pelbagai aneka makanan, minuman, dan produk tempatanSEMUA DIJEMPUT HADIR! MASUK ADALAH PERCUMA.Luangkan masa hujung minggu anda untuk menyokong bakat anak-anak kita. Jumpa anda di sana! 🙌
  • Yayasan Islam Pulau Pinang

    31 Aug, 01:52

    SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE-69 31 Ogos 2026 | Malaysia MADANI, Kesejahteraan DinikmatiSemangat kemerdekaan bukan sekadar mengenang sejarah, tetapi merupakan amanah untuk kita terus menyumbang kepada pembangunan negara dengan membudayakan nilai kesatuan, keharmonian, integriti dan tanggungjawab demi kesejahteraan generasi akan datang.Selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI dan Agenda Pembangunan Agama Islam Pulau Pinang 2030 (APAI2030), marilah kita bersama-sama memperkukuh pembinaan masyarakat dan modal insan yang progresif, dinamik serta berdaya saing, di samping menjunjung nilai murni dan keharmonian dalam kehidupan bermasyarakat.Semoga Malaysia terus dikurniakan keamanan, kestabilan, kemakmuran dan kesejahteraan, serta terus melangkah maju sebagai sebuah negara yang bersatu dan dihormati.Selamat Menyambut Hari Kebangsaan Ke-69. Ayuh, kita semarakkan semangat
  • Yayasan Islam Pulau Pinang

    24 Aug, 14:18

    🌙 SALAM MAULIDUR RASUL 1448H | 2026“Madani Dihayati, Ummah Diberkati”Sempena sambutan Maulidur Rasul 1448 Hijrah, marilah kita bersama-sama memperingati kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW, insan mulia yang menjadi teladan sepanjang zaman dalam membentuk kehidupan berteraskan akhlak, kasih sayang, keadilan dan persaudaraan.Justeru, marilah kita meneladani sunnah serta akhlak Baginda dengan memperkukuh nilai murni dalam kehidupan dan bersama-sama membina ummah yang berilmu, berakhlak serta berdaya maju.Semangat ini turut selari dengan aspirasi Agenda Pembangunan Agama Islam Pulau Pinang 2030 (APAI2030) dalam memperkukuh pembangunan ummah melalui pembentukan masyarakat yang berakhlak, berilmu dan progresif. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga serta para sahabat Baginda.Salam Maulidur Rasul 1448H. Madani Dihayati, Ummah Diberkati.T
  • Yayasan Islam Pulau Pinang

    14 Aug, 03:26

    WHAT IS IGCSE? 🌍📚IGCSE (International General Certificate of Secondary Education) is one of the world’s most respected international secondary education qualifications, designed for students aged approximately 14 to 16.The IGCSE curriculum develops academic excellence, critical thinking, practical skills and confidence, while preparing students for further education pathways such as A-Levels, the International Baccalaureate (IB) and various university programmes worldwide.With a balanced curriculum and internationally recognised standards, students are equipped with the knowledge, skills and adaptability needed to thrive in an increasingly competitive and interconnected world.This approach is aligned with the aspirations of APAI2030, particularly in strengthening education and developing progressive and dynamic human capital that is knowledgeable, capable and prepared to meet
  • Yayasan Islam Pulau Pinang

    13 Aug, 08:10

    MAJLIS GRADUASI ILTIZAM HUFFAZ SESI 2025Kepala Batas, 8 Ogos 2026 – Alhamdulillah, seramai 49 graduan Iltizam Huffaz bersama 11 tenaga pengajar diraikan dalam Majlis Graduasi Iltizam Huffaz Sesi 2025 yang berlangsung di Hotel Seri Malaysia, Kepala Batas.Majlis telah disempurnakan oleh Sahibus Samahah Prof. Madya Dato’ Dr. Mohd Sukki bin Othman, Mufti Kerajaan Negeri Pulau Pinang, mewakili YB Dato’ Dr. Mohamad bin Abdul Hamid, Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang merangkap Pengerusi YIPP.Suasana majlis turut diserikan dengan kehadiran ibu bapa dan keluarga yang hadir untuk meraikan kejayaan anak-anak mereka. Terpancar kegembiraan dan rasa bangga di wajah para ibu bapa melihat anak-anak melangkah ke pentas menerima penghargaan setelah melalui perjalanan pendidikan yang penuh usaha dan kesungguhan.Lebih membanggakan, 98% peserta berjaya memperoleh sijil SPM, manakala 8 orang
    Facebook2 views | Reel by Yayasan Islam Pulau Pinang
  • Yayasan Islam Pulau Pinang

