gram news
Prof Dr Zainur Rashid Zainuddin. channel avatar

Prof Dr Zainur Rashid Zainuddin.

@zainurrashid

Hidup Biar Berjasa, Mati Biar Mulia Sebaik-baik manusia adalah mereka yang banyak memberi manfaat kepada manusia yang lain (maksud hadith)

ProjectsENPolitics

22,271subscribers

Open the Channel

Latest posts

  • Prof Dr Zainur Rashid Zainuddin.

    26 Sept, 02:44

    Tenang lagi menenangkan.Bersama cucunda kami di Bandar Dato Onn, JB.Wan Ibrahim Bin Wan Adam, no-11 (2+ bulan) dan Wan Maryam Binti Wan Adam, no-7 (3 tahun).Semoga membesar sebagai penyejuk mata ayah dan ibunya, dan menjadi pewaris kepimpinan buat rakyat dan negara di masa depan.Zainur Rashid Z Johor Bahru
    Image from a post by Prof Dr Zainur Rashid Zainuddin.Image from a post by Prof Dr Zainur Rashid Zainuddin.
  • Prof Dr Zainur Rashid Zainuddin.

    25 Sept, 09:06

    Senarai PembaculFakta tentang negara yang mendengar ucapan Netanyahu sewaktu UNGA:1. Tiga negara Islam iaitu: UAE, Morocco & Bahrain. 2. Dua negara ASEAN: Filipina & Thailand. 3. India, Jepun & Korea Selatan juga tidak meninggalkan dewan.Sumber: Global Intifada t.me/duniapalestin
    Image from a post by Prof Dr Zainur Rashid Zainuddin.Image from a post by Prof Dr Zainur Rashid Zainuddin.
  • Prof Dr Zainur Rashid Zainuddin.

    24 Sept, 20:29

    Many delegations representing dozens of countries left when Israeli Prime Minister Benjamin Netanyahu took the stage to address the UN General Assembly.🔗 Telegram: t.me/doamuslims
    928video173Open in Telegram
  • Prof Dr Zainur Rashid Zainuddin.

    24 Sept, 20:26

    Dalam ucapan menerusi video kepada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Presiden Palestin, Mahmoud Abbas, menyatakan bahawa rakyat Palestin di Gaza dan Tebing Barat berdepan tindakan penghapusan oleh Israel.Mahmoud Abbas menyampaikan ucapan tersebut secara maya selepas pentadbiran Trump enggan memberikan visa kepada delegasi Palestin.Sumber: Quds News Network t.me/duniapalestin
    905video5Open in Telegram
  • Prof Dr Zainur Rashid Zainuddin.

    23 Sept, 21:41

    Perkongsian di Threads,
    Image from a post by Prof Dr Zainur Rashid Zainuddin.Image from a post by Prof Dr Zainur Rashid Zainuddin.
  • Prof Dr Zainur Rashid Zainuddin.

