gram news
Your Branding & Marketing Strategist channel avatar

Your Branding & Marketing Strategist

@sifufesbukads

Ini adalah channel utama sifuBad yang akan berkongsikan tentang Info, Tips dan Strategi berkaitan Branding, Marketing & Bisnes!

ProjectsIDBusiness

9,804subscribers

Open the Channel

Latest posts

  • Your Branding & Marketing Strategist

    16 Dec 2024, 07:20

    [LAST CALL] EXCLUSIVE CLASS, MEET & COACHING UNTUK FOUNDER, PADA 18-19 DIS 2024! Ada founder yang mengadu, tahun 2024 sangat mencabar! Bisnes stuck, sales jatuh teruk, profit negatif, marketing fail, pesaing asyik tiru, team lemau.. sampai rasa nak give up!
  • Your Branding & Marketing Strategist

    16 Dec 2024, 03:30

    Sikap disiplin adalah rahsia utama di sebalik setiap kejayaan yang konsisten, sebab tanpa disiplin, usaha hanya tinggal angan-angan dan matlamat takkan tercapai.Bisnes yang berjaya tak dibina dengan semangat yang sementara, tapi ia dibina dengan usaha yang berterusan, hari demi hari, tanpa gagal.Disiplin juga mendidik kita untuk menghormati masa, menghargai proses, dan kekal fokus walaupun halangan datang bertubi-tubi.Jadi, kalau kita nak bisnes yang terus grow, tanya diri: sejauh mana kita boleh berdisiplin dengan jadual, matlamat, dan tindakan kita?Kerana kejayaan bukanlah soal siapa yang mula dulu, tapi siapa yang mampu bertahan hingga ke garisan penamat. Faham ke ni?
    2,90074Open in Telegram
  • Your Branding & Marketing Strategist

    11 Dec 2024, 08:18edited

    Tanpa sistem yang betul, bisnes kita bukan saja jadi kacau-bilau, tapi juga akan perlahan-lahan lumpuh tanpa kita sedar.Sistem adalah tulang belakang kepada setiap proses dalam bisnes.Bayangkan kalau semua benda kita kena buat sendiri: follow up pelanggan, urus stok, atur penghantaran, jaga akaun, lama-lama kita sendiri yang burnout.Dengan sistem yang teratur, setiap tugasan akan ada tempatnya, setiap masalah ada solusinya, dan setiap orang dalam team tahu apa yang mereka perlu lakukan.Sistem ni bukan untuk memudahkan kita saja, tapi juga untuk memastikan bisnes boleh berjalan lancar walaupun kita tak ada.Jadi, laburlah masa dan tenaga untuk bina sistem yang kukuh, sebab itulah yang akan menentukan sama ada bisnes kita mampu berkembang besar atau terus stuck di tempat yang sama.Siapa setuju?
    2,84032Open in Telegram
  • Your Branding & Marketing Strategist

    11 Dec 2024, 06:41edited

    Bila nak kembangkan bisnes, ramai founder mula terfikir nak expand bisnes dengan buka lebih banyak branch atau outlet.Tapi adakah keputusan ni patut dibuat secara terburu-buru?Jom kita lihat kenapa buka banyak outlet ni, perlu ada strategi mantap yang kukuh untuk memastikan semua branch boleh survive dan bagi profit.Baca post ni
    SifuBadZAMAN SEKARANG NI, PATUT KE BUKA BANYAK BRANCH OUTLET? - SifuBadBila nak kembangkan bisnes, ramai founder mula terfikir nak expand bisnes dengan buka lebih banyak branch atau outlet.
  • Your Branding & Marketing Strategist

    11 Dec 2024, 01:40

    Jangan bersaing untuk jadi yang terbaik, sebaliknya, bersainglah untuk jadi yang paling unik—yang paling susah ditiru, yang ada identiti tersendiri, dan yang meninggalkan pengalaman dan kesan yang mendalam di hati pelanggan.Dalam dunia bisnes yang penuh dengan persaingan, kita kena ada sesuatu yang tak boleh dibeli, tak boleh dicuri, dan tak boleh diambil alih oleh mana2 bisnes lain.Keunikan itulah yang akan buat pelanggan ingat kita, cari kita, dan setia dengan kita.Jadi, fokus pada apa yang membuatkan kita berbeza dan gunakannya sebagai kekuatan terbesar kita. Faham?
    1,150211Open in Telegram
  • Your Branding & Marketing Strategist