    10 Aug, 06:08

    SELAMAT MENYAMBUT ULANG TAHUN KELAHIRAN KE-79Setinggi-tinggi ucapan tahniah dan Selamat Menyambut Ulang Tahun Kelahiran Ke-79 kepada YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia, yang diraikan pada 10 Ogos 2026.Semoga Allah SWT terus mengurniakan YAB Dato’ Seri kesihatan yang baik, usia yang panjang serta penuh keberkatan, kekuatan dan kebijaksanaan dalam meneruskan amanah kepimpinan demi kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara.Semoga segala usaha dan khidmat bakti YAB Dato’ Seri dalam memimpin Malaysia sentiasa dipermudah, diberkati dan dikurniakan kejayaan demi kemajuan negara serta kesejahteraan seluruh rakyat.Setulus ikhlas daripada: Pengerusi, Ahli Lembaga Pengarah & Warga Kerja Yayasan Islam Pulau Pinang#YayasanIslamPulauPinang #YIPP #MalaysiaMadani #Penang2030 #APAI2030
  • Yayasan Islam Pulau Pinang

    30 Jul, 15:15

    What is an International School?An international school is more than a place of learning it is where global perspectives meet academic excellence, innovation, and character development.Designed to prepare students for an increasingly interconnected world, international education nurtures critical thinking, creativity, collaboration, and effective communication while delivering internationally recognised qualifications that open doors to universities and opportunities worldwide.At the same time, true success is measured not only by academic achievement but also by the strength of one's values and character. For Muslim families, education should inspire excellence while remaining firmly rooted in faith, integrity, and compassion.A new generation of education that brings together international academic excellence and Islamic values—empowering future leaders to succeed with
  • Yayasan Islam Pulau Pinang

    30 Jul, 08:34

    🕌 MAJLIS PENUTUPAN PROGRAM GENERASI MASJID SIRI 1/2026 🕌Alhamdulillah, tirai Program Generasi Masjid 2026 telah dilabuhkan dengan jayanya selepas berlangsung selama tiga hari bermula 24 hingga 26 Julai 2026. Program ini merupakan anjuran Institut Kemajuan Desa (INFRA), Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) dengan rakan strategik Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP), Yayasan Islam Pulau Pinang (YIPP), Masjid Al-Muttaqin Bakau Tua, Penaga serta rakan kerjasama Masjid Negara Malaysia.Majlis penutupan dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Pengerusi Masjid Al-Muttaqin Bakau Tua, Cikgu Mohamad Zakaria bin Zain, sebelum disempurnakan dengan ucapan penutupan oleh Pengarah Institut Kemajuan Desa (INFRA), Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah, Encik Abd Jalil bin Ismail.Majlis turut dihadiri oleh Dr. Mohamad Sofee bin Razak, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Islam
  • Yayasan Islam Pulau Pinang

    28 Jul, 05:20

    PROGRAM GENERASI MASJID SIRI 1/2026Alhamdulillah, sepanjang berlangsungnya Program Generasi Masjid Siri 1/2026, kami bukan sahaja menerima ilmu dan pengalaman yang bermakna, malah turut merasai kemesraan serta semangat gotong-royong yang luar biasa daripada penduduk Kampung Bakau Tua.Setiap juadah yang disediakan sepanjang program telah dimasak dan disediakan secara bergotong-royong oleh penduduk kampung bersama AJK Masjid Al-Muttaqin Bakau Tua. Keikhlasan, layanan mesra dan kesungguhan mereka dalam menyantuni para peserta benar-benar menyentuh hati kami semua.Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seluruh penduduk Kampung Bakau Tua dan AJK Masjid Al-Muttaqin atas segala jasa, tenaga dan pengorbanan yang dicurahkan dalam menjayakan program ini.Semangat kebersamaan seperti ini amat bertepatan dengan aspirasi Agenda Pembangunan Agama Islam Pulau Pinang 2030
  • Yayasan Islam Pulau Pinang