    23 Sept, 08:38

    Jejak Uthmaniyyah (12)Mustafa Kamal atau lebih dikenali sebagai Kamal Ataturk adalah satu figur besar dalam sejarah dunia. Namanya cukup dikenali bukan sahaja di Turki bahkan di seluruh dunia antarabangsa.Gelaran Ataturk yang membawa maksud Bapa Orang-orang Turki atau Bapa Kemodenan Turki adalah gelaran yang dikhaskan untuk beliau yang telah mencipta pelbagai sejarah kepada 'pembangunan' atau 'kemodenan' negara Turki.Namun begitu, Mustafa Kamal yang dianggap hero oleh kebanyakan rakyat Turki sebenarnya telah melakukan siri jenayah yang besar terhadap rakyat Turki dan dunia Islam sejagat.Beliau dan 'Regim Kemalist'nya telah melakukan beberapa langkah utama bagi 'memajukan' negara dan rakyat Turki (di antara tahun 1919-1928 di antaranya :1-Menghapuskan pemerintahan sistem khilafah 2-Pembentukan negara Turki republik dan beliau sendiri menjadi Presidennya. 3-Pengharaman hijab di khalayak ramai 4-Menggantikan jawi dengan huruf latin 5-Penutupan banyak masjid, menyekat amalan Islam, memaksa azan ditukarkan ke bahasa Turki 5-Menjadikan sistem sekularisma sebagai 'satu agama baru' di Turki.Setelah lebih daripada 90 tahun Turki berada di dalam sistem 'sekular yang fanatik', ia telah memberi kesan yang sangat besar kepada negara ini dan rakyatnya.Namun begitu, terdapat banyak perubahan yang berlaku secara beransur-ansur bagi mencairkan sistem Kemalist atau agama sekularisma yang 'totok' yang telah menjadi darah daging kepada rakyat Turki. Semakin banyak perubahan yang telah dilakukan oleh beberapa PM mereka termasuklah Adnan Menderes, Necmettin Erbakan, Raccip Tayyib Erdogan dan juga daripada pelbagai pihak yang lain daripada dalam dan luar Turki.Tidaklah mudah untuk menggerakkan 'gergasi yang tidur' ini untuk bangkit kembali bagi memimpin umat dan menghala-tujukan tamadun dunia yang baru.- Zainur Rashid ZBersambung.....insya allah
    1,030147Open in Telegram
  • Prof Dr Zainur Rashid Zainuddin.

    22 Sept, 22:40

    مهما بلغت في هذه الدنيا فأيامك معدودة، فالأمس عشناه ولن يعود، واليوم نعيشه ولن يدوم، والغد لا ندري أين سنكون، فصافح، وسامح، ودع الخلق للخالق، فأنا وأنت وهم ونحن راحلونTidak kira betapa tingginya kedudukan kamu di dunia ini, hari-hari kamu adalah terhad.Semalam telah berlalu dan tidak akan kembali, hari ini telah tiba dan tidak akan kekal, dan esok kita tidak tahu di mana kita akan berada.Jadi, maafkanlah, bertolak ansurlah dan serahkanlah urusan makhluk itu kepada Pencipta, kerana kamu, saya , mereka dan kita semua hanyalah pengembara di mukabumi ini.
    Image from a post by Prof Dr Zainur Rashid Zainuddin.Image from a post by Prof Dr Zainur Rashid Zainuddin.
  • Prof Dr Zainur Rashid Zainuddin.

    21 Sept, 05:37

    Netanyahu dan terowong bawah Masjid al Aqsa,Tular berita di media antarabangsa semalam bahawa Benjamin Netanyahu sedang berjalan di terowong-terowong di bawah kompleks Masjid al Aqsa as Sharif.Masjid al Aqsa adalah kiblat pertama umat Islam.Regim zionis telah membina terowong-terowong yang banyak di bawah bangunan Masjid al Aqsa sejak 1996 lagi.Mereka mencari bukti arkeologi tentang Haikal atau Kuil Solomon yang dikatakan runtuh ribuan tahun yang lalu, tetapi tiada sebarang bukti dijumpa.Apa yang mereka bina di bawah Masjid al Aqsa adalah sinagog Yahudi dan muzium yang mengumpulkan bukti sejarah yang didongengkan.Hasil akhir yang mereka nak capai ialah agar Masjid al Aqsa ini runtuh dan mereka akan bina the Solomon Temple di tapak runtuhan Masjid al Aqsa ini.Amat menyedihkan sekali dengan pemimpin-pemimpin negara Arab dan dunia antarabangsa yang tidak berbuat apa-apa
    Image from a post by Prof Dr Zainur Rashid Zainuddin.Image from a post by Prof Dr Zainur Rashid Zainuddin.
    1,200272Open in Telegram
  • Prof Dr Zainur Rashid Zainuddin.