    10 Dec 2024, 08:05edited

    Bila nak capai target sales, kita kena ada perancangan yang betul dan realistik.Setiap decision yang kita buat, kena ada asas dan analisis yang kukuh.Mungkin selama ni korang fikir bila buat marketing, semua akan jadi ‘on track’—tapi, realitinya lebih kompleks.Dalam post ni, saya nak share dengan korang 5 langkah untuk bantu capai target sales yang korang impikan!So, jom baca sampai habis kalau korang nak tahu apa yang perlu buat untuk capai sasaran sales!1. Set Target Berdasarkan Analisis Kewangan RealistikSebelum korang mulakan apa-apa, pastikan korang tahu dulu berapa sales yang nak dicapai.Tapi, jangan set target tu macam dalam mimpi! Lakukan analisis kewangan yang realistik.Kira dulu kos, untung, dan margin profit yang sebenar.Set target berdasarkan prestasi kewangan syarikat korang sekarang.
    1,000311Open in Telegram
  • Your Branding & Marketing Strategist

    10 Dec 2024, 01:53

    Jangan hanya kerja keras siang malam tanpa ada arah tujuan, tapi pastikan setiap langkah yang kita ambil ada hala tuju yang jelas.Fokus pada strategi yang betul, susun langkah dengan ilmu yang up-to-date, dan buat tindakan yang luar biasa tanpa alasan.Bila kita ada hala tuju yang tepat, kerja kita bukan sahaja lebih high impact, tapi juga hasilnya lebih berbaloi, lebih realistik dan boleh dicapai.
  • Your Branding & Marketing Strategist

    9 Dec 2024, 09:32

    Ancaman dalam bisnes boleh datang dalam bentuk pesaing baru, perubahan pasaran, atau ekonomi. Tapi, ancaman hanya akan menjatuhkan kita jika kita tak bersedia.Bila kita dah buat research dan planning awal, kita akan dapat kenal pasti risiko, dan rancang strategi yang bukan saja boleh elak bisnes jatuh, tapi mencari peluang untuk jadi lebih kuat.Bisnes yang mampu survive lama bukan sebab berjaya elak risiko, tapi sebab berjaya buat preparation yang betul dengan strategi yang tepat! Faham?
  • Your Branding & Marketing Strategist

    9 Dec 2024, 01:58

    Setiap waktu pagi adalah peluang baru untuk kita perbaiki diri, capai matlamat, dan mendekatkan diri kepada impian besar kita.Apa yang kita pilih untuk lakukan hari ini akan menentukan di mana kita berada esok. Jangan biarkan waktu pagi berlalu tanpa tujuan, kerana masa yang hilang takkan pernah kembali.Mulakan langkah, walaupun kecil, kerana setiap usaha hari ini membawa kita lebih dekat kepada versi terbaik diri kita.Bangkit, bertindak, dan jadikan pagi ini milik kita sepenuhnya!
  • Your Branding & Marketing Strategist

    6 Dec 2024, 08:06

    Jangan biarkan sikap menunggu atau rasa selesa merampas peluang yang ada di depan mata. Setiap minit yang kita lengahkan adalah peluang yang kita lepaskan. Pesaing sentiasa bergerak lebih pantas – mencipta, bertindak, dan mendahului ke depan.Rezeki tidak datang kepada mereka yang menunggu, tapi menghampiri mereka yang bertindak lebih laju, konsisten dan berani teruskan perjuangan.Jadi, bertindaklah sekarang sebelum kita hanya menyesal melihat orang lain merebut impian yang sepatutnya milik kita.
    72921Open in Telegram
  • Your Branding & Marketing Strategist

    6 Dec 2024, 01:28

    Lebih baik buat sesuatu dengan risiko gagal, daripada tak buat apa-apa langsung.Kegagalan bukanlah penamat, tapi permulaan kepada pembelajaran dan pengalaman yang tak ternilai harganya.Ketakutan untuk gagal membuatkan kita terperangkap dalam zon selesa.Bila kita berani mencuba, kita sebenarnya memberi peluang kepada diri sendiri untuk menemui potensi dan keupayaan yang mungkin tak pernah kita sedar.Lebih baik gagal kerana bertindak, daripada menyesal kerana tak pernah mencuba.Setuju?
    7093111Open in Telegram
  • Your Branding & Marketing Strategist