    27 Jul, 15:18

    PROGRAM GENERASI MASJID - GOTONG-ROYONG MEMAKMURKAN RUMAH ALLAHSemangat kebersamaan jelas terpancar apabila 40 orang peserta Program Generasi Masjid berganding bahu bersama AJK Masjid Al-Muttaqin Bakau Tua, penduduk kariah serta rakan-rakan strategik dalam aktiviti gotong-royong yang diadakan di Masjid Al-Muttaqin Bakau Tua, Penaga.Aktiviti memberi tumpuan kepada pembersihan kawasan tanah perkuburan Islam, di samping membersihkan kawasan dalam dan luar masjid. Program ini bukan sahaja menceriakan persekitaran masjid, malah menyemai nilai tanggungjawab, kesukarelawanan dan semangat bekerjasama dalam kalangan belia.Inisiatif ini selaras dengan aspirasi Agenda Pembangunan Agama Islam Pulau Pinang 2030 (APAI2030) dalam memperkasa pembangunan belia agar menjadi generasi yang prihatin, berjiwa masyarakat dan sentiasa menyumbang kepada institusi masjid.Ikuti media sosial rasmi Yayasan
  • Yayasan Islam Pulau Pinang

    26 Jul, 14:31

    🕌 MAJLIS PENUTUPAN PROGRAM GENERASI MASJID SIRI 1/2026 🕌Alhamdulillah, tirai Program Generasi Masjid 2026 telah dilabuhkan dengan jayanya selepas berlangsung selama tiga hari bermula 24 hingga 26 Julai 2026. Program ini merupakan anjuran Institut Kemajuan Desa (INFRA), Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) dengan rakan strategik Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP), Yayasan Islam Pulau Pinang (YIPP), Masjid Al-Muttaqin Bakau Tua, Penaga serta rakan kerjasama Masjid Negara Malaysia.Majlis penutupan dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Pengerusi Masjid Al-Muttaqin Bakau Tua, Cikgu Mohamad Zakaria bin Zain, sebelum disempurnakan dengan ucapan penutupan oleh Pengarah Institut Kemajuan Desa (INFRA), Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah, Encik Abd Jalil bin Ismail.Majlis turut dihadiri oleh Dr. Mohamad Sofee bin Razak, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Islam
  • Yayasan Islam Pulau Pinang

    25 Jul, 05:24

    🕌 PROGRAM GENERASI MASJID 2026: MEMBINA BELIA, MEMPERKASA INSTITUSI MASJID 🕌"Masjid bukan sekadar tempat beribadah, tetapi juga medan melahirkan generasi pemimpin ummah."Alhamdulillah, Program Generasi Masjid 2026 telah membuka tirainya pada 24 Julai 2026 dan akan berlangsung sehingga 26 Julai 2026, menghimpunkan 40 orang belia dari seluruh Pulau Pinang dalam sebuah program yang memfokuskan kepada pembangunan kepimpinan belia serta pemerkasaan institusi masjid.Program ini merupakan anjuran Institut Kemajuan Desa (INFRA), Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah dengan rakan strategik Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP), Yayasan Islam Pulau Pinang (YIPP), Masjid Al-Muttaqin Bakau Tua, Penaga serta rakan kerjasama Masjid Negara Malaysia.Hari pertama dimulakan dengan sesi pendaftaran peserta di Hotel Ixora, diikuti taklimat program oleh pihak INFRA sebagai
  • Yayasan Islam Pulau Pinang

    23 Jul, 15:21

    ✨ SUARA SUKARELAWAN PULAU PINANG MENGAJAR ✨Bagi Siti Ayuni Nafisha binti Omar, sukarelawan Program Pulau Pinang Mengajar (PPM) dari Flat UDA, Tanjung Tokong, yang telah berkhidmat selama dua tahun, PPM merupakan satu inisiatif yang memberi manfaat besar kepada murid-murid sekolah rendah yang masih belum menguasai kemahiran 3M (Membaca, Menulis dan Mengira).Menurut beliau, setiap anak berhak diberi peluang untuk belajar dan berkembang mengikut kemampuan masing-masing. Beliau berharap Program Pulau Pinang Mengajar akan terus diteruskan agar lebih ramai anak-anak Pulau Pinang dapat menikmati manfaat dan bimbingan yang disediakan.Bersama-sama kita menyokong usaha memperkasa pendidikan demi masa depan anak-anak Pulau Pinang, selaras dengan aspirasi Agenda Pembangunan Agama Islam Pulau Pinang 2030 (APAI2030).Follow Yayasan Islam Pulau Pinang dan sertai Sukarelawan Pulau Pinang
  • Yayasan Islam Pulau Pinang