    20 Sept, 06:29edited

    Buku mengenai Masjid al Aqsa,Di pasaran tempatan, ada puluhan tajuk buku mengenai Palestin.Namun sukar untuk kita mencari buku khas berkenaan Masjid al Aqsa.Saya ingin menyarankan agar anda memiliki sebuah 'Ensiklopedia Masjid al Aqsa' dalam bahasa Melayu yang diterbitkan oleh Telaga Biru.Di antara kandungan utamanya adalah :1- Kepentingan al Aqsa kepada umat Islam 2- Geografi kaw al Aqsa 3- Sejarah kota al Quds dan al Aqsa 4- Sejarah perjuangan pembukaan, dan perjuangan mempertahankan al Quds 5- Ancaman zionis 6- Hadith akhir zaman.Ia bagai sebuah atlas, penulisan dan keterangan bergambar dan tidak memberatkan pembacaSemoga al Aqsa terus dekat di hati dan kita dipilih sebagai pejuang pembelanya
    Image from a post by Prof Dr Zainur Rashid Zainuddin.Image from a post by Prof Dr Zainur Rashid Zainuddin.
  • Prof Dr Zainur Rashid Zainuddin.

    20 Sept, 03:02

    Hari ini 839 tahun yang lalu, Salahuddin al-Ayyubi mula mengepung Baitulmaqdis.Kekalahan besar di Hattin pada 4 Julai menyebabkan kuasa Kristian ketandusan tentera untuk mempertahankan kota-kotanya sekitar Levant khususnya al-Quds. Ini dimanfaatkan Sultan Ayyubiyah, Salahuddin untuk menakluk satu persatu kota terbabit.Dari Tibnin, angkatan Ayyubiyah menawan Ramla, Ibelin (Yibna), Darum (Dier al-Balah) & Ashkelon dengan mudah tanpa perlu bertempur. Kemudian, Salahuddin menumpukan seluruh kekuatannya untuk menakluk kembali kota suci Baitulmaqdis.Beliau bertemu dengan perwakilan al-Quds di luar Ashkelon untuk berunding, namun mereka tetap enggan menyerah walau apa pun ditawarkan. Maka Salahuddin mempersiap angkatannya & mula mengepung al-Quds pada 20 September 1187.Serangan selama beberapa hari gagal memecah masuk pertahanan kota, sehingga Salahuddin menyedari kesilapan
    8972153Open in Telegram
  • Prof Dr Zainur Rashid Zainuddin.

    20 Sept, 03:02

    Image from a post by Prof Dr Zainur Rashid Zainuddin.Image from a post by Prof Dr Zainur Rashid Zainuddin.
  • Prof Dr Zainur Rashid Zainuddin.

    19 Sept, 03:23edited

    Agenda kemanusiaan sejagat,Foto ini diambil sebaik sahaja kami bersama Mercy Malaysia menjejakkan kaki ke bumi Afghanistan.Ia berlaku di bulan Ramadan, 25 tahun yang lalu.Kami bertemu dengan lebih 40 buah NGO antarabangsa, cuma 3 atau 4 adalah NGO dari negara umat Islam.Di sinilah saya memupuk dan menyuburkan agenda kemanusiaan sejagat dalam diri sendiri sehingga menjejaki ke 35 buah negara antarabangsa.Saya berhasrat untuk menyumbang kepada lebih banyak pihak yang inginkan bimbingan kepada agenda kemanusiaan di peringkat nasional dan internasional.Sebagai umat yang bertamaddun, kita seharusnya meletakkan piawaian antarabangsa dan piawaian syarak sebagai kayu ukur kemajuan sumbangan kita terhadap agenda kemanusiaan sejagat.Salam perjuanganZainur Rashid Z
    Image from a post by Prof Dr Zainur Rashid Zainuddin.Image from a post by Prof Dr Zainur Rashid Zainuddin.
  • Prof Dr Zainur Rashid Zainuddin.