    5 Dec 2024, 07:38

    Kalau korang dah mula rasa bisnes tengah stuck, korang kena analisis dan research apa puncanya.Mungkin kita rasa dah buat semua benda betul, tapi masih tak nampak hasil.Jom kita tengok satu-satu kenapa bisnes korang tak gerak, tak capai target, dan tak berkembang macam yang korang nak.Mungkin ni dapat bantu korang dapatkan idea baru untuk perbaiki situasi bisnes.Jom baca sekarang
    SifuBadKENAPA BISNES STUCK & SUSAH NAK GROW? INI SEBABNYA.. - SifuBadBuat bisnes ni memang ada pasang surut dia. Tapi kalau korang dah mula rasa bisnes tengah stuck, korang kena analisis dan research apa puncanya.
  • Your Branding & Marketing Strategist

    5 Dec 2024, 02:52

    Target besar perlukan usaha yang luar biasa. Kalau kita nak capai sesuatu yang hebat, kita kena berani letakkan impian besar!Tapi, impian besar tanpa tindakan hanyalah angan-angan.Kita kena sanggup keluarkan tenaga yang lebih banyak, kerja lebih keras, dan keluar dari zone selesa.Bila ada cabaran, jangan putus asa.Itu cuma ujian untuk tengok sejauh mana kita komited pada impian korang.Kejayaan besar bermula dengan satu langkah kecil yang berterusan.Percayalah, bila kita capai target tu nanti, bukan saja kita akan bangga dengan hasilnya, tapi kita juga akan bangga dengan siapa kita jadi dalam perjalanan tersebut.Setuju?
    602111Open in Telegram
  • Your Branding & Marketing Strategist

    4 Dec 2024, 07:21

    Ada owner bisnes yang dah all out macam-macam strategi, tapi sales masih tak naik2! Ini mungkin ada beberapa perkara yang dorang terlepas pandang.So, saya nak share apa faktor2 yang buatkan sales bisnes boleh jatuh.Bila dah tahu, kita boleh take action dan naikkan balik sales bisnes kita!1. Produk Dah Tak RelevanNi faktor utama yang ramai bisnes owner terlepas pandang.Kalau produk yang kita jual tu tak berkualiti atau dah tak relevan dengan market, pelanggan memang tak akan repeat beli.Zaman sekarang, orang makin bijak buat pilihan, so kita kena make sure produk korang sentiasa up-to-date dan ikut trend terkini.Ada juga produk yang bagus pun boleh jadi tak laku kalau dah outdated.Jadi, kita kena sentiasa peka dengan perubahan trend, tengok apa yang pelanggan tengah minat, dan upgrade produk kita supaya sentiasa relevan dengan kehendak market.2. Servis Kurang Memuaskan
    620211Open in Telegram
  • Your Branding & Marketing Strategist

    4 Dec 2024, 02:39

    Data tak pernah menipu, tapi ramai usahawan yang selalu abaikannya!Ia tunjukkan segala kekuatan dan kelemahan bisnes kita.Kalau sales sangkut, marketing tak perform, atau kos tak terkawal, semua ni ada data, cuma kita kena buat analisis.Jangan buat keputusan bisnes berdasarkan 'rasa' semata-mata. Ia boleh jadi perangkap yang bahayakan bisnes kita!Bila kita mula tengok data, kita akan nampak dengan jelas bahagian mana kekurangan, mana perlu perbaiki, dan mana peluang.Dari situ, kita boleh set KPI yang realistik, track progress, dan buat strategi yang lebih tepat.Jadi, kita kena duduk, analisis, dan mula adjust supaya kita boleh capai potensi sebenar dalam bisnes! Faham?
    77421Open in Telegram
  • Your Branding & Marketing Strategist