    23 Jul, 13:41

    🎓 MAJLIS PENUTUPAN PROGRAM MYINSANIAH | MODUL KEPIMPINAN🎓Setiap pertemuan pasti ada perpisahan, namun setiap pengalaman yang dilalui akan terus terpahat sebagai kenangan dan bekalan untuk melangkah ke hadapan.Alhamdulillah, Program MyInsaniah Modul Jati Diri yang berlangsung selama tiga hari bermula 17 hingga 19 Julai 2026 di Kompleks Darul Hidayah, Permatang Tok Gelam telah melabuhkan tirainya dengan penuh makna.Program ini merupakan kerjasama strategik antara Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) dan Yayasan Islam Pulau Pinang (YIPP) dalam usaha membentuk sahsiah, kepimpinan serta jati diri belia Islam agar lebih bersedia menghadapi cabaran masa hadapan.Majlis penutupan turut diserikan dengan penyampaian sijil penyertaan dan hadiah kepada para peserta sebagai penghargaan atas komitmen serta kesungguhan mereka sepanjang
  • Yayasan Islam Pulau Pinang

    23 Jul, 01:54

    SUARA TENAGA PENGAJAR ILTIZAM HUFFAZSeorang guru bukan sekadar menyampaikan ilmu, tetapi turut membuka jalan menuju kejayaan.Bagi Cikgu Ruslina binti Ramli, Tenaga Pengajar Subjek Sains Program Iltizam Huffaz yang telah bersama program ini selama dua tahun dan kini mengajar di SMA Al-Ahmadiah Al-Ijtimaiah, setiap usaha yang diberikan kepada para pelajar adalah satu pelaburan untuk masa depan mereka.Menurut beliau, Program Iltizam Huffaz banyak membantu meningkatkan prestasi akademik para peserta, sekali gus memberi keyakinan kepada mereka untuk mencapai keputusan yang lebih cemerlang dalam peperiksaan SPM. Beliau turut berharap agar program ini dapat diteruskan supaya lebih ramai hafiz dan hafizah di Pulau Pinang terus menerima manfaat daripada bimbingan yang disediakan.Usaha ini selaras dengan aspirasi Agenda Pembangunan Agama Islam Pulau Pinang 2030 (APAI2030) melalui Teras
    FacebookYayasan Islam Pulau PinangSUARA TENAGA PENGAJAR ILTIZAM HUFFAZ Seorang guru bukan sekadar menyampaikan ilmu, tetapi turut membuka jalan menuju kejayaan. Bagi Cikgu Ruslina binti Ramli, Tenaga Pengajar Subjek Sains Program...
  • Yayasan Islam Pulau Pinang

    22 Jul, 15:16

    ✨ SUARA SUKARELAWAN PULAU PINANG MENGAJAR ✨Bagi Nor Anissa binti Mazlan, sukarelawan Pulau Pinang Mengajar (PPM) di SK Permatang Damar Laut, Batu Maung, Program Pulau Pinang Mengajar merupakan satu inisiatif yang amat baik dalam membantu mengatasi masalah 3M (Membaca, Menulis dan Mengira) dalam kalangan murid.Beliau berharap agar program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang supaya lebih ramai anak-anak Pulau Pinang mendapat peluang untuk meningkatkan kemahiran asas mereka.Selaras dengan aspirasi APAI2030, semoga usaha ini terus memberi manfaat kepada lebih ramai anak-anak Pulau Pinang.Follow Yayasan Islam Pulau Pinang dan sertai Sukarelawan Pulau Pinang Mengajar!#YIPP #YayasanIslamPulauPinang #PulauPinangMengajar #PPM #APAI2030 #Menangani3M #Sukarelawan #AnakPulauPinang #UntukNegeriKita
  • Yayasan Islam Pulau Pinang