    19 Sept, 02:59

    Hasrat awal penubuhan Amani Care adalah untuk menghimpunkan alumni haji dan umrah Amani Travel yang semakin bertambah setiap tahun, seterusnya melibatkan mereka dalam pelbagai program dan projek penerusan kemabruran.Namun, setelah hampir setahun beroperasi, kami melihat potensi Amani Care jauh lebih besar daripada matlamat asal penubuhannya. Amani Care berpotensi berkembang sebagai sebuah organisasi yang berperanan aktif dan menjadi antara pemain utama dalam pembangunan modal insan serta kesejahteraan masyarakat.Bagi merealisasikan aspirasi tersebut, tiga teras utama telah ditetapkan:1. Kebajikan – Memperkasa usaha bantuan dan sokongan kepada golongan yang memerlukan secara tersusun, berkesan dan berterusan.2. Pendidikan – Membuka ruang pendidikan, bimbingan serta pembangunan ilmu berteraskan Al-Quran bagi melahirkan masyarakat yang beriman, berpengetahuan dan berdaya maju.3. K
  • Prof Dr Zainur Rashid Zainuddin.

    19 Sept, 02:58

    Image from a post by Prof Dr Zainur Rashid Zainuddin.Image from a post by Prof Dr Zainur Rashid Zainuddin.Image from a post by Prof Dr Zainur Rashid Zainuddin.Image from a post by Prof Dr Zainur Rashid Zainuddin.
  • Prof Dr Zainur Rashid Zainuddin.

    17 Sept, 23:36

    Israel dan Maghribi bersetuju meningkatkan hubungan diplomatik dengan membuka kedutaan serta melantik duta di kedua-dua negara.Persetujuan itu dicapai dalam pertemuan antara Menteri Luar Israel Gideon Saar dan Menteri Luar Maghribi Nasser Bourita yang dihoskan Duta Amerika Syarikat ke PBB, Mike Waltz, di New York.Kedua-dua pihak turut bersetuju memperluas perjalanan udara dan memulihkan penerbangan terus antara Israel dan Maghribi, memperkukuh hubungan ekonomi serta perdagangan, selain memuktamadkan perjanjian perlindungan pelaburan dan mengelakkan cukai berganda menjelang akhir 2026.Sumber: Quds News Network t.me/duniapalestin
    Image from a post by Prof Dr Zainur Rashid Zainuddin.Image from a post by Prof Dr Zainur Rashid Zainuddin.
    1,050283Open in Telegram
  • Prof Dr Zainur Rashid Zainuddin.

    16 Sept, 13:33edited

    Dari Gaza,Mahasiswa dan mahasiswi perubatan daripada Islamic University of Gaza menggunakan cahaya talipon bimbit mereka untuk menceriakan majlis graduasi yang disambut di tengah-tengah runtuhan bangunan universiti.Majlis yang sangat besar maknanya ini adalah untuk meraikan batch ke-15 graduan perubatan dari universiti ini (IUG) di Gaza City, Palestin.
    Image from a post by Prof Dr Zainur Rashid Zainuddin.Image from a post by Prof Dr Zainur Rashid Zainuddin.
    1,32032237Open in Telegram
  • Prof Dr Zainur Rashid Zainuddin.

    16 Sept, 01:35

    Berkahwin ketika belajar,Kami memulakan kehidupan berumahtangga ketika sama-sama menuntut di bidang perubatan di RCSI, Dublin, Ireland.Zahra', anak sulung kami dilahirkan ketika Naziah di tahun 2 dan saya di tahun 4 perubatan.Zaid pula dilahirkan ketika Naziah di tahun 4, manakala saya sedang buat HO-ship di James Connolly Memorial Hospital, Dublin.Nuha, ke 3 dilahirkan ketika Naziah sedang buat HO-ship di Hospital Kuala Terengganu.Wafa, ke-4 dilahirkan ketika saya bekerja di Scarborough Gen Hospital, UK.Manakala Widad dan Nukman ketika kami bekerja di Hospital Seremban dan KK, Seremban.2 daripada 3 anak kami yang telah berkahwin, turut berkahwin ketika belajar.Alhamdulillah, kami dianugerahi 6 orang anak dan 11 orang cucu.Anak-anak sedang berusaha melakar sejarah mereka yang tersendiri
    Image from a post by Prof Dr Zainur Rashid Zainuddin.Image from a post by Prof Dr Zainur Rashid Zainuddin.
  • Prof Dr Zainur Rashid Zainuddin.