    3 Dec 2024, 06:50

    Kalau perasan, ramai founder yang naik cepat, tapi tak kurang juga yang jatuh pun cepat. Kenapa boleh jadi macam ni?Dalam post ni, saya nak share punca kenapa ramai founder bisnes gagal.Bila kita tahu punca, kita boleh belajar daripada kesilapan orang lain dan improve bisnes kita sendiri.Jom baca sekarang
    SifuBad5 PUNCA FOUNDER GAGAL, JANGAN SAMPAI KORANG BUAT SILAP YANG SAMA! - SifuBadKalau korang perasan, ramai founder yang naik cepat, tapi tak kurang juga yang jatuh pun cepat. Kenapa boleh jadi macam ni?
  • Your Branding & Marketing Strategist

    3 Dec 2024, 02:05

    Jangan tunggu sempurna untuk mula, sebab langkah kecil hari ni bawa impak besar esok.Kadang-kadang kita terlalu fokus nak semuanya perfect sampai lupa yang tindakan sekarang lebih penting.Tak apa kalau ada kekurangan, sebab dari situ kita belajar dan berkembang.Setiap idea besar bermula dari tindakan kecil.Bayangkan jika kita terus menunda, peluang yang ada mungkin hilang begitu saja.Jadi, berani ambil langkah pertama, walaupun kecil, sebab itulah yang akan membawa kita lebih dekat kepada impian dan kejayaan.Ingat ni, progress lebih baik daripada perfection!
    50931Open in Telegram
  • Your Branding & Marketing Strategist

    2 Dec 2024, 06:46

    Ada rasa macam nak give up dalam bisnes?Jatuh bangun dalam bisnes tu memang sebahagian dari perjalanan setiap founder.Kadang-kadang kita rasa macam semua usaha kita sia-sia, tapi sebenarnya inilah yang buat kita jadi lebih kuat dan matang dalam dunia bisnes.Kalau korang tengah down sekarang, sini ada 5 tips yang boleh bantu korang bangkit balik dan terus berjuang untuk capai impian korang:1. Ingat Matlamat AsalKenapa kita mula bisnes ni? Apa impian yang buat kita decide untuk mulakan perjalanan ni?Ingat balik matlamat asal kita, sama ada untuk keluarga, untuk masa depan, atau nak bantu lebih ramai orang.Semua ni adalah sebab utama yang buat kita terus kuat, dan kita perlu selalu remind diri sendiri tentang matlamat ni setiap kali rasa lemah.2. Jangan Berjuang SendiriDalam dunia bisnes, support system adalah sangat penting.
    56711Open in Telegram
  • Your Branding & Marketing Strategist

    2 Dec 2024, 02:19

    Hati-hati dengan alasan yang kita cipta, sebab alasan tu adalah halangan sebenar yang buatkan bisnes kita jatuh.Bila kita asyik berkata, 'tak cukup masa,' 'modal tak cukup,' atau 'ilmu belum cukup,' kita sebenarnya sedang membina dinding yang memisahkan diri kita daripada kejayaan.Ramai orang yang berjaya bermula dengan keadaan yang serba kekurangan, tapi mereka pilih untuk bertindak, bukan mencari alasan.Setiap kali kita rasa nak beri alasan, tanya diri sendiri dan fikirkan, adakah itu alasan atau hanya rasa takut untuk keluar dari zon selesa?Potensi kita tak ada had, tapi alasan yang kita cipta itulah yang sebenarnya buatkan langkah kita terhad.Jadi, buang alasan, cari penyelesaian, dan terus bergerak ke depan. Dunia ini sentiasa terbuka untuk orang yang berani mencuba! Setuju?
    495321Open in Telegram
  • Your Branding & Marketing Strategist

    29 Nov 2024, 06:56

    Marketing hari ini tak sama macam dulu! Nak stay relevan, kena up-to-date dengan cara baru, tools baru, dan strategi baru.Marketing bukan lagi hanya run iklan dan harap orang beli, tapi satu game yang perlukan planning yang tersusun dengan betul.Jadi, apa yang kita perlu ada untuk game marketing 2025 ni? Jom kita tengok satu per satu...Jom baca sekarang
    SifuBad11 PERKARA YANG FOUNDER PERLU BUAT, UNTUK MARKETING TAHUN 2025! - SifuBadMarketing hari ini tak sama macam dulu! Kalau nak bisnes kita stay relevan, kena up-to-date dengan cara baru, tools baru, dan strategi baru.
    59221Open in Telegram