    22 Jul, 06:06edited

    🎤 MYINSANIAH | MODUL KEPIMPINAN 🎤Setiap langkah ke hadapan bermula dengan keberanian untuk mencuba.Melalui slot Persembahan Modul Jati Diri, para peserta diberi peluang untuk tampil di hadapan rakan-rakan bagi menyampaikan pantun secara individu dan berkumpulan. Aktiviti ini bukan sekadar menguji keberanian berdiri di atas pentas, malah membina keyakinan diri, kemahiran berkomunikasi, cara menyampaikan ucapan serta keberanian mengendalikan mikrofon di hadapan khalayak.Menjelang penghujung program, para peserta turut mengikuti sesi refleksi diri, mengimbau setiap pengalaman dan pengajaran yang diperoleh sepanjang tiga hari bersama MyInsaniah. Program diakhiri dengan sesi bersalam-salaman dan memohon restu daripada para fasilitator, ustaz dan ustazah sebagai tanda penghormatan, penghargaan dan doa sebelum melangkah pulang.Semoga setiap pengalaman yang dilalui menjadi bekalan
  • Yayasan Islam Pulau Pinang

    22 Jul, 04:43

    SUARA TENAGA PENGAJAR ILTIZAM HUFFAZDi sebalik kejayaan seorang pelajar, sentiasa ada seorang guru yang tidak pernah jemu membimbing.Itulah semangat yang dibawa oleh Cikgu Mohd Aswad bin Abdul Rahim, Tenaga Pengajar Subjek Sains Program Iltizam Huffaz, yang telah berkhidmat selama lima tahun dalam program ini serta mempunyai 22 tahun pengalaman sebagai pendidik. Kini, beliau bertugas sebagai guru di SMK St. Mark.Menurut beliau, Program Iltizam Huffaz banyak membantu para hafiz dan hafizah membuat persediaan menghadapi peperiksaan SPM melalui bimbingan akademik yang tersusun dan berkesan. Beliau juga melihat program ini memberi impak yang sangat positif kepada anak-anak Pulau Pinang dan berharap ia dapat diteruskan agar lebih ramai pelajar menerima manfaat pada masa akan datang.Usaha ini selaras dengan aspirasi Agenda Pembangunan Agama Islam Pulau Pinang 2030 (APAI2030) melalui
  • Yayasan Islam Pulau Pinang

    21 Jul, 16:18

    ✨ SUARA SUKARELAWAN PULAU PINANG MENGAJAR ✨Bagi Nur Alia Madihah binti Mat Zuki, sukarelawan Pulau Pinang Mengajar (PPM) dari Flat UDA, Tanjung Tokong, yang telah berkhidmat selama tiga tahun, Kursus Sukarelawan PPM memberikan banyak ilmu dan pengalaman baharu.Menurut beliau, kursus ini membantu sukarelawan memahami teknik literasi dan numerasi yang lebih berkesan, di samping mempelajari psikologi kanak-kanak untuk mendekati dan membimbing para pelajar dengan lebih baik.Lebih bermakna, kursus ini turut menyuntik semangat dan motivasi untuk terus berbakti kepada anak-anak Pulau Pinang. Selaras dengan aspirasi APAI2030, semoga lebih ramai sukarelawan terus bersama kami dalam memperkasa pendidikan anak-anak Pulau Pinang.Follow Yayasan Islam Pulau Pinang dan sertai Sukarelawan Pulau Pinang Mengajar!#YIPP #YayasanIslamPulauPinang #PulauPinangMengajar #PPM #APAI2030 #Menangani3M #Suk
  • Yayasan Islam Pulau Pinang

    21 Jul, 14:59edited

    MYINSANIAH | MODUL KEPIMPINANPagi yang indah dimulakan dengan aktiviti riadah selepas solat Subuh menyusuri kawasan bendang di sekitar Kompleks Darul Hidayah, Permatang Tok Gelam. Keindahan alam ciptaan Allah SWT menjadi ruang terbaik untuk para peserta menghayati kebesaran-Nya sambil mendengar perkongsian dan nasihat sebagai bekalan menghadapi fasa kehidupan yang bakal dilalui.Sebagai bakal mahasiswa dan pemimpin masa hadapan, para peserta diingatkan agar sentiasa menjaga diri, menjauhi perkara yang dilarang agama serta meletakkan pergantungan dan pengharapan sepenuhnya kepada Allah SWT, kerana hanya Dia yang mampu memelihara setiap langkah dan kehidupan kita.Program diteruskan dengan aktiviti Modul Jati Diri di dalam dewan yang menguji semangat kerjasama, komunikasi dan kepimpinan melalui pelbagai tugasan berkumpulan. Setiap aktiviti bukan sekadar permainan, tetapi satu proses
Download the series as CSV
A feedback bot for your channel — free

Followers write to the bot, you answer by reply, your account stays hidden. Created in one tap.

How it works →
Create the bot