    15 Sept, 12:46

    16 September 1963: Kenapa Kita Pilih Nama Malaysia?Malaysia terbentuk dengan bergabungnya Malaya, Singapura, Sabah dan Sarawak pada 16 September 1963. Singapura sudah keluar daripada gabungan pada 1965 namun Malaysia masih kekal utuh berdiri hingga sekarang. Namun apa maksud disebalik nama Malaysia?
    1,660video14Open in Telegram
  • Prof Dr Zainur Rashid Zainuddin.

    15 Sept, 10:20

    MASJID AL-AQSA:FRIDAY FOR MUSLIMS, SATURDAY FOR ISRAELI SETTLERS?Jumaat untuk umat Islam, Sabtu untuk penjajah Yahudi ?Monday 14 September 2026“Who could be more unjust than those who prevent Allah’s Name from being mentioned in His Masjids and strive towards their ruin? Such people have no right to enter them except in fear. For them is disgrace in this world, and in the Hereafter a tremendous punishment.”(Surah al-Baqarah 2:114)Understand what follows in light of the above verse.Israeli settler groups linked to the Religious Zionist movement are calling for Masjid al-Aqsa to be opened only to settlers on Saturdays, just as Fridays are only for Muslims.They have been demanding this for years. Previous Israeli occupation governments held back, fearing the reaction across the Muslim world.But after years of daily settler incursions at Masjid al-Aqsa, with little
    X (formerly Twitter)DOAM (@doamuslims) on XMASJID AL-AQSA: FRIDAY FOR MUSLIMS, SATURDAY FOR ISRAELI SETTLERS? Monday 14 September 2026 “Who could be more unjust than those who prevent Allah’s Name from being mentioned in His Masjids and …
    1,66064Open in Telegram
  • Prof Dr Zainur Rashid Zainuddin.

    14 Sept, 10:24edited

    𝐀𝐝𝐚 𝐚𝐡𝐥𝐢 𝐤𝐞𝐥𝐮𝐚𝐫𝐠𝐚/𝐬𝐚𝐡𝐚𝐛𝐚𝐭/𝐤𝐚𝐰𝐚𝐧 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐢𝐧𝐠𝐢𝐧 𝐦𝐞𝐧𝐝𝐚𝐩𝐚𝐭𝐤𝐚𝐧 𝐢𝐧𝐟𝐨-𝐢𝐧𝐟𝐨 𝐛𝐞𝐫𝐤𝐚𝐢𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐣𝐢 ?Tabung Haji telah mengeluarkan notifikasi awal agar bakal jemaah Haji dapat membuat persiapan terbaik menjelang musim haji tahun hadapan ✨📌 𝐉𝐨𝐦 𝐒𝐞𝐫𝐭𝐚𝐢 𝐆𝐫𝐨𝐮𝐩 𝐈𝐧𝐟𝐨 𝐇𝐚𝐣𝐢 𝐀𝐦𝐚𝐧𝐢 𝐓𝐫𝐚𝐯𝐞𝐥 𝐒𝐝𝐧 𝐁𝐡𝐝Info Haji (2) https://chat.whatsapp.com/GSKg6C1kWHn6ckR7LreA31?mode=gi_tInsha Allah segala info-info menarik dan bermanfaat tentang Haji Amani Travel akan disalurkan ke dalam group ini.Boleh share Link Group ini kepada rakan-rakan dan ahli keluarga untuk sama-sama kita dapatkan manfaat 😊𝐀𝐦𝐚𝐧𝐢 𝐓𝐫𝐚𝐯𝐞𝐥, 𝐓𝐞𝐦𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐦𝐛𝐚𝐫𝐚 𝐈𝐛𝐚𝐝𝐚𝐡 𝐀𝐧𝐝𝐚 😊#Haji #AmaniTravel #PanduanHaji #IbadahHaji #TemanKembaraIbadahAnda
    Image from a post by Prof Dr Zainur Rashid Zainuddin.Image from a post by Prof Dr Zainur Rashid Zainuddin.